Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Sime Darby FC. Show all posts
Showing posts with label Sime Darby FC. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Sarawak Yakin Kelebihan Untuk Langkah Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

KUCHING, 4 Okt (Bernama) -- Demam bola sepak yang kini melanda Sarawak dan kelebihan melayan Sime Darby FC di laman sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia esok sudah pasti menyemarakkan semangat anak buah Robert Alberts.

Alberts, selaku ketua jurulatih skuad Sarawak, sudah melaungkan amaran bahawa pasukan itu mempunyai kelebihan di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini untuk melangkah ke separuh akhir.

"Kami mempunyai peluang baik untuk mencapai sasaran...lebih-lebih lagi dengan bantuan semangat demam bola sepak yang melanda di seluruh negeri.

"Kejayaan bakal dicapai ini bukan sahaja untuk pasukan malah untuk rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Minggu lepas, Sarawak, selaku juara Liga Perdana musim ini dan naib juara Sime Darby FC mencapai keputusan seri tanpa jaringan pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Selayang, Selangor.

Untuk rekod, pada saingan Liga Perdana musim ini, Sarawak menundukkan Sime Darby FC 1-0 di sini dan seri tanpa jaringan di gelanggang lawan.

-- BERNAMA

Monday, May 21, 2012

Kelantan Juara

KETUA pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, pemain dan pegawai pasukan Kelantan menjulang Piala FA selepas menumpaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Mingguan/ Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR - Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0, semalam.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.

Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu.

Tambah manis, Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

Kemenangan itu juga melengkapkan janji ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi untuk menghadiahkan trofi tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa terlaksana.

Trofi berkenaan juga boleh disifatkan sebagai amaran oleh jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang masih memburu kejuaraan Liga Super.

Bagi Sime Darby, walaupun tewas, tiada apa yang mahu dimalukan memandangkan skuad berstatus kelab itu mampu bertahan dengan baik sepanjang perlawanan.

Hanya sepakan penalti Ghaddar menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir dinobat selaku Pemain Terbaik perlawanan akhir.

Mengulas kemenangan semalam, Bojan mengakui pasukannya tidak beraksi pada tahap sebenar.

Namun, katanya ia tidak penting kerana pasukannya berjaya memenangi perlawanan walaupun hanya menerusi sepakan penalti.

"Bagaimana corak permainan ia tidak penting. Apa yang penting adalah kami menjulang kejuaraan.

"Rahsia kami dapat mengasak serangan lawan ialah kejayaan kami mengikat penyerang utama Sime Darby, Ronaldinho.

"Kemenangan kami juga membuktikan walaupun Sime Darby beraksi baik dalam Liga Perdana, tidak semestinya mereka mampu berbuat demikian pada final malam ini," katanya.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria tetap memuji pemain walaupun gagal mencipta kejutan sebagai pasukan kelab pertama yang memenangi Piala FA.

"Ya... Kami terima kekalahan ini. Namun saya tetap berbangga dengan apa yang pemain lakukan. Kami berbangga kerana berjaya mara ke perlawanan akhir.

"Kami juga tidak memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk muncul juara apabila mengikat mereka tanpa jaringan pada babak pertama," katanya.

--- UTUSAN MALAYSIA

Sunday, May 20, 2012

Bojan Sifatkan Perlawanan Menentang Sime Darby Antara Tersukar Musim Ini

http://u.goal.com/183900/183932hp2.jpg

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara yang tersukar dihadapi beliau musim ini.

Beliau yang tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis pasukan 'The Red Warriors' itu, berkata kemenangan malam ini merupakan satu hadiah yang paling bermakna untuk rakyat Kelantan.

"Walaupun kita mencatatkan kemenangan tipis namun ia bukan penting bagi saya kerana apa yang lebih penting adalah membawa Kelantan merealisasikan harapan rakyat Kelantan yang dahagakan kejayaan Piala FA buat kali pertama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Sabtu malam.

Pasukan Kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1990 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu.

