Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Piala Emas Raja-Raja 2010. Show all posts
Showing posts with label Piala Emas Raja-Raja 2010. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Kelantan Akan Bayar Intensif Kepada KAFA Sebelum 29 Januari Ini (BERNAMA)


KOTA BAHARU, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk membuat bayaran insentif sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam satu majlis sebelum perlawanan Liga Malaysia bermula 29 Jan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata mesyuarat mingguan Exco pada Rabu juga memutuskan untuk membayar insentif kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) RM100,000 kerana berjaya membawa balik piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan selepas menjuarai kejohanan piala itu baru-baru ini.

"Kita akan menjelaskan bayaran imbuhan kepada kedua-dua persatuan itu sebelum perlawanan sulung Liga Malaysia bermula 29 Jan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco itu di sini.

Beliau juga yakin, pihak Perbadanan Stadium Negeri Kelantan akan dapat menyiapkan kerja-kerja membaik pulih stadium Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, termasuk lampu limpah dan padang bagi membolehkan perlawanan bola sepak diadakan pada sebelah malam sebelum tarikh berkenaan.

Katanya, ini sebagai memenuhi syarat-syarat piawaian yang dikehendaki Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, FAM memutuskan KAFA menganjurkan perlawanan bola sepak untuk musim ini pada sebelah siang sekiranya gagal membaikpulih dan menaikkan taraf stadium itu mengikut piawaian.

Mengenai cadangan KAFA untuk memajak Stadium selama 30 tahun dengan nilai RM10 juta seperti diumumkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, Abdul Fatah berkata, setakat ini pihak kerajaan negeri belum menerima cadangan secara rasmi daripada pihak berkenaan.

Katanya, pada mulanya difahamkan kertas kerja cadangan itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis KAFA, tetapi ditarik balik tanpa diketahui alasannya.

-- BERNAMA

Tuesday, December 14, 2010

'Kejayaan Kijang sudah dijangka' (Harian Metro Online)

KEJAYAAN pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan menundukkan pasukan Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Muhamad IV, kelmarin sudah dijangka pengurusan pasukan.

Rekod pasukan Kijang pada perlawanan sebelum ini memberikan keyakinanmerangkul piala kedua tahun ini selepas berjaya memenangi Piala Malaysia.

Pengurus pasukan, Nudin Awang menganggap kejayaan menewaskan Kedah amat bermakna.

Katanya, kemampuan mencapai kemenangan berterusan menunjukkan pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

“Kami menjadi pilihan merangkul kejuaraan tahun ini. Saya gembira kerana berjaya merampas kembali trofi ini,” katanya.

Pada final kelmarin, Kelantan menundukkan Kedah menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa perlawanan sebenar.

Sementara itu, ketika ditanya ganjaran buat pasukan, Nudin berjanji memberikan bonus kepada pemain dan pegawai yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan Kelantan.

“Kami sudah peruntukkan RM15,000 sebagai bonus kemenangan selain hadiah kemenangan RM30,000. “Saya juga akan membawa pemain menunaikan umrah akhir Mac selain ganjaran daripada kerajaan negeri yang sudah berjanji sekiranya berjaya menjadi juara pertandingan tahun ini,” katanya.

RM15,000 ganjaran untuk Kelantan (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/13

PENGURUS pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan, Nudin Awang, berjanji memberi bonus peribadi kepada pemain dan pegawainya yang bertungkus-lumus memastikan kejuaraan buat kali ke-13 pasukan itu.

Nudin berkata, dia memperuntukkan RM15,000 sebagai ganjaran kepada pasukan itu, selain akan membawa mereka menunaikan umrah Mac tahun depan.
“Saya memberi bonus peribadi sebanyak RM15,000 merangkumi pegawai dan pemain pada malam ini juga (kelmarin), selain hadiah pertandingan RM30,000, selain ganjaran yang dijanjikan kerajaan negeri,” katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, kelmarin.

Kelantan menumpaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran sepanjang 120 minit permainan.

Katanya, kemenangan berterusan Kelantan dalam beberapa pertandingan termasuk Piala Malaysia sebelum ini membuktikan pasukan itu semakin meningkat dan menjadi bualan peminat.

“Saya gembira kerana kami dapat merampas kembali trofi ini selepas terlepas kepada Perlis musim lalu,” katanya sambil menambah, beberapa pemain skuad itu termasuk penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan, penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail dan Mohamad Aris Zaidi mungkin diserapkan dalam skuad Liga Super negeri itu.

Sunday, December 12, 2010

Kelantan juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 (Kosmo Online)

KELANTAN memang hebat.

Semalam, mereka muncul juara kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja Ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Jaringan Kelantan dilakukan oleh Rosairil Asrol Mat Nor, Mohamad Aris Zaidi, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan Khairan Ezuan Razali.

