Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Piala Malaysia 2011. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia 2011. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Ramzul penyelamat Kelantan


KOTA BHARU – Juara bertahan, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum bangkit mencipta kemenangan 2-1 ke atas Johor FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Jaringan pemain gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada minit terakhir menyelamatkan maruah The Red Warriors daripada diikat keputusan seri oleh pasukan pelawat.

Seawal minit keenam, pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin mencuri tumpuan apabila rembatannya hanya sedikit melewati pintu gol Johor FC, hasil sepakan penjuru pendek Mohd Nurul Azwan Roya sebelum itu.

Namun pasukan pelawat yang bertandang ke Kota Bharu tanpa Ketua Jurulatihnya, Mohd Azuan Zain yang direhatkan kerana masalah kesihatan mengejutkan penyokong setia tempatan apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan ketika perlawanan memasuki m-11.

Berpunca serangan balas pantas, penyerangnya, Mohamed Rashid Mohamad Aya bijak melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti yang menyaksikan penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail sempat menepis keluar hantaran tersebut.

Pemain tengah, Eddy Helmi Abdul Manan yang tidak dikawal memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan pintu gol tuan rumah dengan merembat kencang untuk gol pasukannya.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali menggandakan asakan dan hasilnya tujuh minit kemudian anak buah Datuk M Karathu berjaya menyamakan kedudukan.

Rembatan kencang pemain tengah, Mohd Shakir Shaari terbias kepada Mohd Hamzani Omar dan mengelirukan penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron Ahmad Arshidi sebelum bola menerjah masuk untuk gol pertama Kelantan.

Pada m-36, Mohd Nurul Azwan Roya nyaris menghasilkan gol kedua untuk Kelantan, namun rembatan kencangnya di dalam kotak penalti sempat ditepis keluar Mohd Aris Faron menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi buat kali kedua.

Seminit babak kedua bermula, Johor FC hampir dahului Kelantan menerusi Mohamed Rashid namun rembatannya sekali lagi ditepis keluar Mohd Shahrizan dipintu gol Kelantan.

Tatkala jentera tengah Kelantan tenggelam punca di samping sumbangan yang cukup terhad gandingan dua penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Azammuddin Mohd Akil, pujian seharusnya diberikan kepada barisan pemain tengah pasukan pelawat yang diketuai Kaptennya, Rezal Zambery Yahya yang menampilkan disiplin terpuji menguasai bahagian tengah dalam perlawanan malam tadi.

Ini terbukti apabila pada m-68, Eddy Helmi sekali lagi berpeluang untuk meletakkan pasukannya di depan namun percubaannya sempat dihalang pertahanan Kelantan, Mohamad Ab Aziz Ismail ketika Mohd Shahrizan teragak-agak untuk keluar menyelamatkan keadaan di depan pintu golnya.

Sementara itu, selang dua minit kemudian, penyerang Johor FC yang berasal dari Perak, Shahrizal Mohd Saad turut melakukan percubaan namun rembatannya sedikit tersasar beberapa meter daripada pintu gol Kelantan.

Begitupun, The Red Warriors tetap menampilkan aksi garang apabila turut mempunyai dua peluang terbaik menerusi rembatan Chanturu pada m-72 yang terus ke dakapan Mohd Anis Faron manakala percubaan Mohd Daudsu tiga minit kemudian juga berakhir di dakapan penjaga gol Johor FC itu.

Ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur untuk berkongsi mata, Muhammad Ramzul Zahini tampil membalas kepercayaan yang diberikan dengan menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Berpunca hantaran lintang Mohd Nurul Azwan ke dalam kotak penalti Johor FC yang menyaksikan gagal ditanduk kemas pemain pertahanannya, Muhammad Ramzul Zahini berada tepat pada kedudukannya dengan merembat masuk untuk menewaskan Mohd Anis Faron di gawang golnya.

Kemenangan malam tadi mengukuhkan kedudukan Kelantan di tangga teratas kumpulan C biarpun disaingi hebat pasukan KL Felda United FC yang turut mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak malam tadi.



Kesebelasan utama:



KELANTAN: Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), S Chanturu, Mohd Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Azammuddin Mohd Akil (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI: 4-5-1



JOHOR FC: Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi, Mohd Saiful Nizam Miswam, Mohd Riduwan Ma’on, Mohamad Izuan Jarudin, Mohd Hamzani Omar (Muhd Irfan Abdul Ghani), Mohamad Khairul Ismail, Khairi Kiman, Rezal Zambery Yahya (KP) (Mohd Akmal Mohd Noor), Eddy Helmi Abdul Manan (Mohammad Ezaidy Khadar), Mohamed Rashid Mohamad Aya dan Shahrizal Mohd Saad.

FORMASI: 3-5-2



STATISTIK PERLAWANAN



Percubaan tepat: Kelantan (3) Johor FC (2)

Percubaan tersasar: Kelantan (5) Johor FC (1)

Sepakan sudut: Kelantan (9) Johor FC (6)

Sepakan percuma: Kelantan (20)

Johor FC (13)

Offside: Kelantan (1) Johor FC (3)

Kekasaran: Kelantan (13) Johor FC (17)

Kad kuning: Kelantan (Mohd Daudsu Jamaluddin, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohd Shahrizan Ismail) Johor FC (Mohd Saiful Nizam Miswam, Mohd Izuan Jarudin, Mohd Hamzani Omar dan Mohamed Rashid Mohamad Aya)

Kad merah: Tiada bagi kedua-dua pasukan

Masa tambahan: Lima minit

Penguasaan bola: Kelantan (55%) Johor FC (45%)



PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Nazmi Nasarudin

Penolong Pengadil 1: Mohd Sabri Daud

Penolong Pengadil 2: Azman Ismail

Pegawai Keempat : Shamsudin Ibrahim

Komisioner Perlawanan : Mohd Jamil Zakaria

General Kordinator : Arif Hassan

----- Sinar Harian

Kelantan kukuh kedudukan

Oleh Khairil S Iswan, Mohd Fitrie Muhamad, Wan Fakhrul Bakar, Hamid Salleh, Azizan Hashim, Mohd Amin Jalil, Mohd Fakri Awang Lah, Mohd Nor Asri Yaacob dan Mohd Izham Unnip Abdullah

2011/09/11

NURUL Azwan Roya (dua dari kanan) diasak pemain Johor FC, Mohd Riduwan Ma'on di Kota Bharu malam tadi.
NURUL Azwan Roya (dua dari kanan) diasak pemain Johor FC, Mohd Riduwan Ma'on di Kota Bharu malam tadi.
 
Terengganu NS, KL turut menang, Selangor bangkit benam Polis

KELANTAN, Terengganu dan Selangor - terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan masing-masing apabila aksi Piala Malaysia bersambung malam tadi tetapi pasukan pilihan, Kedah tersembam di tangan Sabah di Stadium Likas.

Dalam saingan Kumpulan A, Sabah dan Perak berkongsi tangga teratas dengan jumlah mata dan jaringan sama selepas masing-masing merakam kemenangan 2-1 ke atas Kedah dan Johor malam tadi.
Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat.
Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.

