“Betisnya cedera ketika memanaskan badan dan dia tidak boleh bermain hingga dua minggu,” kata pengurus pasukan, Alex Ferguson selepas anak buahnya ditundukkan pasukan yang berada di kedudukan tercorot liga itu. - Reuters
Sahabat Blog Bola Sepak
Monday, February 7, 2011
Ferdinand rehat dua minggu (Metro Online)
Friday, December 31, 2010
Rio Ferdinand puji Malaysia (Utusan Malaysia Online)
KUALA LUMPUR - Kehebatan pasukan Harimau Malaya bukan sahaja mendapat pujian daripada pemimpin dan rakyat tempatan, malah ia turut medapat perhatian bintang Manchester United, Rio Ferdinand.
Dalam akaun laman Twitter milik pemain pertahanan kelab Red Devils itu, Ferdinand memuji permainan anak buah K. Rajagobal selain turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka bergelar juara Piala Suzuki AFF.
"Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru sahaja menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.
"Saya pernah bertemu dengan pasukan bawah 23 tahun Malaysia, 18 bulan lalu dan mereka terbukti merupakan sebuah pasukan yang mempunyai masa depan cerah," katanya dalam Twitter miliknya, semalam.
Ferdinand merupakan kapten pasukan Manchester United ketika pasukan itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda, dua tahun lalu.
Thursday, December 30, 2010
Ferdinand ucap tahniah (Harian Metro Online)
KEJAYAAN skuad negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dengan menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat bukan hanya mendapat pujian peminat tempatan dan pemimpin tertinggi negara, malah pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucap tahniah dan memuji pasukan negara.
“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.
Sunday, March 14, 2010
aya, Ferdinand nadi United: Vidic (Berita Harian)
2010/03/14
Musim Ferdinand terjejas dengan masalah kecederaan belakang dan kelibat Vidic juga dibelenggu dengan masalah kecederaan pergelangan kaki.
Tetapi pertahanan tengah itu sudah bersedia untuk digandingkan buat kali ketiga tahun ini apabila Fulham berkunjung ke Old Trafford malam ini. Mereka kembali mengukuhkan pintu gawang yang dikawal penjaga gol Edwin van der Sar, yang turut bergelut dengan masalah kecergasan musim ini tetapi mengekalkan rekod bersih ketika menang 1-0 ke atas Wolves dan 4-0 ketika membenam AC Milan.
Pemain antarabangsa Serbia itu berpendapat, dia mungkin mengambil sedikit masa untuk membentuk tembok kebal bersama Ferdinand walaupun mempamerkan aksi baik ketika digandingkan semula selepas sekian lama.
“Masing-masing mengalami kecederaan agak lama dan saya rasa kami memerlukan beberapa perlawanan lagi sebelum mencapai keserasian mutlak,” kata Vidic.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson juga berpendapat kemunculan semula pilihan utama di benteng pertahanan itu akan menjadi kunci dalam pemburuan mahkota United selepas ini.
Dalam persiapan menghadapi skuad bimbingan Roy Hodgson, yang hanya pernah menang sekali di gelanggang United sepanjang tempoh 47 tahun, rekod baik di tempat sendiri sudah cukup untuk meyakinkan. - AFP
Thursday, February 25, 2010
United kehilangan Ferdinand, Anderson (Utusan Malaysia)
MANCHESTER - Alex Ferguson kehilangan khidmat dua pemainnya menjelang perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa Ahad ini, selepas Rio Ferdinand terpaksa diketepikan pada pertembungan di Wembley itu, manakala Anderson mengalami kecederaan lutut yang serius.
Ferguson berkata, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Ham semalam, masalah belakang yang dialami Ferdinand bertambah teruk, dan kecederaan itu juga bakal menyebabkan pemain itu terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan persahabatan England menentang Mesir di Wembley, minggu depan.
Masalah tersebut memberi tamparan hebat kepada United dan Ferdinand.
Pemain itu yang berharap dapat kembali beraksi menentang West Ham, selepas menjalani penggantungan tetapi terlepas peluang selepas belakangnya tercedera semasa latihan.