Gol Kedah pula dijaringkan oleh Ahmad Fauzi Shaari, Shafizan Hashim dan Mohd. Firus Hashim.

Bagaimanapun, Kelantan mempunyai peluang terbaik pada minit kelapan apabila penyerangnya, Mohamad Ramzul Zahini Adenan yang melakukan gerakan cantik memasuki kotak penalti tetapi bola ditolak keluar pemain lawan sebelum sempat pemain itu melakukan rembatan ke gol.

Pada minit ke-15, Mohd. Aris Zaidi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi sedikit melepasi sasaran.

Skuad Kelantan yang melakukan serangan bertali arus mencari gol semangat, sekali lagi mendapat peluang melalui percubaan Mohamad Ramzul yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Kedah, Mohd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-17, namun sentuhannya tidak tepat ke arah gol lawan.

Kedah yang banyak bertahan pada separuh masa pertama tidak ketinggalan melakukan serangan balas melalui Mohd. Hazwan Zainun dan Wan Mohd. Asraf Wan Ali tetapi berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah yang diperkuatkan oleh ketua pasukan, Sharudy Aziz.

Kelantan juara (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU – Pemain veteran, Khairan Ezuan Rosli muncul wira Kelantan pada penentuan sepakan penalti bagi memberikan kemenangan 4-3 ke atas Kedah pada perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, semalam.

Kejayaan itu mengulangi sejarah pada tahun 2008 apabila Kelantan menjadi juara selepas membenam Pulau Pinang 4-0.

Manakala Kedah terus kempunan buat dua tahun berturut-turut, apabila kalah 0-2 kepada Perlis pada final tahun lalu.

Pada sepakan penalti terakhir, kedudukan terikat 3-3 selepas kedua-dua pasukan gagal menyempurnakan satu sepakan namun penjaga gol Kelantan, Mohd. Shahrizan Ismail berjaya menampan tendangan Wan Mohd. Asyraf.

Khairun, yang diletakkan sebagai penyepak terakhir Kelantan, mudah menyempurnakan sepakan bagi memastikan kejayaan Kelantan sebagai juara edisi ke-30.

Kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan gol sepanjang 120 minit permainan yang memaksa pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Kecekapan penjaga gol Kedah, Mohamad Al-Hafiz Al-Hamzah turut menafikan hajat Kelantan untuk mencipta sebarang jaringan walaupun banyak mengasak melalui gerakan pemain lincah, Che Hisammudin Hassan.

Kedah yang dibarisi beberapa pemain Liga Super Kedah seperti Shafizan Hashim dan Fauzi Shaari, hanya melancarkan beberapa serangan balas, namun gagal memberikan sebarang ancaman serius kepada kubu Kelantan.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan membawa pulang hadiah RM30,000.

Pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Nor dinobatkan Pemain Terbaik perlawanan.

Kelantan juara kali ke 13 (Sinar Harian Online)

KOTA BHARU – Kelantan muncul juara Kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke-70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Penentuan juara terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga 120 minit perlawanan berlangsung.

Kejayaan menjulang piala malam tadi membolehkan Kelantan melengkapkan koleksi kejuaraan kali ke-13 setelah kali terakhir muncul juara dua tahun lalu. Sementara itu, kekalahan malam tadi juga menutup hasrat naib juara musim lalu, Kedah untuk menebus kekecewaannya dalam pentas final kali ini setelah gagal pada musim lalu.

Beraksi di hadapan hampir 10,000 penyokong setia sendiri, Kelantan yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan Mohamad Aris Zaidi bagaimanapun gagal menonjolkan aksi terbaik sebaliknya kedua-dua pasukan lebih banyak mempamerkan aksi membosankan dengan gerakan yang serba tidak menjadi.

Seawal minit ketujuh, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini yang membawa masuk bola ke dalam kotak penalti sempat melepaskan rembatan namun diselamatkan pemain pertahanan Kedah sementara percubaan Khairan Eruan Razali pada m-15 terus kedakapan penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.

Selang dua minit kemudian, Mohamad Aris yang berjaya melepasi pemain pertahanan Kedah mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatannya sekadar terkena sisi jaring sebelah kanan pintu gol Kedah.

Kedah yang mempertaruhkan gandingan Mohd Arfan Rashid dan Wan Mohd Asraf Wan Ali di bahagian serangan bagaimanapun kelihatan begitu sukar untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang diketuai Sharudy Aziz.

Percubaan terbaik mereka hadir pada m-33 menerusi sepakan percuma Ahmad Fauzi Saari tetapi ditumbuk keluar Mohd Shahrizan Ismail manakala rembatan Mohd Fiqry Mohd Isa dua minit kemudian sekadar tinggi melepasi palang.

Babak kedua, Kelantan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila Muhammad Ramzul Zahini melakukan hantaran lintang di depan pintu gol Kedah tetapi tidak ada rakan yang membantu walaupun pintu gol sudah ternganga.