Dalam saingan Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor kembali menemui sentuhan apabila menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tindakan penyerang Fadzli Saari menukar but sebaik babak kedua membawa tuah apabila menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1.

----- Berita Harian

Saturday, September 10, 2011

Kelantan sedia ratah Johor FC



KOTA BHARU – Selepas Sarawak, kali ini giliran Johor FC pula bersedia untuk diratah oleh Kelantan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Andai persembahan terburuk pasukan berstatus kelab dalam perlawanan pertama lalu menjadi ukuran, skuad The Red Warriors seharusnya tidak perlu berdepan banyak masalah untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Malah dengan gandingan penyerang terbilang, Norshahrul Idlan Talaha dan Azammuddin Mohd Akil kian menemui keserasian, tidak ada sebab bagi anak didik Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mampu mengecewakan sokongan peminat setia mereka di tempat sendiri.

“Saya mahu menang di Kota Bharu sebelum kita menutup tirai pusingan pertama bertemu KL Felda United FC minggu depan. Kalau pemain beraksi seperti pada babak kedua ketika bertemu Sarawak tempohari, tidak ada masalah bagi kita untuk mencipta kemenangan malam ini.

“Kelebihan beraksi di tempat sendiri, harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya menuntut semua pemain memberikan komitmen terpuji dan persembahan terbaik. Memang kita sudah tiga kali bertemu Johor FC musim ini, dan rekod kemenangan berpihak kepada kita namun saya tidak menghiraukan tentang perkara itu.

“Johor FC sudah pasti hadir dengan strategi tersendiri setelah dikecewakan KL Felda United FC minggu lalu. Saya ingatkan kepada pemain, tiga mata ini cukup penting bagi kita untuk mencerahkan peluang layak ke saingan seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Karathu jelas tidak mahu terperangkap dengan percaturan taktikal pasukan Sang Lebah yang terpaksa bertandang ke Kota Bharu tanpa Ketua Jurulatihnya, Mohd Azuan Zain ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya ketika ini.

“Ada atau tidak ada jurulatih itu bukan satu kelebihan kepada kita. Kita perlu berwaspada dengan percaturan taktikal Johor FC yang gemar menggunakan formasi 3-5-2 setiap kali bertemu dengan kita,” katanya.

“Kita akan turun beraksi seperti biasa. Saya mahu para pemain menikmati perlawanan malam ini dengan sepuasnya. Apa yang penting ialah mereka ‘enjoy’, mencipta peluang dan seterusnya menjaringkan gol,” katanya.

Sementara itu Karathu dijangka tidak akan melakukan sebarang rombakan terhadap pasukan sebaliknya akan mengekalkan kesebelasan pemain yang sama ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sarawak tempohari.

“Saya puas hati dengan sumbangan para pemain termasuk Norshahrul Idlan (Talaha) dan Azammuddin (Mohd Akil) dalam perlawanan lalu. Kalau pemain memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dengan menjaringkan gol, kita yakin boleh menang malam ini,” katanya. 
----- Sinar Harian Online

Kelantan hormati Johor FC

KARATHU (kanan) mengingatkan para pemainnya agar berhati-hati dengan ancaman Johor FC.


MESKIPUN dilabel sebagai pasukan pilihan, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan tetap merendah diri.
Mereka tidak mahu mengambil mudah pertemuan dengan Johor FC dalam aksi kedua peringkat Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu mahu barisan pemainnya meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.
“Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).
“Walaupun kita pernah menumbangkan mereka dalam saingan Piala FA dan liga lalu, namun saya tidak akan mengambil mudah pertemuan kali ini.
“Saya tahu Johor FC merupakan sebuah pasukan yang baik dan sukar untuk dikalahkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, dia yakin Johor FC akan berjuang habis- habisan seterusnya mencipta kejutan untuk menumbangkan skuad The Red
Warriors.
Karathu berkata, para pemainnya sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut yang merupakan aksi pertama di gelanggang sendiri.
“Kita akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan ini. Saya berharap para pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki dengan menjaringkan gol bagi memastikan kita meraih kemenangan,” ujarnya.
Dalam pada itu, jurulatih yang kaya dengan pengala- man itu memberitahu, kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting buatnya untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.
“Kemenangan dalam perlawanan malam ini akan mencerahkan peluang buat The Red Warriors mengumpul mata maksimum dan melangkah ke saingan sete- rusnya,” ujarnya.

----- Kosmo Online

Sarawak perlu bangkit

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SELEPAS diaibkan Kelantan di depan penyokong sendiri, Sarawak digesa bangkit mencatat kemenangan menjelang perlawanan kedua peringkat Kumpulan C menentang Felda United, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Hanya kemenangan perlu diraih bagi membolehkan skuad terkenal jolokan Ngap Sayot tidak dilabelkan sebagai pasukan belasan selain daripada ‘terheret’ keluar daripada saingan lebih awal.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman mengingatkan pemain dengan berkata, apa yang berlaku ketika perlawanan lalu seharusnya dijadikan iktibar ketika usaha memburu kemenangan penting pada pertemuan itu bermula malam ini.
Beliau berkata, memang sukar berdepan Felda United kerana kelab itu sedang meningkat sejak kebelakangan ini tapi, bukan alasan untuk pemain mencatat kemenangan.

“Apa yang berlaku pada perlawanan lalu perlu dijadikan iktibar supaya kesilapan sama tidak berulang. Saya mengarahkan pemain melupakan ‘peristiwa’ lalu sebaliknya memberi tumpuan untuk kemenangan pertama.

“Kita bermula hambar walaupun beraksi di depan penonton sendiri. Begitupun, saya tetap optimis pemain mampu menjulang kemenangan meskipun lawan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.
“Semangat berpasukan seharusnya diterapkan selain perlu kerap melancarkan serangan dan hantaran tepat bagi mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Dalam perlawanan Isnin lalu, Sarawak hanya mampu bertahan selama 65 minit sebelum gawang dibolosi Kelantan, sekali gus membuatkan anak buah Roberts Alberts tewas 2-0 kepada juara bertahan itu.
Sarawak beraksi cemerlang babak pertama dan hampir menjaringkan gol, namun kesilapan pertahanan, Chung Keng Hong memberikan kesempatan kepada penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menyumbat gol pertama.

Gol pertama itu menyebabkan Sarawak kehilangan rentak sekali gus memberi ruang kepada Kelantan melancarkan serangan sebelum menyumbat gol kedua ketika perlawanan sebenar berbaki 10 minit.

Kekalahan itu menyebabkan kira-kira 15,000 penonton terpaksa pulang hampa selepas impian menyaksikan pasukannya mencatat kemenangan berkecai.

----- Harian Metro Online

Khyril kembali temui sentuhan

Oleh Bashah Zainol Abidin

PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zambri sudah menemui kembali sentuhan penyudahnya setelah berjaya merobek gawang Johor dan malam ini berazam mencatat kemenangan kedua ke atas Sabah di Kota Kinabalu.
Menurutnya, dia kini semakin yakin dengan kemampuannya setelah gagal berbuat demikian pada beberapa perlawanan Liga Super selepas berehat panjang kerana menjalani pembedahan lutut kanan.

