Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Bunyamin Umar. Show all posts
Showing posts with label Bunyamin Umar. Show all posts

Sunday, August 19, 2012

'FAM tidak amal sikap pilih kasih'


TAUFIK


KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat menjatuhkan hukuman ‘tidak setimpal’ terhadap pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar, Khamis lalu jelas mengundang pertikaian beberapa pihak.

Ini kerana Ghaddar hanya digantung satu perlawanan dan didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mengasari pemain pertahanan Selangor, Mohd. Bunyamin Umar pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Selain Bunyamin yang didakwa telah menumbuk Ghaddar sebanyak dua kali, kapten Selangor, Mohd. Amri Yahyah juga didakwa melakukan kekasaran apabila memijak belakang pemain import tersebut dalam perlawanan itu.

Berbanding Ghaddar, skrip berbeza menyelubungi Bunyamin dan Amri yang akhirnya digantung tiga perlawanan serta denda RM1,500 setiap seorang selepas kedua-duanya mengaku salah atas kesalahan tiada semangat kesukanan dan berkelakuan ganas, 7 Oktober lalu.

Situasi itu menyebabkan FAM didakwa mengamalkan sikap ‘pilih kasih’, namun ia segera dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Razak.

“Tiada istilah ‘pilih kasih’ atau ‘lembut hati’ kerana setiap hukuman yang dijatuhkan berdasarkan peraturan yang termaktub dalam undang-undang FAM.

“Bagi kes Ghaddar, beliau didapati bersalah kerana memulakan ‘sentuhan fizikal’ terhadap Bunyamin.

“Namun, kekasaran itu dinilai dari sudut berbeza. Ghaddar (yang tidak mengaku bersalah) didapati bersalah kerana menggunakan fizikal terhadap pemain itu (Bunyamin).

“Ternyata tindakan Ghaddar tersebut tidak mencerminkan semangat kesukanan.

“Jadi, kami telah menilai semula dengan mengambil pendekatan ‘peruntukan istimewa’ yang mana tahap kekasaran Ghaddar itu lebih rendah,” jelas Taufik kepada Kosmo! Ahad.

Begitupun, kontroversi membabitkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini bukan sesuatu yang baharu.

Pada 4 April lalu, Tan Sri Annuar Musa hilang status sebagai Timbalan Presiden FAM dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan gara-gara digantung dua setengah tahun selepas didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara.

Ia berdasarkan Artikel 88 Statut FAM 2010-2014 apabila hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM yang boleh memberi komen.

Presiden Bola Sepak Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Setiausaha Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Khaidir Buyong begitupun hanya dikenakan amaran biarpun dilaporkan turut membuat tindakan yang sama selepas itu.

Taufik juga menegaskan, mana- mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak boleh mengemukakan bantahan berhubung apa-apa keputusan pihaknya.

“Ia keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, jadi ia tidak boleh dipertikai,” jelasnya.

--- KOSMO

Wednesday, August 8, 2012

Amri, Bunyamin kena gantung, denda

AMRI digantung tiga perlawanan dan denda RM1,5000.


SKRIP berbeza menimpa penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan dua tonggak Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Bunyamin Umar.

Tatkala nasib Ghaddar hanya akan diketahui Jumaat ini, Amri dan Bunyamin pula telah digantung tiga perlawanan dan juga denda RM1,500 setiap seorang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

FAM bertindak demikian selepas kedua-dua pemain itu mengaku salah atas kesalahan tiada semangat kesukanan dan berkelakuan ganas dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu.

Bunyamin didakwa telah menumbuk Ghaddar manakala Amri dikatakan telah memijak belakang pemain import kelahiran Lubnan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, hukuman pengantungan tersebut berkuat kuasa 22 Ogos ini sebaik kempen Piala Malaysia bermula.

"Hari ini (semalam) Jawatankuasa Tatatertib telah selesai bersidang berkaitan dengan dua kes yang melibatkan pemain Selangor iaitu Amri Yahya dan Bunyamin.

"Jadi, kedua-dua pemain itu telah dituduh di bawah kesalahan 2.4 Tataetika FAM 2011 yang mana pertuduhan telah dihantar kepada kedua-dua pemain dan diakhir notis tersebut, kedua-dua pemain dan tertuduh telah mengaku salah.

"Justeru, kesalahan di bawah 2.4 Kod Tatatetib FAM 2011, berdasarkan kesalahan yang dilakukan, maka jawatankuasa berpuas hati untuk mengekalkan jumlah hukuman gantung iaitu tiga perlawanan, selain denda bernilai RM1,500 kepada setiap pemain," kata Taufik pada sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Taufik menambah, Amri dan Bunyamin telah menghantar Borang A yang mana mereka mengakui kesalahan tersebut dan hukuman itu tidak boleh dirayu memandangkan ia merupakan hukuman paling minumum.

"Dalam konteks ini, jika tertuduh mengaku salah dengan menghantar Borang A dan menghadiri mesyuarat tatatertib dengan membawa saksi, ia merupakan satu perkara tidak penting lagi kecuali tertuduh tidak mengaku salah dengan menghantar Borang B," katanya.

Amri yang hadir pada perbicaraan tersebut turut diiringi oleh jurulatih Selangor, Irfan Bakti, penolong jurulatih, P. Maniam serta seorang saksi manakala Bunyamin tidak dapat hadir kerana sedang berada di Vienna, Austria untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Ditanya mengenai nasib Ghaddar, Taufik berkata, pihaknya telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain tersebut dan kes berkenaan dijangka dibicarakan Jumaat ini.

"Mohamad Ghaddar akan didakwa di atas kesalahan sama (iaitu di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012)," katanya.

--- KOSMO

Tuesday, August 7, 2012

Amri Yahyah, Bunyamin digantung tiga perlawanan

07/08/2012 6:23pm

PETALING JAYA - Dua pemain Selangor iaitu kapten pasukan Mohd. Amri Yahyah dan pemain tengah Mohd. Bunyamin Umar dikenakan penggantungan sebanyak tiga perlawanan selain didenda sebanyak RM1,500 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mereka didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM di bawah Kod 2.4 Tataetika FAM 2012 kerana mengasari penyerang Kelantan dari Libya, Mohammed Ghaddar Mahmoud pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 29 Jun lepas yang menyaksikan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan tipis 1-0.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, hukuman tersebut dijatuhkan selepas mereka meneliti video rakaman perlawanan tersebut selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk pengadil perlawanan Mohd. Jefferi Zolkifli.

"Hukuman tersebut akan berjalan bermula pada aksi Piala Malaysia (22 Ogos ini) dan hukuman tersebut tidak boleh dirayu kerana ia adalah hukuman minimum yang dikenakan oleh pihak jawatankuasa.

"Kita bagaimanapun mempunyai hak untuk mengenakan hukuman berat kepada kedua-dua pemain berdasarkan bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut selama hampir dua jam di Wisma FAM di sini hari ini. - BERNAMA

Thursday, February 4, 2010

Mohd Bunyamin Umar

Nama Penuh : Mohd Bunyamin Umar

Tarikh Lahir : 7 Januari 1989

Tempat Lahir : Kedah

Tinggi 178 m

Sukan : Bola Sepak

Posisi : Defender

Pasukan :
Kedah (2005 - 2007)
UPB My-Team (2008 - 2009)
Selangor (2010)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...