JUARA bertahan, Perlis bersedia berdepan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2010 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu, malam ini.
Skuad muda Singa Utara kendalian bekas tonggak pertahanan, Suhairi Abdul Karim itu berazam memastikan tidak menjadi mangsa kepada skuad tuan rumah itu sebagai bekalan untuk pertemuan ulangan di Kangar, 26 November ini.
Pengurus Piala Emas Raja-Raja Perlis, Prof Madya Mazelan Abdul Hamid berkata, pertemuan kedua-dua pasukan yang pernah dinobat juara Piala Agong, musim 2010 dan 2009 itu dijangka sengit.
Katanya, Kelantan yang turun berbekalkan kelebihan selaku tuan rumah dan memiliki ribuan penyokong fanatik bukan lawan mudah.
“Saya mahu semua pemain memberikan fokus sepenuhnya dan berusaha mempertahankan status selaku juara bertahan.
“Paling penting, memperoleh bekalan untuk dibawa pulang bagi pertemuan ulangan,” katanya.
Perlis melangkah ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A, di belakang Pahang yang menjuarai kumpulan itu manakala Kelantan adalah juara Kumpulan B.Mengulas lanjut, Mazelan berkata, skuad diketuai bekas pertahanan Perlis, Andrien Jurad Chamrong bersedia mental dan fizikal.
Selain itu, katanya, pasukan berkenaan dijangka mengekalkan senarai pemain yang beraksi cemerlang ketika menewaskan Negeri Sembilan, 5-1 dan Kuala Lumpur, 7-1 di peringkat kumpulan.“Selain itu semua pemain utama bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.