“Sebelum ini saya agak rahu-ragu tetapi selepas menjaringkan satu gol ke atas Johor, keyakinan saya semakin bertambah.
“Setelah Wan Jamak mengambil tugasan dari Ahmad Yusoff, saya rasakan permainan pasukan Kedah bertambah teratur berbandingan perlawanan awal Liga Super.

“Saya percaya Kedah akan menyerlah sepanjang kempen Piala Malaysia ini,” kata Khyril.

Katanya, latihan keras Wan Jamak berjaya membentuk persiapan fizikal dan ini antara faktor pasukan nampak cergas sepanjang permainan.
“Kehadiran Amar Rohidan dan Azmizi Aziz yang beraksi untuk Perlis, memantapkan lagi bahagian tengah dan ini membuka banyak ruang kepada saya dan Badrul Bakhtiar menjaringkan gol.

Mengenai Sabah, Khyril sedar pasukan itu mantap dan sukar dijinakkan apabila beraksi di tempat mereka di Stadium Likas.
“Apapun kemenangan pertama lalu, pasti membakar semangat rakan sepasukan untuk meneruskan momentum kejayaan pada perlawanan malam ini,” katanya.

----- Harian Metro Online

Felda United buru tiga mata malam ini

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SELEPAS cemerlang membenam Johor FC pada perlawanan pertama Kumpulan C saingan Piala Malaysia, Felda United mahu terus mengutip tiga mata penuh apabila turun bertemu Sarawak pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Tanpa berselindung, pengendali Felda United, E Elavarasan menganggap pertemuan dengan Sarawak perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya anak buahnya sebelum bakal bertemu juara Liga Super, Kelantan selepas ini yang turut cemerlang menundukkan Sarawak pada perlawanan pertama.

“Tidak dinafikan walaupun ada yang menganggap Sarawak sebagai pasukan paling lemah dalam Kumpulan C, bagi kami mereka adalah pasukan bagus dan mampu memberi cabaran.
“Bukan itu saja, mereka juga mempunyai semangat luar biasa dan tidak pernah mengenal erti putus asa untuk bersaing.

“Apapun, bagi Felda United, kami perlu menggunakan perlawanan ini dengan sebaik-baiknya kerana selepas ini Kelantan menanti kami pada perlawanan ketiga. Pasti satu tugas sukar apabila bertemu mereka nanti,” katanya.

Namun hajat Felda United untuk mengutip tiga mata penuh pasti tidak semudah yang disangka kerana Sarawak dijangka melakukan kebangkit selepas tewas di halaman sendiri kepada Kelantan pada perlawanan pertama.
Perkara itu sememangnya sudah dapat dibaca Elavarasan dan beliau pantas meminta anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya supaya tidak mensia-siakan peluang terbaik mengutip tiga mata penuh.

“Kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk mencatatkan kemenangan, tetapi Sarawak pasti lebih berbahaya dan bermain sebaik mungkin selepas tewas kepada Kelantan,” katanya.

----- Harian Metro Online

Janji Piya buat Kelantan

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

2011/09/10

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi tidak sabar memburu tiga mata lagi apabila melayani kunjungan Johor FC pada perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Sultan Mohammad ke IV malam ini.

Selepas The Red Warriors mengutip tiga mata dengan membenam Sarawak 2-0 di gelanggang lawan Selasa lalu, pemain disapa Piya itu mengakui dia dan rakan sepasukan sudah bersedia melayan asakan Johor FC, malah mahu menjaringkan gol peribadi selepas melihat Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu menembusi gawang lawan sebelum ini.
Bergandingan dengan Mohd Shakir Shaari di jentera tengah, dia berpendapat pertemuan itu tiba tepat pada ketika Johor FC tertekan berikutan tewas kepada FELDA United pada perlawanan pertama.
Sebagai pemain, kita perlu sentiasa bersedia berdepan setiap perlawanan, malah saya harap dapat mencipta jaringan apabila berdepan Johor FC malam esok (malam ini), katanya ketika dihubungi.

Namun lawan ibarat singa luka dan mungkin menukar corak perlawanan, sekali gus mampu memerangkap kami.

Monday, September 5, 2011

Tekad Norshahrul


NORSHAHRUL kembali menjadi watak penting Kelantan selepas pulih daripada masalah kecederaan.


SETELAH dibelenggu masalah hamstring, penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berazam untuk menjadikan kempen Piala Malaysia sebagai medan mengembalikan semula sentuhan tajamnya.
Norshahrul atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Mat Yo’ yang terpaksa melupakan tugasan bersama skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini ekoran kecederaan, dilihat bergelut untuk mendapatkan semula prestasinya.
Begitupun, penyerang kelahiran Besut, Terengganu ini bertekad untuk membantu Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2011 dengan mengutip tiga mata berharga ketika menentang Sarawak pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan C di Stadium Sarawak petang esok.
“Saya baru pulih daripada kecederaan hamstring, jadi sudah pasti saya masih tercari-cari rentak sebenar di atas padang buat masa ini.
“Bagaimanapun, saya bertekad untuk menjadikan kempen Piala Malaysia ini sebagai medah mempertajamkan lagi sentuhan gol dan juga mengembalikan semula prestasi sebenar seperti sebelum ini.

“Buat masa ini, saya tidak mahu terburu-buru dalam mencari prestasi sebenar, tetapi saya akan cuba menumpukan perhatian dalam setiap perlawanan demi perlawanan. Harap ia berjaya,” kata Norshahrul kepada Kosmo! semalam.

Menurut Norshahrul, Kelantan akan turun beraksi di gelanggang lawan petang esok dengan suntikan semangat yang kuat selepas berjaya menjulang gelaran Liga Super 2011.
Malah, dia juga optimis skuad The Red Warriors itu mampu menjulang gelaran berganda musim ini, sekali gus mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi mereka tahun lepas.

“Pertemuan dengan Sarawak ini amat penting bagi Kelantan untuk memulakan kempen ini dengan baik. Ia bukan tugas mudah, namun saya yakin kami mampu melakukannya.
“Saya pasti semua pemain Kelantan akan turun beraksi seratus peratus dalam usaha memburu kemenangan. 

“Malah saya berani kata bahawa kami akan turun dengan fokus untuk mempertahankan trofi ini, sekali gus merealisasikan misi menjulang gelaran berganda tahun ini,” katanya lagi.

----- kosmo Online

Shahrizan sedia pikul amanah


SHAHRIZAN giat menjalani latihan sebagai persiapan membantu Kelantan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.


