Sahabat Blog Bola Sepak
Wednesday, December 16, 2009
Saturday, November 7, 2009
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia (Utusan Malaysia Online)
KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.
Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).
Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.
Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.
Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.
Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
Wednesday, October 28, 2009
Kelantan, NS buka laluan final
Oleh Wan Faizal Ismayatim
bhsukan@bharian.com.my
PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (tengah) dikepung pertahanan Perlis dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, semalam. |
Red Warriors dapat modal selesa, anak didik Wan Jamak Wan Hassan depan ranjau
NAIB juara Piala FA, Kelantan semakin hampir menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama sejak 39 tahun lalu, sesudah meraih kelebihan dua gol ke atas bekas juara, Perlis dalam saingan separuh akhir pertama, malam tadi.
Jaringan pada setiap babak menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Rizal Fahmi Rosdi sudah cukup menggembirakan lebih 25,000 penyokong tuan rumah yang membentuk ‘Lautan Merah’ di Stadium Sultan Muhammed IV, untuk dijadikan bekalan sebelum skuad The Red Warriors bertandang ke Kangar, Sabtu ini.
Hanya selepas 18 minit aksi, Kelantan memperoleh peluang terbaik membuka jaringan tetapi tandukan padu dari jarak dekat Khairan Eroza Razali yang menerima hantaran lintang Indra Putra, sempat dikuis keluar penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Marlias.
Empat minit kemudian, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti selepas Indra dikasari pertahanan lawan dan kapten tuan rumah itu tenang menyempurnakannya, sekali gus dentuman bunga api mengiringi gol berkenaan.
Babak kedua menyaksikan persembahan Perlis lebih tersusun dengan gerakan pantas dari sebelah tepi yang sekali sekala mencemaskan pintu gol tuan rumah sehingga memaksa jurulatih Kelantan, B Sathianathan kerap kali bangun dari tempat duduknya.
Namun ketika Perlis lebih banyak mengasak, Kelantan berpeluang menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-61 tetapi tandukan pemain pertahanan, Nazrulerwan Makmor yang menerima hantaran dari sepakan percuma Khairan Eroza, sedikit tersasar.
Bagaimanapun, ketika permainan memasuki masa kecederaan, Kelantan akhirnya menemui sentuhan penamat yang diimpikan apabila Mohd Rizal, yang menerima sepakan penjuru Khairan Eroza, melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kedua.
--- BERITA HARIAN
Tuesday, October 27, 2009
Sathia tagih semangat baru
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
| |
| |
KEGEMBIRAAN menumpaskan KL Plus, Sabtu lalu perlu dilupakan oleh pemain Kelantan apabila mereka turun melayan kunjungan Perlis pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.
Beraksi di laman sendiri tentunya memberi kelebihan kepada tuan rumah, namun sang Kijang sedar, sedikit kelalaian pastinya mengundang padah.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui bahawa pertembungan kali ini adalah cabaran sebenar bagi anak-anak buahnya.
Jelasnya, kekuatan yang ada pada Perlis mampu membantutkan hasrat pasukannya untuk sekali lagi menjejakkkan kaki ke Bukit Jalil beraksi pada pentas final.
"Irfan Bakti adalah seorang juru- latih yang penuh taktikal dan mereka juga memiliki pemain berprofil tinggi, matang dan penuh pengalaman terutama dalam menghadapi perlawanan yang genting seumpama ini.
"Saingan pada peringkat separuh akhir ini memerlukan daya tahan yang kuat. Saya mahu semua pemain bersedia dan mereka sudah tahu apa yang saya inginkan," kata- nya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau tidak mahu pemain-pemainnya terlalu yakin walaupun sedar kelebihan berpihak kepada Kelantan pada aksi pertama peringkat separuh akhir ini.
Jelasnya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dan beliau percaya Kelantan akan berada pada kelas tersendiri pada aksi malam ini.
"Mencari jumlah gol yang banyak adalah matlamat kita kerana aksi di Kangar pasti sukar dan kita perlu membuat persediaan awal.
"Tanpa Azlan (Zainal) dan Zamri (Ramli), perancangan kita berubah tetapi siapa pun yang akan diturun- kan malam esok (malam ini), mereka adalah pilihan yang terbaik," ujarnya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelan- tan (Kafa), Arif Hassan memberitahu, lebih 20,000 tiket telah disediakan untuk peminat pasukan Kelantan.
