Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label England - Aston Villa. Show all posts
Showing posts with label England - Aston Villa. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Awasi kelibat Bent - Mancini (Utusan Malaysia Online)




MANCHESTER - Roberto Mancini memberi amaran kepada pasukannya, Manchester City bahawa kehadiran Darren Bent (gambar) di Aston Villa mampu merangsang pasukan itu untuk bangkit setelah bergelut dengan prestasi tidak menentu.

City akan berkunjung ke Villa Park dengan Gerard Houllier yang diletakkan di bawah pemerhatian, selepas persembahan buruk pasukan itu yang kini berada dalam zon penyingkiran.

Bagaimanapun, Houllier masih mendapat kepercayaan apabila lembaga pengarah menyalurkan peruntukan 24 juta paun (RM117 juta) bagi membawa masuk penyerang England, Bent dari Sunderland, awal minggu ini.

Bent, yang menjaring gol kemenangan ketika membantu kelab lamanya menewaskan pasukan bimbingan Mancini pada awal musim, diharap mampu meledakkan jaringan apabila dia melakukan penampilan sulung di gelanggang sendiri.

Pengurus Manchester City, Mancini mengingatkan para pemainnya agar mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan kelompok teratas liga bagi meningkatkan tekanan pasukan pesaing.

"Dia merupakan penyerang yang hebat. Dia menjaringkan banyak gol di England. Untuk kami ia sudah tentu amat sukar. Dengan Darren Bent, Villa pasti akan mempamerkan perubahan yang banyak.

"Kami dapat menyaksikan Bent merupakan pemain yang bagus. Dia telah menjaringkan satu gol dalam setiap dua perlawanan. Ia cukup bagus.

"Jika anda mahu membeli penyerang baru pada Januari ini anda perlu mengeluarkan wang yang banyak. Bent merupakan pemain yang penting kepada Sunderland, tetapi jika anda membuat tawaran yang lumayan, sudah tentu pasukan berkenaan akan menjualnya,'' katanya.

Bagi penyokong Aston Villa, musim ini amat memeritkan buat mereka.

Perancangan mereka untuk melancarkan kempen baru, musim ini menjadi kucar-kacir apabila Martin O'Neill meletakkan jawatan dan Houllier hanya menyertai kelab itu pada penghujung September, tahun lalu.

Mancini percaya pergolakan yang berlaku di Aston Villa telah menyebabkan musim ini menjadi bertambah buruk, tetapi dia yakin kehadiran bekas pengurus Liverpool, Houiller bakal mengubah nasib pasukan tersebut.

"Mereka telah menukar pengurus mereka. Apabila anda berbuat demikian sudah tentu ia menjadi bertambah sukar. Namun, Gerard Houllier mempunyai pengalaman untuk membawa pasukan itu bangkit kembali.

"Dia merupakan pengurus yang baik. Dia memiliki pengalaman yang luas. Villa sepatutnya berada di kedudukan yang lebih baik dalam carta. - AFP

Friday, January 21, 2011

Bent taruhan Villa hadapi City

LONDON: Dua kelab turun dengan misi berbeza bakal menurunkan penyerang baru bernilai hampir �50 juta (RM244 juta) apabila Aston Villa yang berada di zon penyingkiran melayan kunjungan Manchester City, pasukan yang kini memburu gelaran juara liga.

Villa hanya berada di atas tiga pasukan terbawah liga dengan kelebihan jaringan gol dan mengharapkan sentuhan penyerang England, Darren Bent yang dibeli dengan nilai �18 juta (RM87.9 juta) dari Sunderland minggu ini mampu memberikan pulangan pelaburan itu.

City menduduki tangga kedua liga di belakang Manchester United, hanya dibezakan dengan jaringan gol pula mengharapkan pembelian Edin Dzeko dari kelab Jerman, Wolfsburg bernilai �30 juta (RM146.5 juta) berbaloi selepas membuat penampilan pertamanya menentang Wolverhampton Wanderers, minggu lalu. Bent akan diberi perhatian khusus berikutan Villa memecah rekod pembelian kelab itu semata-mata mahu membawa pemain itu ke Midlands dan pengurus, Gerard Houllier percaya pemain berusia 26 tahun itu mampu memberi impak apabila diturunkan.

“Saya hanya mampu mengulas kemunculannya andai dia meledakkan gol,” Houllier. “Saya tidak mahu memberi tekanan atau amaran kepada City dan Roberto Mancini tapi apabila dia beraksi, mungkin Bent akan menjaringkan gol.” Bent menjaringkan gol ketika membuat penampilan pertama bersama Sunderland dan meledakkan 32 gol sepanjang 52 perlawanan liga untuk kelab itu selepas menempuhi musim mengecewakan bersama Tottenham Hotspur.

