Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011. Show all posts
Showing posts with label Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

UiTM Shah Alam hampiri gelaran (Sinar Harian Onloine)


PASUKAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam membenam cabaran Politeknik Kota Bharu (PKB) 2-1, kelmarin sekali gus mengungguli carta Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Juara bertahan itu hanya memerlukan tiga mata pada perlawanan terakhir menentang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) minggu depan untuk dinobatkan sebagai juara musim ini.

Tetapi jika perlawanan menentang UTHM berkesudahan seri dan wakil Kedah Kolej Komuniti Kedah (KKK) mampu mengutip tiga mata, KKK mampu memintas UiTM untuk merangkul kejuaraan Liga IPT 2011.

Sementara itu, pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terselamat dari tersingkir ke Divisyen 2 musim depan.

Meskipun mencatat keputusan seri 2-2 UTHM di Kota Kinabalu kelmarin, UMS tetap bertahan di Divisyen 1 kerana dua pasukan tercorot liga, UiTM Sarawak dan Kolej Komuniti Pulau Pinang (KKPP) tidak mampu mengejar kedudukan mereka walaupun menang dalam perlawanan terakhir masing-masing hujung minggu ini.

Monday, March 7, 2011

UiTM garang buka tirai Liga IPT 2011 kalahkan UKM 2-0 (Utusan Malaysia Online)



Ab. Rahim Md. Noor melakukan sepak mula ketika menyempurnakan majlis perasmian Liga IPT 2011 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Juara bertahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka tirai saingan Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 yang berwajah baru dengan kemenangan di Stadium UiTM, kelmarin.

Kemenangan 2-0 UiTM di laman sendiri menyekat hasrat musuh ketat mereka, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk menebus kehampaan pada perlawanan akhir musim lalu.

Beraksi di depan penyokong sendiri ternyata memberi kelebihan buat pasukan UiTM apabila barisan bimbingan jurulatih Omar Ali itu memperagakan corak permainan bertenaga sepanjang perlawanan.

Begitupun, UKM yang diperkuatkan beberapa pemain baru dan dibimbing oleh bekas penyerang Kuala Lumpur, Mohd. Farid Dewan, tetap memberi tentangan untuk kedudukan terikat 0-0 pada babak pertama.

Namun didorong penyokong sendiri, UiTM akhirnya menembusi benteng pertahanan UKM pada minit ke-54 menerusi Muhammad Hidayat.

UKM cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun kekentalan benteng UiTM diterajui Amir Ridwan Taj menggagalkan setiap serangan pasukan pelawat.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, ayam tambatan UiTM yang masuk sebagai pemain gantian, Muhammad Nursalam menyimpul kemenangan pertama UiTM di laman sendiri.

Perasmian Liga Bola Sepak IPT 2011 disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Ab. Rahim Md.Noor, dengan menyepak bola secara simbolik ke tengah padang.

Beliau selaku wakil KPT turut menerima sumbangan tajaan Astro Arena, DIGI, Powerbar, Exactmust Sdn. Bhd. dan Umbro dalam majlis penyerahan cek tajaan.

Cabaran Liga IPT musim ini lebih kompetitif dengan penyertaan 66 pasukan membabitkan 1,650 pelajar dari seluruh entiti di bawah KPT.

Lapan pasukan terbaik 2010 bertanding dalam Divisyen 1 diikuti baki lapan pasukan teratas daripada 16 pasukan lagi beraksi dalam saingan Divisyen 2.

Bakinya bermain dalam tujuh zon kelayakan di seluruh negara yang dimainkan secara liga satu pusingan.

Enam pasukan teratas Divisyen Satu dan dua pasukan teratas Divisyen Dua akan bermain untuk merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi pada penghujung Julai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...