Jelasnya, tiket-tiket tersebut akan dijual di kaunter stadium bermula pukul 10 pagi ini dan pintu-pintu stadium akan mula dibuka seawal pukul 6 petang.
"Penyokong dinasihatkan supaya datang membeli tiket awal selain masuk lebih awal ke stadium untuk mengelak daripada kesesakan.
"Seramai 500 anggota keselamatan akan berada di stadium sebagai langkah keselamatan untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku insi- den yang tidak diingini," jelasnya.
Dalam pada itu, Arif juga memaklumkan bahawa pihak Kafa telah menyediakan dua skrin gergasi di dataran stadium untuk peminat- peminat yang gagal mendapat tiket.
--- KOSMO
Monday, October 26, 2009
Kelantan mula rancang strategi
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
KELANTAN sudah merancang strategi untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia.
Kejayaan membenam KL Plus di Kota Bharu malam kelmarin semakin melonjakkan semangat pemain skuad Wira Merah itu.
Beraksi di depan lebih 25,000 'tentera merah' mematikan langkah anak buah Mat Zan Mat Aris sekali gus membiarkan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV dikuasai sang Kijang.
Bagi pengendali Kelantan, B. Sathianathan, beliau gembira dengan keputusan tersebut yang telah melayakkan pasukannya mara ke separuh akhir untuk bertemu Perlis.
Menurutnya, kematangan yang ditunjukkan selain bijak mengawal emosi ketika berdepan puluhan ribu penyokong jelas menarik minatnya untuk menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya.
"Saya mengharapkan pemain terus konsisten dengan persembahan yang dipamerkan untuk perlawanan seterusnya.
"Di sebalik kejayaan tersebut masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Ada satu dua peluang yang boleh menghasilkan gol, tetapi kegopohan menyebabkan kita terlepas peluang tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Sathianathan mungkin kehilangan dua pemain tonggaknya ketika turun menentang Perlis di Kota Bharu, Selasa ini selepas Ahmad Azlan Zainal dan Zamri Ramli mengalami kecederaan.
"Kita akan memantau keadaan mereka, dua hari mungkin tempoh yang terlalu singkat untuk mereka cergas sepenuhnya dan kita akan lihat apa yang kita boleh buat nanti.
"Keadaan seperti ini sentiasa berlaku dalam sebuah pasukan, jadi pemain simpanan perlu sentiasa bersedia untuk diturunkan," jelasnya.
Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan menundukkan KL Plus 3-0 dengan gol pembukaan dihasilkan oleh Indra Putra Mahayuddin menerusi sepakan penalti.
Norfarhan Mohamad turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-76 dan 79.
--- KOSMO
Sunday, October 25, 2009
Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu Advance To Semi-finals
In KANGAR, Perlis beat Johor FC on a 4-1 aggregate at the Stadium Utama tonight.
In the match tonight, Perlis beat the visitors 2-0, with the goals coming from Amar Rohidan with a header in the eighth minute and Nizaruddin Yusof provided the second goal in the 48th minute.
The match was marred by a fight in the field between two Johor players and a Perlis player in the 59th minute.
Mohd Saiful Sabtu and Sivakumar Munusamy of Johor and Perlis's Azi Shahril Azmi were sent off the pitch by referee R.Krishnan.
In ALOR SETAR, visitors Negeri Sembilan trounced Kuala Muda 3-0 at the Stadium Darul Aman to qualify for the semi-final.
The goals were contributed by Mohd Shukor Adan (12th minute), Mohd Zakuan Adha (28th minute penalty) and Shahurain Abu Samah (36th minute).
At the Sultan Muhammad IV Stadium in Kota Baharu, Kelantan thrashed KL Plus 3-0 in front of their 20,000
The 'Red Warriors' three goals were scored by Indra Putra Mahyuddin (13th) and two goals by Mohd Norfarhan Mohamad (75th and 78th).
With the home win, Kelantan advanced to the semi final with a 4-1 aggregate after a 1-1 draw in their first-leg match.
Meanwhile, Terengganu edged Selangor 5-4 in a penalty shootout after they were tied on a 2-2 aggregate in their second leg quarter-final match.
Terengganu's Abdul Manaf Mamat opened scoring in the 12th minute but in the 62nd minute, Selangor drew level through defender D.Surendran.
The 1-1 draw (2-2 aggregate) remained till the end of regular time and the 30-minute extra time which forced the match into a penalty shootout.
Terengganu won the penalty shootout 5-4.
-- BERNAMA