“INI adalah peluang terbaik, saya harus guna kesempatan ini sebaik mungkin.” Demikian ujar Shahrizan Ismail, penjaga gol kedua Kelantan yang diberi peluang untuk menggalas cabaran The Red Warriors dalam mengharungi kempen Piala Malaysia.
Shahrizan diberi tanggungjawab tersebut selepas penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat diarahkan untuk terus bersama skuad Olimpik negara. Selepas hanya membuat tiga penampilan bersama Kelantan musim ini (satu perlawanan Piala FA dan dua lagi pada Liga Super), Shahrizan menyedari bahawa keyakinan para peminat setia Kelantan terhadapnya tidak begitu baik.
Jelas Shahrizan, isu sama ada bersedia atau tidak menggalas tugas menjaga gawang Kelatan tidak timbul kerana baginya, sebagai pemain, dia sentiasa yakin untuk beraksi. “Disenaraikan sebagai penjaga gol utama atau simpanan sentiasa membuatkan saya bersedia kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita kena sentiasa bersedia untuk kemungkinan itu.
“Selepas sekian lama saya hanya memanaskan bangku simpanan, ini merupakan kesempatan terbaik untuk saya membuktikan kemampuan. “Memang tidak dapat dinafikan, ia suatu yang membosankan apabila diletakkan sebagai pilihan kedua, tetapi nyata itu membuatkan saya lebih berazam untuk disenaraikan,” kata Shahrizan semalam.

Shahrizan menambah, beberapa siri perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini membuatkan keyakinannya bertambah. Dia kini tidak mahu menoleh kebelakang dan berazam untuk terus mengekalkan momentum dan memberikan persembahan terbaik. “Namun, segalanya bergantung kepada jurulatih (Datuk M. Karathu) sama ada untuk memilih saya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairul Fahmi.

“Selain saya, jurulatih juga mempunyai pilihan lain seperti Halim Napi, Judtana Eh Put atau Muhammad Syazwan Yusoff. “Kelantan mempunyai ramai penjaga gol yang bagus, saya tidak boleh berasa selesa kerana persaingan terlalu kuat.’’ 

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, Shahrizan dan Khairul Fahmi mempunyai keupayaan yang hampir setara. Justeru, beliau percaya Shahrizan mampu menggunakan pengalamannya untuk membantu Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia kali ini.
“Ketiadaan Apex (Khairul Fahmi) tidak begitu dirasai kerana kita memiliki Shahrizan yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik. “Ia suatu yang bagus kepada pasukan dan saya yakin kekurangan itu mampu ditampung oleh Shahrizan.

“Saya puas hati dengan apa yang dipamerkannya sebelum ini, tetapi saya mahu dia terus berusaha dan bekerja keras untuk mengekalkan prestasi dan posisinya. “Dalam pasukan Kelantan tiada istilah 'anak emas', mereka yang memberikan yang diterbaik akan diberi peluang beraksi,” jelasnya.

----- Kosmo Online

Selangor yakin raih Piala Malaysia

SHAH ALAM - Kemarau selama lima tahun tidak meraih kejuaraan Piala Malaysia bakal ditamatkan Selangor tahun ini dalam usaha mereka untuk memburu piala tersebut buat kali ke-33.
Keyakinan itu dilontarkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad yang menganggap sasaran tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk diraih.

"Kita mempunyai penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dan mereka berikrar akan sama-sama membantu merealisasikan impian untuk meraih Piala Malaysia buat kali ke-33 musim ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Misi 33 di sini semalam.
Jelasnya, walaupun Selangor mempunyai beberapa wakil penyokong antaranya Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Selangorfc.com dan Ultrasel (Ultras Selangor) semuanya boleh bergabung untuk memberi sokongan padu kepada pasukan bimbingan jurulatih K. Devan.
"Mereka akan datang bersama-sama, satu nada, satu suara dan tidak semestinya akan duduk bersama-sama untuk memberi sokongan, jika duduk asing sekali pun misi mereka tetap memberi sokongan kepada pasukan Selangor," katanya.

Sementara itu ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah berkata, semua pemain sudah tidak sabar dan semangat berkobar-kobar untuk beraksi dalam perlawanan pertama Piala Malaysia menentang T-Team esok.
"Matlamat kami hanyalah satu, memenangi Piala Malaysia kerana tinggal satu ini sahaja piala untuk dimenangi sebelum mengakhiri musim 2011, semangat kami tidak pudar walaupun kali terakhir melakukannya pada 2005.
"Ini bukan satu tugas yang mudah untuk bersaing dengan pasukan lain tetapi mereka sudah tentu berwaspada menentang Selangor kerana kami sekarang ini sudah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 32 kali," katanya.

--- Utusan

Kelantan sedia hadapi Sarawak

KOTA BHARU - Meskipun dihimpit masalah penjaga gawang yang cedera dan menggalas tugas bersama skuad kebangsaan, penyandang juara Piala Malaysia, Red Warriors sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pembukaan Piala Malaysia menentang Sarawak, esok.
Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu berkata, sesi latihan yang bermula Jumaat lalu, digunakan sebaik mungkin dalam memantapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan pembukaan nanti.
Menurutnya, segala persiapan berjalan lancar dan semua pemain berada pada tahap terbaik menjelang aksi pertama di Stadium Kuching, Sarawak.

"Kemenangan dalam perlawanan pertama bertemu Serawak perlu diraih. Ini penting sebagai bekalan semangat bagi mengharungi saingan peringkat kumpulan selepas ini.
"Begitupun saya tidak mahu mengambil mudah perlawanan dengan Sarawak. Walaupun Sarawak beraksi dalam saingan Liga Perdana, kemampuan pasukan ini tidak boleh di pandang rendah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada sesi latihan, semalam.
Karathu memberitahu, saingan Piala Malaysia berbeza dengan saingan liga dengan setiap pasukan pastinya menampilkan aksi yang berbeza.
"Setiap pasukan yang bertemu dengan Kelantan pasti akan bermain mati-matian dan cuba untuk menewaskan kami.

"Sebagai pasukan juara Liga Super dan Piala Malaysia kami perlukan ketepikan reputasi tersebut, sebaliknya berusaha lebih keras.
"Saya mahu pemain mempamerkan aksi terbaik dan memberikan tumpuan sepenuhnya serta bermain sebagai satu pasukan bagi memastikan kami berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan," katanya.
Tambah Karathu, semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali Zairul Fitree Ishak dan R. Surenderan.
"Zairul Fitree semakin pulih, namun masih belum dapat beraksi. Jadi saya akan tunggu sehingga dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.
"Surenderan pula masih lagi bergelut dengan kecederaan. Saya harap dia mampu pulih dalam masa terdekat untuk membantu pasukan," katanya.
Mengulas mengenai jentera serangan, Karathu berkata, serangan pasukanya yang diketuai oleh Norshahrul Idlan Tahala bersama gandingan barunya Azammuddin Mohd. Akil semakin menampakkan keserasian.
"Saya gembira dengan perkembangan ini. Mereka semakin serasi dan ini memudahkan kerja saya untuk memperkemaskan dan mempertajamkan lagi jentera serangan pasukan," jelasnya.

