Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Piala AFF-Suzuki 2012. Show all posts
Showing posts with label Piala AFF-Suzuki 2012. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Lupakan Piala AFF Suzuki, Fokus Kepada Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 - Rajagobal


SEPANG, 14 Dis (Bernama) -- Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.

Beliau sebaliknya menuntut komitmen kesemua pemain skuad Harimau Malaya itu untuk memberikan fokus sepenuhnya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.

"Saya mahu (semua pemain) lupakan (kekalahan) pada Piala AFF Suzuki dan fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di mana kita akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan pertama," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad kebangsaan dari Bangkok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, Jumaat.

Kekalahan tersebut dengan agregat 1-3 itu sekali gus meleburkan hasrat skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi mereka pada 2010 di Indonesia.

Rajagobal, 56, berkata beliau tidak menyangka bahawa skuad bimbingannya bakal mengalami kekalahan pada perlawanan itu memandangkan mereka telah membuat persiapan rapi.

-- BERNAMA

Rajagobal Tidak Harus Dipecat - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal tidak harus dipecat atas kekalahan skuad kebangsaan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khamis lepas, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap jurulatih itu malah beliau perlu diberi peluang melakukan penambaikan dan pembaharuan dalam skuad bimbingannya dalam menghadapi kejohanan seterusnya.

"Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai...tidak seperti sebelum ini.

"Bagaimanapun beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis perkahwinan anak perempuannya Nurkhalida dan pasangannya, Qaiyum Hasnul, kedua-dua berusia 25 tahun, di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini, Sabtu.

Ahmad Shabery berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga bertanggungjawab untuk melihat pembangunan mutu sukan itu secara lebih menyeluruh.



-- BERNAMA

Thursday, December 13, 2012

Malaysia Gagal Pertahankan Piala AFF Suzuki, Kalah Kepada Thailand Di Separuh Akhir

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Hajat Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 tidak kesampaian selepas mereka kalah secara agregat 1-3 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, Khamis.

Kedua-dua pasukan sebelum ini mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad lepas.

Kekalahan tersebut sekali gus meleburkan rekod skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.

Thailand yang menggunakan khidmat pembantu jurulatih Mano Polking ekoran penggantungan ketua jurulatih Winfried Schafer nyata unggul dengan menguasai sebahagian besar permainan dengan serangan bertali arus ke kubu skuad kebangsaan.

Nasib malang menimpa skuad Harimau Malaya apabila pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan, Mohamad Fadhli Mohd Shas pada minit ke-44 kerana bergaduh dengan pemain tengah Thailand, Datsakorn Thonglao.

Bersambung separuh masa kedua, Rajagobal membuat pertukaran dengan mengeluarkan pemain sayap kiri, S. Kunalan dan memasukkan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-52 untuk menguatkan bahagian tengah.

Kelekaan barisan pertahanan negara kemudian membawa padah apabila penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda membuka tirai jaringan pada minit ke-60 setelah beliau memanfaatkan hantaran rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.

Lima minit kemudian, pemain pertahanan Theerathon Butmathan menjaringkan gol kedua untuk skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu.

Skuad Harimau Malaya berpeluang untuk mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-81 menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan percuma kapten pasukan, Safiq Rahim namun ditepis keluar oleh penjaga gol pasukan Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan Thailand yang muncul juara pada 1996, 2000 dan 2002 layak ke perlawanan akhir buat kali kelima.

Skuad bimbingan Winfried Schafer itu akan membuat perhitungan dengan pasukan Singapura pada perlawanan akhir yang akan diadakan secara timbal balik pada 19 dan 22 Dis.

Singapura mara ke perlawanan akhir buat kali keempat semalam selepas menundukkan Filipina, 1-0 secara agregat pada separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Perlawanan akhir pertama akan diadakan di Singapura sebelum aksi timbal balik di Thailand.

-- BERNAMA

Monday, November 26, 2012

Malaysia Diaibkan Singapura 3-0 Aksi Pertama Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia terpaksa menelan pahit setelah diaibkan oleh Singapura 3-0 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil,Ahad malam.

Kebimbingan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akhirnya menjadi kenyataan apabila Singapura mendahului 2-0 pada separuh masa hasil jaringan kapten Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37.

Harimau Malaya, yang dikritik kerana persembahan hambar pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, bagaimanapun bertindak garang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Penyerang Norshahrul Idlan Talaha hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-20 namun sepakan beliau melewati pintu gol pasukan Singapura.

Tiga minit kemudian, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim hampir memberikan gol pendahuluan menerusi sepakan percuma namun ia terus ke dakapan penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahbud.

Kelekaan barisan pertahanan negara dihukum oleh Singapura menerusi jaringan pertama Shahril selepas beliau mendapat lorongan daripada rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Mohd Shahril sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' buat skuad kebangsaan dengan gol kedua, lima minit kemudian menerusi tandukan selepas berlaku keadaan kelam labut di hadapan pintu gol skuad negara.

Tersentak dengan dua gol berkenaan, Rajagobal menggantikan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri dengan Wan Zack Haikal Wan Nor bagi mempertajamkan jentera serangan namun masih gagal menembusi kekebalan pertahanan Singapura yang tinggi lampai seperti Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett.