Pasukan pelawat turut mempunyai peluang pada m-61 dan 67 menerusi sepakan percuma pemain gantian, Muhd Fairuz Hashim namun ketangkasan Mohd Shahrizan memastikan pintu gol Kelantan tidak dibolosi.

Minit-minit akhir perlawanan Kelantan turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun rembatan Ahmad Ezrie Shafizi Sazali dan Rosairil Asrol Mat Noor terus kedakapan Mohd Al-Hafiz yang turut beraksi cemerlang memaksa perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.

Sementara itu, tempoh 30 minit masa tambahan juga gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan untuk menjelmakan jaringan sebaliknya penentuan juara akhirnya terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol, Mohd Shahrizan muncul wira pasukan Kelantan apabila menyelamatkan dua sepakan pemain Kedah iaitu Mohd Hazwan Zainun dan Wan Mohd Asraf Wan Ali mengakhiri impian Sang Kenari untuk memburu kejuaraan setelah kecundang dalam pentas final musim lalu.

Hadiah kejohanan disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Mohd Daud. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir malam tadi ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Datuk Hashim Mahfar dan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Datuk Mahfudz Omar.

Sementara itu, pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Noor diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir malam tadi.

Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja (Berita Harian Online)

Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.ny
2010/12/12

  PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas   menewaskan   Kedah 4-3 dalam penalti penentuan, malam tadi.
PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas menewaskan Kedah 4-3 dalam penalti penentuan, malam tadi.

Shahrizan muncul wira selamat dua sepakan penalti

KELANTAN muncul juara buat kali ke-13 kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 malam tadi apabila menundukkan Kedah 4-3 pada penentuan penalti di Stadium Sultan Muhammed IV selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan.
Penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail muncul wira selepas menyelamatkan dua sepakan penalti pelawat dengan Khairan Ezuan Razali mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan kelima tuan rumah.

Pada babak pertama, Kelantan terlebih dulu mengasak kubu lawan menerusi percubaan minit ketujuh Mohamad Ramzul Zahini Adenan tetapi gagal disudahkan dengan baik di depan kira-kira 10,000 penonton.

Rentak permainan kedua-dua pasukan juga terbantut akibat permukaan padang yang becak hingga menyebabkan permainan kurang menarik tetapi tuan rumah meningkatkan asakan sebaik perlawanan bersambung di babak kedua.

Begitupun beberapa peluang di depan pintu gol Kedah gagal disudahkan barisan depan pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu sebelum permainan bertukar tegang dengan dua pemain pelawat, Wan Mohd Asraf Wan Ali dan Muammar Nur Halim Rahim dilayangkan kad kuning.

Kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan yang memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Dua babak tambahan juga berakhir tanpa jaringan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti

Kelantan juara Piala Emas Raja-raja tewaskan Kedah (Utusan Malaysia Online)



11/12/2010 11:29pm

KOTA BHARU 11 Dis. - Kelantan menjuarai Piala Emas Raja-raja selepas menewaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini. - Utusan

Kedah berazam tebus kekecewaan (Kosmo Online)


PEMAIN Kedah mendengar taklimat daripada jurulatih selepas sesi latihan mereka di Alor Setar semalam.


KEDAH mahu menebus kehampaan mereka yang tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja tahun lepas dengan memenangi kejuaraan itu tahun ini setelah sekali lagi layak ke perlawanan akhir.

Tahun ini, mereka akan membuat perhitungan dengan Kelantan pada perlawanan akhir.

Ketua pasukan, Shafizan Hashim berkata mereka akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan akhir itu yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu malam ini.

Tahun lalu, impian mereka disekat oleh Perlis.

"Walaupun tahun lepas kita kalah, tidak bermakna kita akan terus kecundang. Tahun ini semangat kita lebih tinggi untuk menjulang piala tersebut," katanya di Alor Setar semalam.

Seorang lagi pemain, Wan Asyraf Wan Ali berkata, beliau berharap agar Kedah dapat membawa balik Piala Emas Raja-Raja tahun ini.

"Kita mahu hadiahkan kemenangan itu kepada peminat bola sepak Kedah yang tidak jemu-jemu menyokong kita," katanya.

Pada perlawanan akhir di Stadium Darul Aman tahun lepas, Perlis muncul juara setelah mengalahkan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir.

Pengurus skuad Kedah, Muhamad Shakri Mat berkata, walaupun ber- main di gelanggang lawan tetapi semangat yang ada pada setiap pemain Kedah amatlah tinggi.

"Kita menjangkakan perlawanan malam esok (malam ini) sengit kerana kita tahu Kelantan mempunyai pemain-pemain muda yang berbakat. Mereka juga baru sahaja memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, jadi sudah tentu mereka mempunyai keyakinan yang tinggi menjelang per- lawanan akhir ini," katanya.