Pemain tengah Brazil, Anderson juga terpaksa disisihkan pada perlawanan akhir Piala Liga, selepas dia kelihatan terhincut-hincut pada pertemuan menentang West Ham, yang menyaksikan United mencatat kemenangan keenam berturut-turut di tempat sendiri.
''Rio mengadu sakit di bahagian belakangnya pagi kelmarin. Kami tidak boleh mengambil risiko ke atasnya. Dia tidak bersedia untuk perlawanan Ahad ini.
''Bagi Anderson pula, kami menghantarnya untuk membuat ujian imbasan. Harap-harap ia tidak serius tetapi kelihatan membimbangkan,'' kata Ferguson.
United yang kembali merapatkan kedudukan satu mata di belakang Chelsea, memperoleh kemenangan hasil jaringan Wayne Rooney dan Michael Owen yang masing-masing menjaringkan dua dan satu gol.
Kemenangan itu sekurang-kurangnya meningkatkan kembali keyakinan United, setelah tumpas 1-3 kepada Everton dan sekali gus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Chelsea.
Rooney pula mempamerkan prestasi hebat setelah meledakkan 27 gol setakat ini - 23 gol dihasilkan menerusi aksi Liga Perdana.
Pemain itu berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan dua gol, yang sekali gus meletakkan United di depan.
''Rooney memiliki sentuhan ajaib. Apa sahaja yang disentuh bertukar menjadi emas.
''Walaupun perlawanan itu biasa sahaja, dia tetap mampu menjaringkan dua gol,'' kata pengurus West Ham, Gianfranco Zola.
Ferguson turut menghamburkan pujian terhadap jaringan Rooney, yang meletakkan United mendahului West Ham.
''Wayne telah menyempurnakan jaringannya dengan baik sekali. Buat masa ini, dia berada pada tahap yang terbaik dan harap ia akan berterusan.
''Kami perlu menang. Sabtu lalu, amat mengecewakan apabila kami gagal bermain dengan baik selepas pulang dari Milan.
''Namun, kini kami menunjukkan perubahan yang hebat. Kami perlu menjaringkan lebih banyak gol lagi,'' kata Ferguson.
Ferguson menegaskan, dia bakal melakukan perubahan menjelang perlawanan di Wembley dan pemain pertahanan muda Brazil, Rafael Da Silva disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Villa.
West Ham yang masih bergelut di penyingkiran bakal bertemu Bolton di tempat sendiri, disusuli menentang Wolves, Sunderland serta Wigan.
Namun, Zola tetap yakin pasukannya akan dapat mengelak daripada menduduki tiga tangga tercorot.
''Ia bukan mudah menentang Manchester United dan bangkit apabila ketinggalan 1-0.
''Tiada alasan untuk kami beraksi lebih baik. Kami telah mempamerkan prestasi yang membanggakan sejak kebelakangan ini,'' tambah Zola. - AFP
Wednesday, February 17, 2010
Lampard sokong kapten Ferdinand (Berita Harian)
FERDINAND (kanan) akan ambil alih lilitan kapten daripada Terry yang dilucutkan daripada jawatan selepas terdedah kontroversi dia menjalin hubungan sulit dengan bekas teman wanita, Bridge. |
'Dia berhak dapat peluang untuk ketuai skuad England'
LONDON: Frank Lampard berkata Rio Ferdinand berhak mendapat peluangnya untuk mengetuai skuad bola sepak England.
Pertahanan Manchester United itu sudah mengambil alih lilitan kapten daripada John Terry yang dilucutkan daripada jawatan berkenaan selepas terdedah kontroversi dia menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanita, Wayne Bridge.
“Tugas ketua pasukan England memerlukan seseorang yang ada karektor besar dan Rio adalah seorang yang popular dalam bilik persalinan.
“Kontroversi dalam peralihan dan segala-galanya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kini ia sudah berlaku dan Rio akan melakukan yang terbaik.
| Frank Lampard |
“Wayne Rooney adalah pemain terbaik kami dan pastinya dia akan menjadi kapten England satu hari nanti. Tetapi ia bukan idea yang bagus untuk membebankannya ketika dia begitu muda.” - Agensi