Villa sudah pasti melakukan sesuatu untuk cuba keluar dari kedudukan zon penyingkiran yang terpisah dengan hanya tiga mata memisahkan enam pasukan tercorot liga.

“Saya mahu bantu Villa mendapatkan mata di liga. Kelab ini kini berada di kedudukan berbahaya. Mereka menaruh kepercayaan tinggi dan saya amat bangga.” City akan turun menguji keyakinan Villa selepas mereka kini dianggap antara calon memenangi liga selepas menjaringkan banyak gol sejak beberapa minggu lalu. - Reuters

--- HARIAN METRO

Monday, January 3, 2011

Harapan kejuaraan Chelsea semakin tergugat


pemain Chelsea, John Terry (kiri) bersaing dengan pemain Aston Villa, Emile Heskey pada perlawanan Liga Perdana England di Stamford Bridge semalam yang berakhir dengan keputusan seri 3-3. - AP


ENGLAND - Harapan Chelsea untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana England, menerima tamparan hebat apabila seri 3-3 dengan Aston Villa, semalam.

Beraksi di laman sendiri di Stamford Bridge ternyata tidak memberi kelebihan kepada tuan rumah, apabila Chelsea lebih banyak diasak ketika melayan kunjungan skuad bimbingan Gerard Houllier.

Malah, luka kekalahan Chelsea 1-3 kepada Arsenal pada perlawanan Isnin lalu, terus memeritkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti dengan keputusan seri semalam.

Pada perlawanan tersebut, Villa lebih banyak melakukan percubaan tepat ke pintu gawang gol tuan rumah, namun Frank Lampard menghadiahkan gol awal Chelsea melalui sepakan penalti pada minit ke-23.

Jaringan awal skuad Blues tidak langsung melemahkan semangat pemain Villa, apabila pasukan pelawat juga dihadiahkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1 empat minit sebelum tamat babak pertama, melalui pemain tengah, Ashley Young .

Villa terus mengatur langkah dengan melakukan lebih kerap melancarkan serangan pada separuh masa kedua, sehingga akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Emile Heskey, bijak memanfaatkan peluang yang diperolehi untuk mendapatkan gol pada minit ke-47, hasil kesilapan pertahanan Chelsea.

Bagaimanapun Chelsea tetap enggan mengaku kalah dan pada minit ke-84 penyerang utama, Didier Drogba berjaya memberikan gol kedua buat pasukannya, sebelum John Terry meledak gol ketiga lima minit kemudian.

Namun, ketika perlawanan dianjak ke masa tambahan, Villa melalui pemain pertahanannya Ciaran Clark, berjaya mengikat Chelsea dengan keputusan 3-3, sekali gus menghancurkan harapan Blues untuk memperoleh kemenangan.

Keputusan itu menyebabkan Chelsea kekal di tempat kelima liga dengan 35 mata melalui 20 perlawanan.

Aksi Chelsea selepas ini ialah bertemu Wolves di Molineux, Rabu ini. - Agensi

--- UTUSAN MAALYSIA

Tuesday, March 9, 2010

Chelsea, Villa tempah tiket separuh akhir

LONDON: Juara bertahan Chelsea menewaskan Stoke 2-0 untuk menempah pertemuan separuh akhir Piala FA dengan Aston Villa yang memerlukan jaringan hatrik John Carew untuk menang 4-2 ke atas Reading, kelmarin.

Frank Lampard dan ketua pasukan, John Terry menjaringkan gol Chelsea di Stamford Bridge ketika menentang Stoke yang menyingkirkan Arsenal dan Manchester City daripada saingan itu sebelum ini.

Lampard meledakkan jaringan pertama pada minit ke-35 yang membias menerjah jaring selepas menerima umpanan Terry. Pada minit ke-67, sepakan sudut Lampard menemui Terry yang menanduk masuk.

Tidak mudah selepas tewas minggu lalu, kami tidak bermain mengikut tahap kami tetapi bangkit dengan penuh keazaman, kata Lampard merujuk kepada kekalahan 4-2 kepada Manchester City di gelanggang sendiri minggu lalu.

Ia perlawanan yang sukar dan kami menanganinya dengan baik. Wembley adalah gelanggang yang baik bagi penyokong kami, kami menjulangnya sebelum ini dan kami mahu kembali ke sana.

Ketinggalan menerusi dua gol pemain Reading, Shane Long, Villa menjaringkan tiga gol dalam tempoh 11 minit di awal babak kedua sebelum Carew menambah satu lagi menerusi sepakan penalti pada masa tambahan.

Keputusan itu bermakna Villa akan kembali ke Wembley April ini, selepas tewas kepada Manchester United dalam final Piala Liga di gelanggang keramat bola sepak Inggeris itu, seminggu lalu.