----- utusan

Kedudukan Kelantan sukar dikekang

ANDAI melihat undian dalam Kumpulan C saingan Piala Malaysia, hampir pasti satu slot ke suku akhir akan menjadi milik juara Liga Super, Kelantan yang setakat ini sukar dikekang pasukan lain.
Sementara tiga lagi pasukan dalam kumpulan sama iaitu Johor FC, Felda United dan Sarawak mempunyai peluang seimbang untuk meraih satu slot lagi dan itulah congakan yang dapat dibaca pengendali Felda United, E Elavarasan.

Bukan bermakna awal-awal mahu memberi laluan mudah kepada Kelantan, Elavarasan sebaliknya berpendapat skuad kendalian Datuk M Karathu itu sememangnya berada pada prestasi terbaik tetapi beliau menegaskan, anak buahnya tidak akan memberi laluan mudah kepada Kelantan.
“Secara amnya, satu slot mungkin milik Kelantan sementara tiga lagi pasukan termasuk Felda United, akan merebut satu slot lagi untuk ke suku akhir.

“Kami harus waspada dengan cabaran Johor FC serta Sarawak kerana seperti kami, kedua-dua pasukan ini juga pasti meletakkan sasaran untuk layak ke suku akhir.

“Dalam erti kata lain, kami perlu beraksi sebaik mungkin pada setiap perlawanan dengan sekurang-kurangnya memungut satu mata,” katanya.
Menjelang perlawanan pertama bertemu Johor FC, esok, Elavarasan berkata, skuad kendaliannya perlu memanfaatkan sebaik mungkin perlawanan pertama dengan memungut mata sekali gus mengelak kekalahan.

“Johor FC adalah sebuah pasukan yang bagus, terutama pada saingan liga lalu dan ia bermakna, kami perlu sentiasa waspada ketika bertemu mereka,” katanya.

----- Harian Metro

Shahrizan pengganti

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2011/09/05

SHAHRIZAN (kanan) ambil alih tempat Khairul Fahmi (kiri).
SHAHRIZAN (kanan) ambil alih tempat Khairul Fahmi (kiri).
 
KELANTAN terpaksa akur ketiadaan penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih diperlukan skuad Olimpik negara dan tugas berat di pintu gol The Red Warriors bakal dikawal Mohd Shahrizan Ismail.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pasukan itu akur dengan kehendak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memerlukan khidmat pemain disapa Apek itu dan sebagai langkah berjaga-jaga, dua penjaga gol skuad Piala Presiden - Muhammad Syazwan Yusoff dan Judtanna Eh Put - dipanggil mengimbangi pasukan.
“Amat malang Kelantan tidak dapat menggunakan khidmat Khairul Fahmi tetapi kami akur dengan keputusan FAM dan tugas itu bakal diisi Mohd Shahrizan yang turut menunjukkan prestasi memberangsangkan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka di Kota Bharu, semalam.
Katanya, Kelantan tidak meragui kemampuan Mohd Shahrizan untuk menggalas tugas selaku penjaga gol utama pada kempen Piala Malaysia menentang Sarawak malam esok, namun bimbang andai penjaga gol itu mengalami kecederaan.

“Kami atasi masalah ini dengan menyerapkan dua penjaga gol skuad Piala Presiden sebagai langkah berjaga-jaga dan kami berharap Kelantan tidak menunjukkan kelemahan walaupun tanpa Khairul Fahmi,” kata Azman. 

----- Berita Harian Online

Sunday, September 4, 2011

Bujang Senang sedia melibas



SARAWAK - Kali terakhir membuat penampilan dalam kancah Piala Malaysia ialah dua tahun lalu, namun pasukan Sarawak kini bersedia sepenuhnya untuk melakukan kejutan pada edisi kali ini.

Selaku pendatang baru Liga Super musim depan, penampilan Sarawak dalam kumpulan C seharusnya tidak boleh dipandang mudah apatah lagi setelah bergelar naib juara Liga Premier musim ini.

Sekian lama melalui zaman kegelapan, senario bola sepak negeri sudah pasti berubah serta-merta kerana semangat penyokong yang pernah terkenal dengan jolokan Ngap Sayot sebelum ini begitu membara untuk melihat pasukan ini mara lebih jauh musim ini.

Nama Robert Rene Alberts bukanlah satu nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Pernah menjulang Sang Kenari bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 1990, Alberts sebenarnya sudah cukup masak dengan sepak terajang bola sepak Sarawak kerana pernah menjadi jurulatih negeri tersebut pada tahun 2008 hingga 2009.

Alberts yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang kejurulatihan termasuk pernah menjawat jawatan Pengarah Teknikal, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi menggantikan Mohamad Zaki Shaikh Ahmad bagi membimbing pasukan tersebut awal musim ini.

Kali terakhir beraksi dalam pentas perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 1999, namun pasukan ini dikecewakan Brunei Darussalam menerusi kekalahan 2-1. Ketika itu Sarawak dibimbing Abdul Jalil Rambli.

Situasinya sudah pasti berubah, betapa pasukan yang menggunakan gelaran baru Kenyalang Enda Cuak bukan sekadar mahu menjadi pasukan pelengkap dalam peringkat kumpulan untuk kempen kali ini.

Ancaman merbahaya sudah pasti hadir menerusi penjaring terbanyaknya, Bobby Gozales, pemain berasal dari Beaufort, Sabah yang kini menyarung jersi pasukan Sarawak musim ini.

Malah kelibat penyerang tempatan, Zamri Morshidi, Ashri Chuchu ataupun Abdul Rayjal Abdul Jalil juga mampu memberikan masalah kepada pasukan lain sekiranya tidak diberikan perhatian.

Walaupun tewas dalam dua perlawanan persahabatan iaitu 0-1 kepada Sime Darby FC dan 1-2 kepada Negeri Sembilan, namun anak buah Alberts ini menampilkan kebangkitan dengan mengalahkan PDRM 2-0 dan Pilihan Kuching 5-0 sebelum sepak mula Piala Malaysia pada 6 September ini.

----- Sinar Harian Online

Shahrizan jadi taruhan utama


KEMAMPUAN Shahrizan untuk menggalas tanggungjawab menjaga gawang Kelantan masih dipersoalkan.


KELANTAN cukup terkenal sebagai sebuah pasukan yang berjaya menampilkan beberapa nama besar di posisi penjaga gol sejak era 1980-an.
Selepas kemunculan Hamid Ramli, legasi kecemerlangan tersebut diteruskan dengan kehadiran Wan Kamarulzaman Mohamad, Halim Napi dan ketika ini – Khairul Fahmi Che Mat sedang berada di kemuncak karier.
Bagaimanapun, menjelang kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirainya Selasa ini, Kelantan diselubungi khabar kurang gembira apabila tiga penjaga gol mereka tidak dapat disenaraikan.
Khairul Fahmi yang menggalas tanggungjawab bersama skuad Olimpik mungkin tidak mendapat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini kerana skuad Olimpik dalam persiapan bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012.
Kem Kelantan bertambah resah apabila dua lagi penjaga gol, Norhadi Ubaidillah dan Halim di- belenggu masalah kecederaan.
Berikutan masalah tersebut, seluruh ‘mata’ peminat setia skuad The Red Warriors kini tertumpu kepada penjaga gol kedua, Shahrizan Ismail yang tidak asing dalam kejohanan domestik.

