Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Jerman - Bayern Munich. Show all posts
Showing posts with label Jerman - Bayern Munich. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

10 kelab bola sepak terkaya

Fakta Gen Y: 10 kelab bola sepak terkaya

Oleh Murshid Eunos


REAL MADRID

Nama Kelab: Real Madrid Club de Futbol
Gelaran: Los Blancos (The Whites), Los Merengues (The Merengues)
Negara: Spain
Ditubuhkan Pada: 6 Mac 1902 (108 Tahun)
Stadium: Estadio Santiago Bernabeu, Madrid (80354 capacity)
Pemilik Kelab: Alfredo Di Stéfano & Florentino Pérez
Pengurus: Jose Mourinho
Liga: La Liga
Aset: $438.6 Euro


BARCELONA

Nama Kelab: Futbol Club Barcelona
Gelaran: L'equip blaugrana , Culers & Blaugranes atau Azulgranas
Negara: Spain
Ditubuhkan Pada: 29 November 1899 (111 Tahun)
Stadium: Camp Nou, Barcelona (99354 capacity)
Pemilik Kelab: Sandro Rosell
Pengurus: Josep Guardiola
Liga: La Liga
Aset: $398.1 Euro


MANCHESTER UNITED

Nama Kelab: Manchester United Football Club
Gelaran: The Red Devils
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 1878 (133 tahun )
Stadium: Old Trafford (75957 capacity)
Pemilik Kelab: Glazer Family
Pengurus: Sir Alex Ferguson
Liga: English Premier League
Aset: $349.8 Euro


BAYERN MUNICH

Nama Kelab: Fußball-Club Bayern München
Gelaran: Der FCB (The FCB), Die Bayern & Die Roten
Negara: Jerman
Ditubuhkan Pada: 27 Febuary 1900 (111 tahun)
Stadium: Allianz Arena (69901 capacity)
Pemilik Kelab: Uli Hoeneß
Pengurus: Louis Van Gaal
Liga: Bundesliga
Aset: $323 Euro


ARSENAL

Nama Kelab: Arsenal Football Club
Gelaran: The Gunners
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 1886 (125 tahun)
Stadium: Emirates Stadium (60355 capacity)
Pemilik Kelab: Arsenal Holdings
Pengurus: Arsene Wenger
Liga: English Premier League
Aset: $274.1 Euro


CHELSEA

Nama Kelab: Chelsea Football Club
Gelaran: The Pensioners & The Blues
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 10 March 1905 (106 tahun)
Stadium: Stamford Bridge (41841 capacity)
Pemilik Kelab: Roman Abramovich
Pengurus: Carlo Ancelotti
Liga: English Premier League
Aset: $255.9 Euro


A.C MILAN

Nama Kelab: Associazione Calcio Milan
Gelaran: i Rossoneri (The Red and Blacks), il Diavolo (The Devil) & Casciavit
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 16 December 1899 (112 tahun)
Stadium: San Siro, Milan (80074 capacity)
Pemilik Kelab: Silvio Berlusconi
Pengurus: Massimiliano Allegri
Liga: Serie A
Aset: $235.8 Euro


LIVERPOOL

Nama Kelab: Liverpool Football Club
Gelaran: The Reds
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 15 Mac 1892 (119 tahun)
Stadium: Anfield (45276 capacity)
Pemilik Kelab: New English Sport Ventures
Pengurus: Kenny Dalglish
Liga: English Premier League
Aset: $225.3 Euro


INTER MILAN

Nama Kelab: Football Club Internazionale Milano
Gelaran: I Nerazzurri, La Beneamata, Il Biscione, Il Serpente & Baüscia
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 9 Mac 1908 (103 tahun)
Stadium: San Siro, Milan (80074 capacity)
Pemilik Kelab: Massimo Moratti
Pengurus: Leonardo Araujo
Liga: Serie A
Aset: $224.8 Euro


JUVENTUS

Nama Kelab: Juventus Football Club
Gelaran: Vecchia Signora, Fidanzata d'Italia, bianconeri , Zebre & Signora Omicidi
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 1 November 1897 (114 tahun)
Stadium: Stadio Olimpico di Torino (28000 capacity)
Pemilik Kelab: Agnelli Family
Pengurus: Luigi Delneri
Liga: Serie A
Aset: $205 Euro
 
--- HARIAN METRO

Monday, January 10, 2011

Robben kembali temui sentuhan

Arjen Robben

MUNICH: Pemain sayap Belanda, Arjen Robben menamatkan penantian panjang 231 hari kerana kecederaan hamstring dengan membantu Bayern Munich menewaskan kelab Al-Wakrah 4-0 pada satu perlawanan persahabatan di Doha, kelmarin.

Robben bermain pada babak pertama sebelum dikeluarkan kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas kali terakhir beraksi untuk kelab itu menentang Inter Milan pada Liga Juara-Juara, Mei tahun lalu.