Bojan berkata selepas ini beliau akan memberikan tumpuan khusus kepada saingan Piala AFC menentang jiran mereka, Terengganu pada 23 Mei ini serta Liga Super.

Sementara itu jurulatih Sime Darby Ismail Zakaria berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Saya rasa para pemain telah mengikuti segala arahan yang diberikan kepada mereka cuma mungkin nasib tidak berpihak kepada kita malam ini," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, May 17, 2012

Ronaldinho laung amaran keras

Oleh Wan Fakhrul Bakar dan Mohd Fitrie Muhamad

2012/05/17

wleh

Patrick Ronaldinho Wleh

DETIK bimbang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terhadap ‘ayam tambatan’ Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh jelas ada kebenaran dan semalam penyerang import itu melaungkan amaran keras mahu merobohkan benteng pertahanan lawan tersohor itu.

Selepas kecewa ekoran gagal untuk membantu pasukan ketika tewas kepada dua seteru di saingan liga, Ronaldinho mahu menjadikan pentas final sebagai medan untuknya melepaskan geram.
“Sudah pasti saya akan main kerana tahu pasukan memerlukan khidmat saya di barisan depan. Saya tidak main ketika aksi liga menentang Tentera dan tentu kali ini saya mahu bantu pasukan menjulang Piala FA.
“Yang pasti pasukan memerlukan saya dalam pasukan. Untuk itu saya tidak mahu kecewakan mereka dan akan buktikan kemampuan sebenar saya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium UPM Serdang, petang semalam.

Walaupun The Red Warriors memiliki rekod lebih baik berbanding Sime Darby dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia termasuk saingan Piala AFC, namun kelibat penyerang dari Liberia itu cukup menghadirkan rasa gerun di kem Kelantan.

Laporan semalam turut menyebut Khairul Fahmi mahu barisan pertahanan pasukan mengawal ketat Ronaldinho yang dilihat mampu mengecewakan Kelantan pada final FA buat kali kedua.

“Saya tidak takut dengan sesiapa. Saya juga tidak mahu ambil kisah dengan jumlah penyokong lawan yang ramai dan hanya tumpukan pada permainan saya saja,” katanya.

--- BERITA HARIAN

Thursday, May 3, 2012

Jangan lekeh Sime Darby: Khairul

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

2012/05/03

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah keupayaan Sime Darby yang mencipta kejutan dengan menewaskan Terengganu untuk layak ke final Piala FA.

The Red Warriors yang menewaskan Kedah menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat 3-3, kelmarin akan menentang pasukan kelab itu di final pada 19 Mei ini.
“Untuk pertemuan dengan pencabar baru seperti Sime Darby ini, kita tidak boleh memandang mudah dan tidak terlalu yakin kerana sepanjang saingan Piala FA mereka (Sime Darby) bermain penuh semangat dan kita perlu berhati-hati,” katanya.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek berkata selain berwaspada dengan rentak permainan Sime Darby dia bertekad untuk membaiki prestasi dan membentuk keyakinan diri sebelum menjelang perlawanan akhir nanti.

“Saya mengakui pernah membuat beberapa kesilapan ketika beraksi namun saya akan membaiki kelemahan dalam masa terdekat dan akan fokus dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji kekentalan anak buahnya yang mampu menghalang kemaraan Kedah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA – sekali gus layak ke final buat dua musim berturut-turut.

Bojan menyifatkan jaringan pemain pertahanan import, Obinna Nwneri pada babak kedua pencetus semangat kepada rakan sepasukan untuk bangkit biarpun ketinggalan 0-2 pada babak pertama.
“Kami akui pemain tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama kerana pihak lawan mendahului dua jaringan dan ia juga hampir membunuh moral pemain kita.

“Bagaimanapun jaringan Obinna berjaya menghidupkan kembali semangat pasukan dan pemain mula bangkit untuk mencari kemenangan sehingga Mohamad Ghaddar berjaya menjaringkan gol kedua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

--- BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...