Namun timbul persoalan sama ada Shahrizan mampu menggalas tanggungjawab yang diamanah ketika Kelantan dalam misi mempertahan Piala Malaysia musim ini.
Pada kempen tahun ini, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan dan hanya beraksi untuk tempoh 270 minit dalam Liga Super.
Kelibat Shahrizan sering dibayangi oleh ketangkasan Khairul Fahmi sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap prestasi semasa pemain berusia 32 tahun ini walaupun ‘dadanya cukup dengan ilmu’.

Sebagai rekod, Shahrizan pernah mencuri tempat sebagai penjaga gol No. 1 pasukan Selangor selama tiga musim bermula 2001.
Dia kemudiannya berkelana ke Terengganu pada 2005 sebelum memilih untuk pulang berbakti ke negeri kelahirannya, Kelantan pada 2008.
Musim 2009 menyaksikan Shahrizan kehilangan posi- sinya selepas kemunculan semula Halim dan setahun kemudian, dia sekali lagi diketepikan dengan kehadiran Syed Adney Syed Hussain.
Secara tiba-tiba, kelibat Khairul Fahmi pula mula mencuri tumpuan sehingga mencetuskan fenomena baharu dalam skuad Kelantan. 

Selepas lebih dua musim menanti, pentas Piala Malaysia adalah kesem- patan terbaik untuk Shahrizan membuktikan keupayaan sebenarnya.
Dalam empat siri perlawanan persahabatan sebelum ini, Shahrizan mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor, Songkla FC dan hanya melepaskan satu gol ketika Kelantan menentang T-Team.
Statistik tersebut mungkin sudah cukup untuk menutup mulut para pengkritik yang meragui kemampuannya selain ia satu isyarat jelas bahawa Shahrizan kini sedang mencongak sesuatu untuk merampas semula posisi penjaga gol utama Kelantan. 

Memiliki susuk tubuh yang lebih kecil dan rendah, Shahrizan memiliki kekuatan tersendiri terutama kemampuannya membaca gerak lawan ketika situasi bola satu lawan satu.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu pernah memberitahu, Shahrizan adalah seorang yang cukup sempurna untuk mengisi posisi penjaga gol.
“Apabila penjaga gol nombor satu dan dua anda berada pada tahap yang sama ia suatu yang cukup sempurna. Mereka (Khairul Fahmi dan Shahrizan) membuatkan saya pening untuk memilih yang terbaik.

“Shahrizan memiliki segala kekuatan yang diperlukan oleh seorang penjaga gol. Dia cukup baik dalam situasi bola rendah dan tindakan refleks, cuma dia memerlukan lati- han yang lebih untuk berdepan bola tinggi.
“Dia kini sedang berada pada prestasi terbaik dan Apeq (Khairul Fahmi) mungkin terpaksa bekerja keras selepas ini sekiranya mahu terus menyarung jersi utama pasu- kan,” jelasnya.
Ketika Shahrizan sudah bersedia menggalas tanggungjawabnya, Kelantan kini perlu mencari seorang lagi penjaga gol simpanan.
Ia mungkin menjadi rebutan dua pemain muda iaitu penjaga gol Piala Presiden, Judtana Eh Put dan Muhammad Syazwan Yusoff atau Kelantan harus menagih kudrat Halim.

----- Kosmo Online

Selangor hormati T-Team

DEVAN (dua dari kanan) meletakkan sasaran untuk Selangor mara ke final Piala Malaysia 2011.


JURULATIH Selangor, K. Devan menegaskan, status pasukan pilihan bukan satu jaminan untuk mencipta kegemila- ngan dalam Piala Malaysia 2011.
Baginya, penilaian sesebuah pasukan adalah berbeza di atas kertas dan di dalam padang.
Meskipun dilabelkan pasukan pilihan untuk menjulang trofi Piala Malaysia 2011, Devan tetap merendah diri dan me- nganggap saingan pada musim ini tidak boleh dipandang mudah.
Katanya, saingan Piala Malaysia pada musim ini membariskan 16 pasukan terbaik dari Liga Super dan Liga Perdana dan mereka tampil dengan misi mahu menjuarai piala berprestij tanah air itu.
Devan memberitahu, kunjungan skuad The Red Giant ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu menentang pasukan berstatus kelab, T-Team pada Selasa ini, sangat penting.
“Pada aksi Liga Super lalu, Selangor tewas (ketika menentang T-Team) di tempat sendiri dan di Kuala Terengganu tetapi kali ini, kami akan mempamerkan aksi terbaik dan sekurang-kurang dapat mencuri satu mata.

“Kami menganggap perlawanan ini adalah penting kerana para pemain sangat bersemangat untuk memulakan aksi pertama dan seri sudah memadai.
“Kami perlu ketepikan perasaan gentar walaupun bermain di gelanggang lawan, terutamanya ketika menentang T-Team.
“Kami perlu main dengan tenang dan jangan terlalu mengikut rentak lawan. Kita main ikut strategi kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jelas Devan, Selangor tetap berhajat untuk mengutip tiga mata penuh apabila berkunjung ke Kuala Terengganu.
Sementara itu, beliau bersikap realistik apabila meletakkan sasaran bagi saingan Piala Malaysia kali ini, untuk beraksi di pentas final.

Berdasarkan reputasi semasa dan bari- san pemain yang dimiliki, beliau berpen- dapat, dua pasukan utama harus diberi perhatian iaitu Kelantan dan Terengganu.
Kelantan yang gah dengan reputasi selaku juara Liga Super, manakala juara Piala FA, Terengganu memiliki ramuan sebagai juara kerana memiliki barisan pemain yang kesemuanya bertaraf bintang.
“Dalam masa yang sama, beberapa lagi pasukan lain seperti Perak, Kedah, T-Team, Negeri Sembilan dan Johor FC tidak harus dipandang rendah. 

“Begitu juga dengan Kuala Lumpur, PDRM, Felda United, Sime Darby, Sabah dan Selangor PKNS yang hadir dengan semangat melawan yang begitu tinggi,” ujarnya.
Jelasnya, setiap pasukan mahu menjulang trofi keramat tanah air ini, namun Devan tidak mahu pasukan itu dibuai dengan sejarah lama, sebaliknya mahukan anak-anak buahnya bangkit selepas terlepas dua kejuaraan iaitu Liga Super dan Piala FA.
“Bagi saya, biarlah menetapkan sasa- ran untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia terlebih dahulu (sebelum sasa- ran bergelar juara). 

“Apa yang perlu kami lakukan adalah memastikan pasukan kami berada pada prestasi yang terbaik.
“Saya tahu kekuatan dan kelemahan barisan pemain saya dalam usaha untuk memburu slot final Piala Malaysia nanti,” ujarnya.

----- Kosmo Online

Awas amukan Kelantan


KARATHU, arkitek yang meneruskan kecemerlangan Kelantan dalam saingan bola sepak tempatan musim ini.


