Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Darren Bent. Show all posts
Showing posts with label Darren Bent. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Awasi kelibat Bent - Mancini (Utusan Malaysia Online)




MANCHESTER - Roberto Mancini memberi amaran kepada pasukannya, Manchester City bahawa kehadiran Darren Bent (gambar) di Aston Villa mampu merangsang pasukan itu untuk bangkit setelah bergelut dengan prestasi tidak menentu.

City akan berkunjung ke Villa Park dengan Gerard Houllier yang diletakkan di bawah pemerhatian, selepas persembahan buruk pasukan itu yang kini berada dalam zon penyingkiran.

Bagaimanapun, Houllier masih mendapat kepercayaan apabila lembaga pengarah menyalurkan peruntukan 24 juta paun (RM117 juta) bagi membawa masuk penyerang England, Bent dari Sunderland, awal minggu ini.

Bent, yang menjaring gol kemenangan ketika membantu kelab lamanya menewaskan pasukan bimbingan Mancini pada awal musim, diharap mampu meledakkan jaringan apabila dia melakukan penampilan sulung di gelanggang sendiri.

Pengurus Manchester City, Mancini mengingatkan para pemainnya agar mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan kelompok teratas liga bagi meningkatkan tekanan pasukan pesaing.

"Dia merupakan penyerang yang hebat. Dia menjaringkan banyak gol di England. Untuk kami ia sudah tentu amat sukar. Dengan Darren Bent, Villa pasti akan mempamerkan perubahan yang banyak.

"Kami dapat menyaksikan Bent merupakan pemain yang bagus. Dia telah menjaringkan satu gol dalam setiap dua perlawanan. Ia cukup bagus.

"Jika anda mahu membeli penyerang baru pada Januari ini anda perlu mengeluarkan wang yang banyak. Bent merupakan pemain yang penting kepada Sunderland, tetapi jika anda membuat tawaran yang lumayan, sudah tentu pasukan berkenaan akan menjualnya,'' katanya.

Bagi penyokong Aston Villa, musim ini amat memeritkan buat mereka.

Perancangan mereka untuk melancarkan kempen baru, musim ini menjadi kucar-kacir apabila Martin O'Neill meletakkan jawatan dan Houllier hanya menyertai kelab itu pada penghujung September, tahun lalu.

Mancini percaya pergolakan yang berlaku di Aston Villa telah menyebabkan musim ini menjadi bertambah buruk, tetapi dia yakin kehadiran bekas pengurus Liverpool, Houiller bakal mengubah nasib pasukan tersebut.

"Mereka telah menukar pengurus mereka. Apabila anda berbuat demikian sudah tentu ia menjadi bertambah sukar. Namun, Gerard Houllier mempunyai pengalaman untuk membawa pasukan itu bangkit kembali.

"Dia merupakan pengurus yang baik. Dia memiliki pengalaman yang luas. Villa sepatutnya berada di kedudukan yang lebih baik dalam carta. - AFP

Friday, January 21, 2011

Bent taruhan Villa hadapi City

LONDON: Dua kelab turun dengan misi berbeza bakal menurunkan penyerang baru bernilai hampir �50 juta (RM244 juta) apabila Aston Villa yang berada di zon penyingkiran melayan kunjungan Manchester City, pasukan yang kini memburu gelaran juara liga.

Villa hanya berada di atas tiga pasukan terbawah liga dengan kelebihan jaringan gol dan mengharapkan sentuhan penyerang England, Darren Bent yang dibeli dengan nilai �18 juta (RM87.9 juta) dari Sunderland minggu ini mampu memberikan pulangan pelaburan itu.

City menduduki tangga kedua liga di belakang Manchester United, hanya dibezakan dengan jaringan gol pula mengharapkan pembelian Edin Dzeko dari kelab Jerman, Wolfsburg bernilai �30 juta (RM146.5 juta) berbaloi selepas membuat penampilan pertamanya menentang Wolverhampton Wanderers, minggu lalu. Bent akan diberi perhatian khusus berikutan Villa memecah rekod pembelian kelab itu semata-mata mahu membawa pemain itu ke Midlands dan pengurus, Gerard Houllier percaya pemain berusia 26 tahun itu mampu memberi impak apabila diturunkan.

“Saya hanya mampu mengulas kemunculannya andai dia meledakkan gol,” Houllier. “Saya tidak mahu memberi tekanan atau amaran kepada City dan Roberto Mancini tapi apabila dia beraksi, mungkin Bent akan menjaringkan gol.” Bent menjaringkan gol ketika membuat penampilan pertama bersama Sunderland dan meledakkan 32 gol sepanjang 52 perlawanan liga untuk kelab itu selepas menempuhi musim mengecewakan bersama Tottenham Hotspur.

Villa sudah pasti melakukan sesuatu untuk cuba keluar dari kedudukan zon penyingkiran yang terpisah dengan hanya tiga mata memisahkan enam pasukan tercorot liga.

“Saya mahu bantu Villa mendapatkan mata di liga. Kelab ini kini berada di kedudukan berbahaya. Mereka menaruh kepercayaan tinggi dan saya amat bangga.” City akan turun menguji keyakinan Villa selepas mereka kini dianggap antara calon memenangi liga selepas menjaringkan banyak gol sejak beberapa minggu lalu. - Reuters

--- HARIAN METRO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...