Ia tempoh yang cukup baik bagi kami selepas babak pertama dan kami perlu melakukan sesuatu kerana kami bermain dengan agak hambar di separuh masa pertama, kata pengurus Villa, Martin ONeill yang menurunkan Carew kerana Gabriel Agbonlahor jatuh sakit di sebelah pagi.

Saya rasa selepas semua usaha yang kami gemblengkan dalam kedua-dua pertandingan musim ini, ia membuahkan hasil. Saya gembira dengan pasukan ini, kami menunjukkan perwatakan yang hebat, katanya.

Dengan Chelsea terbabit dalam saingan Piala FA, Manchester United melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris selepas menang 1-0 ke atas Wolves Sabtu lalu dan mendahului dengan dua mata.

Arsenal berkongsi mata dengan Chelsea selepas menundukkan Burnley 3-1 tetapi Chelsea mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding dua pencabarnya itu. - AP


--- BERITA HARIAN

Sunday, March 7, 2010

Villa mahu akhiri sumpahan Mac

READING: Martin O'Neill sudah menyaksikan satu piala terlepas daripada genggaman dan kini mahu pemain tidak membiarkan diri mereka kecewa lagi dalam kancah Piala FA.

Aston Villa masih terluka daripada final Piala Liga minggu lalu di Wembley apabila pengadil, Phil Dowd mengambil keputusan untuk tidak membuang padang pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic memainkan peranan besar dalam O’Neill terlepas trofi pertama buat barisan barat Midlands itu.

Villa masih boleh menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi peluang terbaik meraih kejayaan musim ini pasti disandarkan pada Piala FA, dengan kunjungan ke menentang Reading, hari ini menawarkan peluang terbaik mara ke separuh akhir.

Bulan Mac ini terbukti menjadi igauan buat warga Ulster ketika mereka gagal memenangi sebarang perlawanan bulan itu sejak menggantikan David O’Leary pada Ogos 2006.

Tetapi James Milner, yang memikat sebagai pemain gantian dalam kemenangan England menentang Mesir, Rabu lalu, menggesa Villa untuk menghilangkan sumpahan itu dan menyelamatkan musim mereka.

Dia berkata: “Saya bukan seseorang yang mempercayai amalan karut, kepercayaan karut yang saya ada ketika memperkatakan mengenai kecederaan, saya berkata ‘touch wood’.

“Tetapi saya tidak menyedari mengenai Mac ini. Ia bergantung kepada kami untuk memperbaikinya. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya dan saya tidak boleh memberi komen mengenai tahun lalu. - AFP

--- BERITA HARIAN

Tuesday, March 2, 2010

O'Neill salahkan pengadil

LONDON - Martin O'Neill menegaskan, kesilapan pengadil Phil Dowd, menyebabkan pasukannya, Aston Villa terlepas peluang untuk mencatat kemenangan ke atas Manchester United pada perlawanan akhir Piala Liga, kelmarin.

Namun, bos Villa itu berazam untuk melupakan kepedihan di atas tindakan Dowd, yang tidak mengenakan hukuman buang padang ke atas Nemanja Vidic.

Katanya, ia sama sekali tidak merencatkan kejayaan pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Liga.

Jaringan Wayne Rooney memberikan United menang 2-1 pada perlawanan kelmarin, namun perlawanan tersebut sepatutnya berbeza, jika Dowd menghukum Vidic keluar padang, selepas menjatuhkan Gabriel Agbonlahor, ketika penyerang Villa itu membawa bola ke depan pintu gol.

Kekasaran tersebut memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh James Milner, untuk Villa mendahului perlawanan pada minit kelima.

Namun, skuad O'Neill tidak mampu mempertahankan kelebihan jaringan, selepas Michael Owen menjaringkan gol penyamaan, sebelum Rooney menjaringkan gol kemenangan United.

O'Neill menyifatkan kegagalan Dowd mengenakan hukuman lebih berat, bukannya kad kuning selepas Vidic menjatuhkan Agbonlahor.

"Saya langsung tidak faham. Adalah jelas ia merupakan peluang untuk kami menjaringkan gol dan pemain saya dijatuhkan di dalam kawasan penalti.

''Sesiapa yang melihat insiden itu pasti tertanya-tanya mengapa pengadil hanya membuat keputusan begitu.

"Tak kira sama ada ia berlaku pada minit pertama, kedua atau pada minit ke-89 perlawanan. Keputusan yang dibuat terlalu lurus.

"Namun, hakikatnya dalam tempoh beberapa hari lagi semua itu akan dilupakan. Kami finalis yang kalah, itu saja. Ia sudah berakhir,'' katanya.

Villa berpeluang untuk kembali beraksi di Stadium Wembley pada saingan Piala FA, di mana mereka akan berdepan Reading pada perlawanan suku akhir pertama, Ahad ini. - AFP

--- UTUSAN MAALYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...