Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label S Kunalan. Show all posts
Showing posts with label S Kunalan. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Norshahrul juga! (Berita Harian Online)

Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta

2011/03/07

Norshahrul Idlan Talaha
Norshahrul Idlan Talaha

Pelita Jaya minat dapatkan penyerang Kelantan untuk diganding dengan Safee

SELEPAS aksi cemerlang Safee Sali pada penampilan sulung bersama Pelita Jaya FC kelmarin, pengurusan pasukan itu kini mula berkira-kira untuk memancing seorang lagi penyerang negara bagi digandingkannya.

Gandingan mantap bekas penyerang Selangor itu ketika mewakili negara di Piala AFF Suzuki Disember lalu – Norshahrul Idlan Talaha – dikatakan mampu mempertajamkan lagi barisan serangan Pelita Jaya musim depan andai kontrak Safee dilanjutkan.

“Pihak pengurusan sebenarnya mahu mendapatkan Norshahrul dan saya pada baki pusingan ini tetapi gagal,” kata Safee semalam. “Jadi mungkin mereka akan mencuba lagi sebaik tamat musim ini sekiranya kontrak saya dilanjutkan.

“Saya juga mengharapkan Norshahrul dapat menyertai saya di sini kerana dia lebih memahami corak permainan saya, malah saya juga cukup serasi dengan pergerakannya di dalam padang.”

Safee yang menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa kelmarin berkata, suasana Liga Super Indonesia (ISL) tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini.

“Bagi saya tidak timbul soal keselamatan pemain terancam seperti yang digembar-gemburkan,” katanya yang diberi layanan seperti bintang oleh peminat tempatan. “Malah saya jadi lebih bersemangat untuk memenuhi harapan yang diletakkan peminat.

“Saya rasa untuk permulaan, bagus jika ada pemain negara lain beraksi di sini kerana suasana perlawanan mingguan liga sama seperti final Piala FA atau Piala Malaysia. Ia memberikan motivasi yang cukup tinggi kepada pemain.”

Selain Norshahrul, peminat di sini turut mengharapkan kedatangan pemain kebangsaan lain seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Safiq Rahim dan pemain sayap lincah, S Kunalan.

Saturday, November 6, 2010

'Jika berkira, usah wakili negara' (Harian Metro Online)

BERKORBAN demi negara itu lebih mulia. Begitulah reaksi pemain sayap lincah, S Kunalan yang terpaksa berpisah dengan keluarga di Hari Deepavali untuk menyahut cabaran Malaysia di Sukan Asia Guangzhou.

Pemain utama skuad emas Sukan Sea Laos itu tidak menunjukkan reaksi sedih, terkilan atau terganggu.

Malah dia tenang dan kekal fokus dengan misi skuad bola sepak negara yang tiba di Guangzhou, menaiki pesawat awal pagi pada hari perayaan itu, semalam.

“Jika anda berkira, jangan wakil negara. Lebih elok tarik diri awal-awal lagi. Lagipun saya tahu jadual penerbangan jatuh pada hari perayaan. Lagipun bukan selalu saya berjauhan dengan keluarga pada hari besar begini.. ini baru pertama kali,” katanya tersenyum.

Selain bintang skuad Negeri Sembilan itu, lima lagi anggota pasukan yang berjauhan dengan keluarga adalah K Gurusamy dan S Chanthuru, selain jurulatih K Rajagobal, fisio R Sivakumar dan kitman, S Sivanasavan.

Bakat Kunalan dikesan Rajagobal dan dalam skuad Sukan Sea Laos dan menyumbang dua gol pada temasya itu sebelum menamatkan kemarau panjang 20 tahun meraih emas.

Dia yang lebih layak dianugerahkan pemain terbaik final Piala Malaysia, minggu lalu, berdasarkan gerakan kemas, larian pantas serta persembahan mempersona berkata: “Matlamat saya di Sukan Asia ini adalah untuk membantu skuad negara ke pusingan kedua.

“Saya melihat kepada peluang ini berdasarkan format pertandingan di mana pasukan ketiga teratas peringkat kumpulan layak ke perlawanan play off.

“Kami hanya perlu memastikan satu kemenangan terutama menentang Kyrgyzstan, Isnin ini.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...