SELEPAS juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super diketahui, kancah bola sepak negara kini beralih pula ke saingan paling berprestij iaitu Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada 6 September ini.
Sebanyak 10 pasukan negeri dan enam kelab yang dibahagikan kepada empat kumpulan akan berentap sesama sendiri untuk memastikan siapa yang layak dinobatkan selaku juara baharu musim ini.
Pada edisi lalu, The Red War- riors yang dipimpin bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan 2009, B. Sathianathan menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1921.
Kejayaan tersebut menyaksikan Kelantan menamatkan kemarau panjang selama 89 tahun untuk dinobatkan sebagai juara baharu selepas gagal melakukannya dalam saingan terdahulu.
Diundi dalam Kumpulan C bersama Felda United, Johor FC dan naib juara Liga Premier Sarawak, skuad bimbingan Datuk M. Karathu dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menempah slot ke pusingan suku akhir.
Tetapi semuanya terpulang kepada aksi yang ditunjukkan dalam saingan peringkat kumpulan pada edisi kali ini.
Jika prestasi semasa diambil kira serta senarai pemain yang dimiliki, juara bertahan itu dilihat mempunyai peluang yang cukup cerah.
Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, secara logiknya pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh maka peluang untuk dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir adalah cerah.
Begitupun, dalam saingan suku akhir nanti, The Red War- riors bakal berdepan laluan sukar apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembi- lan atau musuh tradisi, Terengganu yang juga juara Piala FA musim ini.
Kedua-dua pasukan tersebut menjadi pilihan untuk muncul juara atau naib juara kumpulan, seterusnya menjadi lawan Kelantan di peringkat seterusnya selain dua pasukan berstatus kelab iaitu PKNS dan Sime Darby FC.
Untuk saingan kali ini, skuad bimbingan M. Karathu tampil dengan menggalas tugas berat iaitu mempertahankan kejuaraan selain meneruskan kecemerlangan yang dicipta ketika di bawah kendalian B. Sathianathan pada musim lalu.

Menyedari bakal berdepan dengan laluan mencabar untuk saingan kali ini, The Red Warriors tidak mengambil mudah setiap per- juangan mereka, sebaliknya menggunakan tempoh rehat selama sebulan sempena bulan Ramadan yang dimiliki sebaik mungkin dengan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera pasukan.
Jika 18 tahun lalu, Karathu hanya berjaya membawa Kelantan layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikece- wakan Kedah, musim 2011 merupakan tahun yang terbaik buat beliau untuk menebus kekecewaan tersebut dengan membawa The Red Warriors ke puncak kejayaan musim ini selepas meraih kejuaraan Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Seandainya berjaya melaksanakan tugas tersebut, Karathu akan menjadi jurulatih pertama yang berjaya membawa Kelantan menjulang tiga kejuaraan dalam satu musim selepas Piala Sumbangsih dan Liga Super sekali gus memahat namanya dalam lipatan sejarah bola sepak negeri Kelantan.
Empat kemenangan yang dilakar dalam aksi perlawanan persahabatan di Lembah Kelang iaitu bertemu Kuala Lumpur, PDRM dan Selangor serta satu aksi di Kota Bharu menentang T-Team dilihat sebagai petanda awal bahawa Kelantan sudah bersedia sepe- nuhnya untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.

Dalam perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur, barisan bimbingan M. Kara- thu mempamerkan kegarangan apabila membelasah skuad warga kota 5-0 menerusi jaringan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzhi, Nurul Azuwan Roya, Solihin Kanasian Abdullah serta dua penggempur pinjaman, Azamuddin Akil dan R. Surendran.

KELANTAN kini memburu gelaran ketiga dalam saingan liga tempatan selepas memegang status sebagai juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini.


Pada aksi kedua menentang PDRM, The Red Warriors hanya berjaya melakar keme- nangan tipis 1-0 menerusi jaringan Mohd. Nizab Ayub.
Bertemu seteru utama, Selangor pada perlawanan ketiga, Kelantan ternyata tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara 32 kali Piala Malaysia itu menerusi jaringan Azammud- din Akil.

Aksi keempat bertemu T-Team, Kelantan terus mempamerkan watak sebagai juara apabila membenam skuad bimbingan Yunus Alif 3-1 hasil jaringan Mohd. Badri Radzhi dan Azzamuddin Akil dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Berdasarkan ramuan pemain yang miliki oleh The Red Warriors musim ini, ditambah pula dengan kemasukkan dua penyerang pinjaman dari Pahang iaitu Azammuddin Akhil dan R. Surenderan, ia dilihat memantapkan lagi kekuatan pasukan menghadapi cabaran Piala Malaysia musim ini.

Kemasukan dua pemain tersebut dilihat memberikan ilham buat M. Karathu untuk menyediakan ramuan terbaik dalam memantapkan lagi jentera serangan The Red Warriors yang sebelum ini mengharapkan sentuhan berbisa penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.
Aksi yang ditampilkan oleh dua pemain tersebut dalam perlawanan persahabatan sebelum ini menampakkan petanda positif apabila dua tonggak Pahang itu tidak mempunyai masalah untuk membentuk keserasian bersama pemain-pemain lain yang ada dalam pasukan.

Ketika sedang rancak mengadakan persiapan untuk menghadapi saingan kali ini, juara bertahan Piala Malaysia itu mendapat perkhabaran yang kurang enak apabila bakal kehilangan beberapa tonggak utama seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin, Zairul Fitree Ishak dan penyerang pinjaman, R. Surenderan.
Khairul Fahmi dan Mohd. Izuan Solahuddin menggalas misi negara bersama skuad Olimpik, manakala Zairul Fitree serta penyerang pinjaman R. Surenderan dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan terlepas beberapa aksi awal.
Namun itu bukan masalah besar buat Karathu selaku jurulatih yang kaya dengan pengalaman.
Rangkaian pilihan pemain yang dimiliki, mampu memberikan kelebihan dalam menyusun strategi untuk mengekang asakan lawan. 

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi itu bakal diisi seorang penjaga gol yang tidak kurang hebatnya, Mohd. Shahrizan Ismail.
Kredibiliti pemain yang pernah menyarung jersi pasukan ternama sebelum ini seperti Selangor dan Terengganu tidak perlu diper- tikaian.

Meskipun jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, anak jati kelahiran Jalan Bayam, Kota Bharu ini mampu membuktikan sesuatu seandainya diberikan peluang.
Buktinya, sepanjang aksinya dalam tiga perlawanan iaitu dua dalam Liga Super dan satu Piala FA, penjaga gol berusia 32 tahun ini berjaya menutup gawang Kelantan daripada dibolosi.
Ketiadaan Zairul Fitri dilihat membuka pe- luang kepada seorang lagi tonggak pertaha- nan, Muhammad Abdul Aziz Ismail untuk membuktikan kemampuan seterusnya membentuk gandingan mantap dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohd. Farisham Ismail, S. Subramaniam serta Mohd. Rizal Fahmi Rosid.