Pemain naturalisasi mereka dari Bosnia, Aleksandar Duric mengesahkan kemenangan pasukan Singapura menerusi gol ketiga pada minit ke-75.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad juara tiga kali itu iaitu pada 1998,2004 dan 2007 untuk menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan tiga mata manakala skuad Harimau Malaya berada di tangga tercorot daripada empat pasukan.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan menentang Laos manakala Singapura akan berhadapan dengan naib juara 2010, Indonesia pada Rabu ini.

-- BERNAMA

Friday, November 23, 2012

RTM Penyiar Rasmi Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung di Malaysia dan Thailand, selaku tuan rumah bersama kejohanan itu, bermula Sabtu ini sehingga 24 Dis.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan pertama Kumpulan A antara Thailand dan Filipina pada Sabtu ini, akan disiarkan secara langsung pada 9 malam di TV1 manakala siaran tertunda Vietnam menentang Myanmar pada 1 pagi, 25 Nov.

"RTM mendapat hak menyiarkan perlawanan Piala AFF Suzuki 2012, kita menjanjikan sukan yang terbaik itu adalah daripada RTM dan menjadi harapan kami untuk menyampaikan informasi yang terbaik dalam arena sukan.

"Kita mengambil inisiatif ini untuk memberi suntikan semangat berterusan kepada skuad kebangsaan meraih kejayaan dalam setiap perlawanan sehingga mereka layak ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian RTM sebagai penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2012 di Angkasapuri di sini Khamis.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad.



-- BERNAMA

Saturday, July 9, 2011

Habuan RM1 juta

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

RAKAN RASMI...Tengku Abdullah bertukar dokumen dengan Zamzamzairani (kanan) pada Majlis  Perjanjian Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.
RAKAN RASMI...Tengku Abdullah bertukar dokumen dengan Zamzamzairani (kanan) pada Majlis Perjanjian Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

HABUAN lumayan menanti skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) sedia memberikan insentif RM1 juta jika berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea Palembang, November ini.

Pada mulanya, insentif itu hanyalah di peringkat cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Tengku Abdullah Sultan Ahmad ketika ucapannya pada majlis menandatangani penajaan bersama TM sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

“TM bersetuju memberikan insentif RM1 juta jika pasukan kebangsaan memenangi mana-mana piala di kejohanan rantau ini tapi kalau kita menang Piala Dunia, takkan dapat RM1 juta saja,” katanya secara berseloroh.

“Cuma saya harap perjanjian mengenai insentif itu boleh diperbetulkan sedikit di mana ia bukan saja disalurkan kepada pasukan kebangsaan saja tapi turut diberikan kepada pasukan belia.

“Kalau untuk pasukan kebangsaan saja, kita cuma ada kejohanan Piala Suzuki AFF kerana Sukan Sea membabitkan pasukan bawah 23 tahun,” katanya.

Ternyata cadangan yang dikemukakan Tengku Abdullah itu disambut baik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa.

“Seperti yang dinyatakan oleh Tengku Abdullah tadi, tidak ada masalah untuk insentif itu diberikan kepada skuad Sukan Sea,” katanya.

Persetujuan itu pastinya memberikan motivasi tambahan buat skuad muda negara yang bakal turun beraksi mempertahankan pingat emas dimenangi di Laos 2009.

Sementara itu, TM menjadi Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dengan nilai penajaan RM6 juta setahun dan akan meningkat 10 peratus setiap tahun sehingga Jun 2015.

Menerusi penajaan itu, TM mempunyai hak memaparkan logo pada jersi latihan skuad kebangsaan serta pelbagai barangan sukan, peralatan latihan dan pakaian rasmi yang berjumlah RM150,000.

Malah menerusi kerjasama dengan TM itu, FAM boleh menghantar dua pemain kebangsaan dan seorang jurulatih bagi mengikuti latihan bersama skuad gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United di United Kingdom atau Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

“Dengan adanya penajaan TM ini dapatlah menampung perbelanjaan FAM dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak selain untuk menghantar skuad kebangsaan mengadakan latihan di luar negara,” kata Tengku Abdullah.

----- Harian Metro Online

Wednesday, March 2, 2011

Ukraine sedia promosi Piala Suzuki AFF 2012 (Kosmo Online)

UKRAINE bersedia membantu mempromosikan Kejohanan Piala Suzuki AFF tahun depan kepada peminat bola sepak di negara itu.

Selepas menemui pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu, Duta Ukraine ke Malay- sia, Ihor Humennyi berkata, terdapat potensi untuk memperkenalkan kejo- hanan terulung di rantau Asia Tenggara itu di Ukraine.

Piala Suzuki AFF dikelolakan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama kejohanan serantau itu tahun depan.

"Kami tahu terdapat ramai peminat di Ukraine yang ingin mengikuti perkembangan kejohanan itu," kata Humennyi.

Beliau yang juga bekas Duta Ukraine ke Thailand berkata, usaha mempromosikan kejohanan itu dimudahkan dengan wujudnya penerbangan secara terus antara Ukraine dan Thailand.

"Terdapat juga banyak penerbangan harian antara Malaysia dan Thailand dan ini akan memudahkan tujuan promosi," jelasnya.

Ukraine yang kini menduduki tangga ke-34 dunia, gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, Ukraine telah terpilih bersama Poland untuk menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah (Euro) 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...