Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Azizi Mat Rose. Show all posts
Showing posts with label Azizi Mat Rose. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Lega (Sinar Harian Online)



TIGA bekas pemain The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose boleh menarik nafas lega setelah keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memihak kepada mereka.

Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Majlis Kafa menarik diri dan tidak bersama semasa Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain demi keadilan semua pihak memberitahu mesyuarat itu dipengerusikan Timbalannya, Datuk Jeferey Low Han Cha memutuskan ketiga pemain itu tidak melanggar kontrak seperti didakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut Takiyuddin, notis yang dikeluarkan Kafa kepada tiga bekas pemainnya tidak sah kerana tidak memenuhi Perkara 10.1 dan Perkara 10.2 Perlembagaan Kafa.
“Mengikut Perkara 10.1 persatuan, pasukan perlu memberi notis tiga bulan sebelum tempoh kontrak sebenar tamat.

“Kontrak pemain akan tamat 30 hari selepas perlawanan terakhir mereka. Kita sedia maklum, Kelantan beraksi pada final Piala Malaysia pada 30 Oktober 2010.

“Kafa perlu beri notis kepada tiga pemain mereka sebelum 30 Ogos 2010. Namun, Kafa hanya keluarkan notis itu pada 1 September 2010 dan ini bermakna tidak mencukupi tempoh tiga bulan.

“Manakala, Perkara 10.2 menyatakan setiap pasukan mesti menyatakan terma dan syarat lengkap kepada pemain seperti bayaran gaji dan elaun dan kemudahan.

“Kafa hanya nyatakan terma yang sama seperti kontrak yang sedia ada. Oleh itu, tidak mencukupi kerana Kafa perlu nyatakan berapa tahun, berapa elaun, bonus dan syarat secara terperinci.

“Notis itu tidak sah dan Jawatankuasa Status FAM menolak aduan dibuat Kafa terhadap bekas pemain mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM, semalam.

Keputusan Jawatankuasa Status FAM itu menandakan bahawa ketiga-tiga pemain yang bakal mewakili T’Team musim ini sah beraksi sepanjang kejohanan Liga Malaysia 2011.

Wednesday, January 12, 2011

Karier tiga pemain tergugat (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain

INDRA...tukar angin
INDRA...tukar angin

TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 ber kemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.

Namun semuanya bergan tung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghu jung bulan ini.

Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelma rin diketuai oleh pengeru sinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan me ngenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengenda likan sesuatu perkara.

“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lan jut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.

Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Wa rriors itu.

Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan per siapan Kelantan bagi meng hadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain ber pengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lan jutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain

Friday, December 10, 2010

Padah tak balas notis (Kosmo Online)


DARI KIRI:NOR FARHAN, AZIZI, INDRA PUTRA


TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.

Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.

Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.

“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.

“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.

“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.

Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.

“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.

“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.

“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.

Thursday, October 28, 2010

Azizi, Subra terlepas peluang (Sinar Harian Online)


KOTA BHARU – Andai ada ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini, pasti dua pemain pertahanan Kelantan, Azizi Matt Rose dan Subramaniam bersedia untuk turun beraksi. Namun itu sekadar omongan kosong kerana kedua-dua tonggak pertahanan Kelantan musim ini bakal menjadi pemerhati pada saat rakan sepasukan berjuang selama 90 minit pada pentas final Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Dua nama besar di posisi pertahanan Kelantan musim ini, Azizi Matt Rose dan Subramaniam hampir pasti tersisih daripada senarai 11 pemain yang akan berjuang di padang Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Gara-gara mengalami kecederaan ketika perlawanan separuh akhir pertama menentang Kedah di Alor Setar minggu lalu, Azizi yang berasal dari Perlis manakala Subramaniam dari Perak, bakal menjadi sebahagian daripada penonton bersama penyokong setia Kelantan pada Sabtu ini.

Bagi pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam, perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan kerana tidak dapat membantu Kelantan berjuang menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir pada Sabtu ini.

“Perasaan terkilan kerana tidak dapat memberi sumbangan kepada Kelantan dalam perlawanan akhir nanti. Harapan semoga Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia musim ini setelah gagal berbuat demikian pada musim lalu.