Di bahagian tengah, Kelantan pasti mengharapkan sentuhan Muhd. Badri Radzi, Mohd. Shakir serta dua pemain sayap lincah, S. Chanturu bersama gandingannya Nurul Azu- wan Roya bagi memastikan barisan serangan tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bola.
Posisi serangan untuk saingan kali ini menyaksikan Kelantan mendapat tonik baru de- ngan kemasukan penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin atau mesra dengan panggilan Alexs.
BADRI (kiri), komander padang yang banyak merencanakan rentak Kelantan.


Kehadiran pemain tersebut membuka peluang kepada Karathu untuk membuat pilihan siapakah yang layak untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi mengetuai jentera serangan The Red Warriors.
Tiga gol yang dijaringkan dalam empat perlawanan oleh anak jati Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang itu membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tugas se- laku penggempur utama The Red Warriors untuk aksi Piala Malaysia musim ini sekiranya diberikan peluang untuk beraksi.
Ketika Kelantan dilihat mempunyai barisan ampuh untuk menggalas cabaran pada edisi kali ini, pengendalinya, M. Karathu tidak mahu mendabik dada dengan barisan pemain yang dimilikinya.
Dengan rendah diri Karathu tidak mahu terlalu yakin sebaliknya mahu barisan pemainnya mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini kerana pada saingan peringkat kalah mati, apa sahaja boleh berlaku.
Tanpa berselindung, bekas pengendali Perak itu tidak menganggap pasukannya akan mendapat laluan mudah bagi mencari tiket ke suku akhir biarpun diundi bersama pasukan kurang ternama seperti Johor FC, Felda United dan Sarawak.
Bagaimanapun, cabaran kuat mungkin dari Johor FC dan Felda United yang disifatkan- nya mempunyai ramai pemain yang berpe- ngalaman dan sudah masak dengan kancah saingan bola sepak tempatan.
“Kami tidak pernah berdepan pasukan Sarawak musim ini kerana mereka adalah dari- pada Liga Premier, jadi saya tidak begitu mengetahui kekuatan Sarawak,” katanya.
Tambahnya, berdasarkan empat perlawanan yang dilalui, Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dalam saingan kali ini.
“Walaupun kita berjaya meraih kemenangan dalam semua perlawanan persahabatan, namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu diatasi terutamanya tahap kecergasan. Saya harap tempoh yang ada ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi kekurangan ini.
“Bagi saya kemenangan itu tidak penting. Kita mahu lihat corak permainan dan prestasi setiap pemain sebelum aksi pertama yang akan bermula 6 September ini,” ujarnya.

----- Kosmo Online

Kelantan hilang 3 penjaga gol ?

KOTA BHARU - Persiapan Piala Malaysia skuad Kelantan yang semakin menuju puncak dikejutkan dengan khabar kurang menyenangkan apabila dilaporkan bakal kehilangan tiga penjaga gol serentak.
Tiga penjaga gawang yang dimaksudkan penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi dan Norhadi Ubaidillah masing-masing dibelenggu kecederaan manakala penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek tidak mendapat pelepasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana perlu melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik Khamis ini.
Perkara tersebut disahkan Pengurus pasukan, Azman Ibrahim yang mengakui kehilangan tiga penjaga gol serentak merencatkan persiapan Red Warriors.

“Kita tidak ada pilihan selain mengemukakan rayuan kepada FAM bagi mendapatkan pelepasan untuk membolehkan Apek menyertai pasukan.
Sukar bagi kita untuk mencari pengganti dalam tempoh sesingkat ini.
“Tambahan pula kita akan ke Kuching pada 5 September ini. Lagipun mana sempat untuk kita mencari pengganti kerana kita akan menyambut Aidilfitri esok (hari ini),” katanya.
Tambahnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut berharap FAM dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan sewajarnya.
“Posisi penjaga gol begitu kritikal sekarang kerana kita hanya ada seorang penjaga gol iaitu Mohd. Shahrizan (Ismail),” jelasnya.

Mengulas mengenai kecederaan yang menimpa kedua-dua penjaga golnya, Azman memberitahu, khidmat Mohd. Halim terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan pada kakinya ketika menjalani latihan sebelum perlawanan persahabatan di Songkla, Thailand, Jumaat lalu.
“Dia sudah tidak turun menjalani latihan sejak beberapa hari lalu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana hanya tinggal Mohd. Shahrizan seorang yang menjalani latihan. 

“Norhadi (Ubaidillah) pula dinasihatkan berehat selama sebulan kerana mengalami masalah pada paru-paru rentetan kecederaan yang dialami ketika perlawanan menentang Kanada di Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China baru-baru ini dan dia kini sudah berehat di rumah dan terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) untuk rawatan susulan,” katanya.

----- Utusan Malaysia Online

Jeeva 'rampas' gawang Selangor


JEEVANANTHAN (kanan) bakal menjadi pilihan utama untuk mengawal gawang Selangor pada saingan Piala Malaysia musim ini.


KEHADIRAN G. Jeevananthan pada asalnya hanyalah untuk melengkapkan kuota penjaga gol Selangor bagi menghadapi Piala Malaysia selepas penjaga gol ketiga, Fairul Azwan Shahrullai mengalami kecederaan lutut ACL.
Namun setelah tampil cemerlang pada dua aksi persahabatan menentang Johor FC, Sabtu lalu dan Sime Darby malam kelmarin, Jee- vananthan, 31, tampak bakal merampas tugas penjaga gol utama Selangor daripada Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar.
"Saya cukup berpuas hati dengan prestasi Jeevananthan pada dua perlawanan ini. Dia mempamerkan aksi cukup menyakinkan sambil dibantu barisan pertahanan yang turut mempamerkan peningkatan," kata jurulatih Selangor, K. Devan.
Ia seakan memberi isyarat bahawa penjaga gol yang dipinjam dari skuad Liga Premier, USM FC itu bakal menjadi pilihan Devan pada kempen Piala Malaysia bermula 6 September depan.
Bagi Jeevananthan yang pernah menyarung jersi Johor FC, Public Bank dan Sabah sebelum ini, dia begitu teruja setelah mendapat tawaran beraksi secara pinjaman bersama Selangor.
"Ketika masih dalam perbincangan untuk dipinjamkan ke beberapa pasukan lain, tiba-tiba Selangor hadir membuat tawaran dan saya terus menerimanya.
"Saya sedar tanggungjawab besar kerana pihak pengurusan mahukan kejuaraan. Jadi saya akan beri komitmen seratus peratus untuk menghargai peluang diberi ini," kata Jeevananthan ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan malam kelmarin.
Pada aksi tersebut, Sela- ngor hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby hasil jaringan tunggal Razman Roslan pada minit ke-78.
Kata Devan: "Peluang kita banyak, tapi masalah sama iaitu sukar menjaringkan gol. Diharapkan perkara ini tak berterusan pada saingan sebenar nanti."
Selangor akan menghadapi aksi persahabatan terakhir bertemu Negeri Sembilan di Paroi malam esok untuk Devan terus menguji ketajaman jentera serangannya.

----- Kosmo Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...