Dia turut beraksi pada final Piala Dunia ketika Belanda tewas kepada Sepanyol.

Bayern cuba mendapatkan ganti rugi daripada Persekutuan Bola Sepak Belanda selepas pemain terbaik Bundesliga tahun lalu itu tidak cergas pada awal musim apabila pulang daripada tugasan Piala Dunia.

Sebahagian daripada pampasan itu adalah perlawanan antara skuad kebangsaan Belanda dengan Bayern dengan kelab Jerman itu mendapat semua pendapatan daripada perlawanan berkenaan.

Robben berharap akan cergas untuk perlawanan pertama Bayern selepas cuti musim sejuk menentang Wolfsburg pada 15 Januari. - AFP

--- HARIAN METRO

Thursday, August 5, 2010

Bayern mahu tuntut pampasan




LONDON - Bayern Munich akan menuntut pampasan daripada Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) ekoran kecederaan yang dialami pemain sayap mereka, Arjen Robben.

Terdahulu, Robben, 26, dikatakan mengambil jalan singkat bagi memulihkan kecederaan yang dialami- nya untuk beraksi buat Belanda pada kempen Piala Dunia 2010 bulan lalu.

Begitupun, Bayern menerima laporan yang mengatakan Robben sebenarnya terpaksa beraksi dengan kecederaan hamstring sepanjang kempen di Afrika Selatan itu berlangsung.

"Setelah melakukan ujian imbasan, memang jelas Robben mengalami masalah kecederaan ham- string.

"Begitupun, apa yang lebih dike- salkan, pihak-pihak yang bertanggungjawab gagal untuk mengesan mengenai masalah kecederaan tersebut lebih awal lagi," jelas doktor pasukan perubatan Bayern, Hans- Wilhelm Muller-Wohlfahrt.

Kini, Bayern mula melahirkan rasa kebimbangan mereka sekiranya Robben tidak dapat diturunkan dalam empat perlawanan awal saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: "Kami (Bayern) akan menuntut pampasan dan kami sememangnya tidak puas hati dengan perkara ini.

"Sebagai kelab, kami berhak untuk menerima pampasan kerana pemain tersebut beraksi membantu pasukan negaranya," katanya. - Agensi

--- KOSMO

Wednesday, March 10, 2010

Liga Juara-Juara Eropah: Arsenal, Bayern layak (Berita Harian)

LONDON: Arsenal dan Bayern Munich menjadi dua pasukan pertama layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan lawan masing-masing di perlawanan kedua 16 pasukan terakhir, awal pagi tadi.

Kelab Inggeris itu menang besar ke atas Porto FC dari Portugal 5-0 selepas tewas 1-2 pada perlawanan peringkat pertama sebelum ini.

Ini menjadikan keputusan agregat 6-2 memihak kepada Arsenal.

Bayern pula hampir terlepas peluang apabila kedudukan terikat 4-4 apabila Fiorentina menang 3-2.

Namun Bayern melangkah ke suku akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan. - Agensi

Friday, February 19, 2010

Klose jaring gol kontroversi Bayern (Utusan Malaysia)

MUNICH- Bayern Munich mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Fiorentina pada perlawanan pertama, pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

Gol kemenangan Bayern diperoleh menerusi jaringan kontroversi Miroslav Klose, sekali gus menyaksikan gergasi Jerman itu mencatat 13 kemenangan berturut-turut.

Klose meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-89, selepas menerima hantaran jarak jauh daripada pemain Belanda, Arjen Robben. Bagaimanapun, tayangan video menunjukkan penyerang Jerman itu berada pada kedudukan ofsaid ketika melakukan jaringan tersebut.

Skuad Bundesliga itu akan bertandang ke Florence pada 9 Mac ini dan Fiorentina hanya memerlukan satu gol berharga bagi membalas kembali jaringan yang disifatkan sebagai satu kesilapan.

Klose ketika ditemui selepas perlawanan tersebut berkata: ''Saya tidak melihat rakaman itu lagi tetapi saya dapat rasakan yang saya berada dalam kedudukan ofsaid.''

Sementara itu, jurulatih Bayern, Louis van Gaal pula memberitahu, dia memahami reaksi berang pasukan Itali itu apabila gol menerobos gawang.

''Ya, gol itu memang ofsaid. Saya juga akan marah tetapi saya fikir pengadil berada dalam situasi yang sukar,'' katanya.

Jurulatih itu turut memuji Fiorentina yang sebelum ini dikatakan akan kalah sebelum perlawanan kerana tewas dalam lima perlawanan terakhir Serie A.

''Secara teknikal mereka bermain baik. Kami mendominasi larian dan menyerang menerusi hantaran jarak jauh. Fiorentina jelas tidak mempunyai peluang tetapi masih mampu menjaringkan gol dan itu mengecewakan kami,'' katanya.

Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengakui pasukannya itu bertuah kerana jaringan yang dilakukan Klose sememangnya ofsaid. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...