“Sudah pasti saya kecewa kerana musim pertama saya beraksi bersama Kelantan pada tahun ini dan kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir, namun saya rakan-rakan seperjuangan memberikan persembahan yang terbaik membantu Kelantan menjulang piala buat pertama kali,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang lagi pemain pertahanan, Azizi Matt Rose turut merakam detik kekecewaannya kerana gagal membantu Kelantan beraksi dalam perlawanan akhir.

“Ini merupakan kali keempat saya berpeluang beraksi dalam pentas final. Sebelum ini saya pernah merasai bersama dengan pasukan Perlis. Tetapi ini adalah lumrah selaku pemain bola sepak. Kecederaan datang dengan tiba-tiba dalam situasi genting seperti ini.

“Apa nak buat, kecederaan pangkal paha memaksa saya berehat panjang. Saya memerlukan masa dua minggu untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan ini.

“Saya berdoa semoga rakan sepasukan bermain dengan baik, dan saya mahu Piala Malaysia dibawa pulang ke bumi Kelantan buat pertama kali,” katanya.

Tuesday, November 17, 2009

Kelantan usaha kumpul yang terbaik

KOTA BHARU - Shakir Shaari, pemain muda anak Kelantan yang beraksi dengan UPB MyTeam adalah antara beberapa nama yang dikatakan akan kembali ke negeri ini untuk menyarung jersi Kijang dalam saingan musim depan.

Ia dalam usaha persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyiapkan pasukan terbaik untuk memberi cabaran sebenar bagi memenuhi harapan penyokong yang begitu tinggi.

Dia bersama dengan sekurang-kurangnya empat lagi pemain yang akan diserapkan dalam senarai baru skuad Kijang itu bagi meneruskan gelombang kebangkitan Kelantan ke puncak arena bola sepak tanah air.

Pemain yang dilihat mampu mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air itu dikatakan bagi mengerakkan percaturan barisan tengah yang agak tempang dan beberapa nama lagi bagi mempertajamkan barisan serangan dan mengukuhkan benteng.

Shakir memiliki kelebihan melalui hantaran tepat selain mampu memberi kesan di bahagian tengah dengan teknik pengawalan bola yang dikuasainya.

Difahamkan penyerang kebangsaan yang juga bekas pemain UPB-My Team, Nurshahrul Idlan Talaha dan penyerang muda Pulau Pinang, S. Chanturu bakal menjadi jentera penggempur terbaru.

Mereka yang memiliki kelebihan melalui larian kencang akan digandingkan dengan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad yang sudah mengesahkan kekal bersama skuad Kelantan.

Penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussien juga turut dikaitkan sebagai antara pemain baru yang akan menyarung jersi Kelantan selepas pasukan lamanya UPB MyTeam menarik diri dari Liga Malaysia musim depan.

Kelantan dikhabarkan gagal untuk mendapatkan khidmat pertahanan Felda United, Nazrulerwan Makmor yang mewakili skuad Kijang sebagai pemain berstatus pinjaman pada aksi Piala Malaysia dan Norhafiz Zamani (Kl-Plus) kerana gagal mendapat pelepasan majikan masing-masing.

Bagaimanapun, Kafa dikatakan mendapatkan khidmat ketua pasukan Perak, S. Subramaniam yang mampu menampung kekurangan di bahagian pertahanan tengah dan dia memiliki kualiti yang baik untuk beraksi di bahagian kiri dan kanan benteng Kelantan.

Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan yang beraksi bersama Kuala Muda NAZA (KM NAZA), Akmal Rizal Rakhli dan pertahanan Perlis, Azizi Che Ros serta pemain tengah Selangor, Hardi Jaafar turut disebut-sebut untuk membarisi skuad Kijang.

Hardi dikatakan gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan pasukan manakala kedudukan dua lagi pemain itu dikatakan masih menjadi tanda tanya.

Walau apa pun, senarai 23 pemain skuad Kelantan bagi musim baru dijangka akan diumumkan oleh Kafa hari ini dan akan diperkenalkan kepada umum pada 21 November ini

--- UTUSAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...