Oleh Mohd Amin Jalil
2011/01/15
Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, setakat ini pemain kebangsaan yang juga bekas penjaga gol Perlis itu menunjukkan persembahan meyakinkan dan pasti diberi tugas penting itu apabila saingan Liga Super bermula, 29 Januari ini.
Setakat ini prestasi dan persembahan Mohd Farizal menunjukkan kemajuan memberangsangkan selepas diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan dan kita mengharapkan dia dapat terus mengekalkan prestasi sebaik saingan liga bermula nanti.
Sejak 2008, Farizal Harun adalah penjaga gol utama skuad Hoben Jang Hoben tetapi mulai suku pertama tahun lalu, posisi itu diambil alih Sani Anuar Kamsani selepas Farizal mengalami kecederaan serius.
Selepas Sani beralih arah kepada pasukan MP Muar musim ini, Negeri Sembilan mendapatkan khidmat Farizal Marlias, 24, bagi mengukuhkan benteng terakhir pasukan itu dalam usaha memastikan kejayaan diharapkan.