Habuan menanti pemain Kelantan (Kosmo Online)


PEMAIN Kelantan gigih menjalani latihan menjelang final menentang kedah di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu malam ini.


HABUAN berjumlah RM200,000 menanti skuad Kelantan sekiranya mereka berjaya menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja pada perlawanan akhir menentang Kedah di di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Pengurus pasukan, Nudin Awang berkata, habuan tersebut meliputi hadiah kemenangan berjumlah RM30,000 serta bonus sumbangan peribadi beliau berjumlah RM15,000.

Selain itu katanya, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) turut menjanji- kan hadiah istimewa iaitu pakej mengerja- kan umrah.

"Sekiranya menjadi juara, hadiah kemenangan tersebut akan diagihkan sama rata kepada semua pemain dan pengurusan pasukan.

"Bonus ini adalah sebagai pembakar semangat buat semua pemain untuk mempa- merkan aksi terbaik pada perlawanan akhir malam esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Nudin berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu merangkul kejuaraan, sekali gus mengikut jejak langkah pasukan The Red War- riors yang memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya, Oktober lalu.

Jelasnya, beliau mahu pasukannya menjadi pelengkap tahun gemilang bola sepak Kelantan dengan membawa pulang kejuaraan tersebut ke Kota Bharu, selepas muncul juara pada 2008 tetapi terkandas pada peringkat suku akhir tahun lalu.

"Saya mengharapkan para pemain tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar juara, seterusnya melengkapkan kejuaraan buat kali ke-14 sejak ia diperke- nalkan pada tahun 1940," ujarnya.

Dalam pada itu, Nudin mengharapkan penyokong Kelantan dapat memenuhi Stadium Sultan Muhammed IV bagi memberi- kan sokongan padu kepada para pemain yang beraksi dalam perlawanan akhir itu.

Saturday, December 11, 2010

Kedah mahu tebus kekalahan tahun lalu (Utusan Malaysia Online)

ALOR SETAR - Kedah mahu menebus kehampaan setelah tewas pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja tahun lepas, dengan memenangi kejuaraan itu tahun ini apabila sekali lagi layak ke perlawanan akhir, kali ini menentang Kelantan, hari ini.

Ketua pasukan, Shafizan Hashim berkata, Kedah akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan akhir itu yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di Kota Baharu, setelah gagal melakukannya tahun lepas setelah tunduk kepada Perlis.

"Walaupun tahun lepas kita kalah, tidak bermakna kita kecundang. Tahun ini semangat kita lebih tinggi untuk menjulang piala tersebut," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi pemain, Wan Asyraf Wan Ali berharap agar Kedah dapat membawa balik Piala Emas Raja-Raja.

"Kita mahu hadiahkan kemenangan itu kepada peminat bola sepak Kedah yang tidak jemu-jemu menyokong kita," katanya.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman tahun lepas, Perlis muncul juara setelah mengalahkan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Muhamad Shakri Mat berkata, walaupun bermain di gelanggang lawan, semangat setiap pemain Kedah amatlah tinggi.

"Kita jangkakan perlawanan malam esok sengit kerana kita tahu Kelantan mempunyai pemain-pemain muda yang berbakat.

"Mereka juga baru sahaja memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, jadi sudah tentu mereka mempunyai keyakinan yang cukup untuk perlawanan esok," katanya.

Kelantan idam juara lagi (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU – Kelantan mahu memenangi perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, hari ini, sebagai pelengkap tahun kegemilangan bola sepak negeri itu, selepas Red Warriors membawa pulang Piala Malaysia, Oktober lalu.

Pemain Kelantan akan menerima habuan berjumlah RM200,000, jika berjaya menjulang kejuaraan tersebut dalam saingan bertemu Kedah.

Pengurus pasukan, Nudin Awang berkata, habuan tersebut meliputi hadiah kemenangan berjumlah RM30, 000 serta bonus sumbangan peribadi beliau berjumlah RM15,000.

Selain itu katanya, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) turut menjanjikan hadiah istimewa iaitu pakej mengerjakan umrah.

“Sekiranya menjadi juara, hadiah kemenangan tersebut akan diagih sama rata kepada semua pemain dan pengurusan pasukan.

“Bonus ini adalah sebagai pembakar semangat buat semua pemain untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan akhir malam esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nudin percaya pemain Kelantan mampu merangkul kejuaraan, untuk mengikut jejak pasukan Red Warriors yang memenangi Piala Malaysia buat julung kali pada Oktober lalu.

Jelasnya, dia mahu pasukannya menjadi pelengkap tahun gemilang bola sepak Kelantan, dengan membawa pulang kejuaraan tersebut ke Kota Bharu, selepas muncul juara pada 2008, tetapi terkandas di peringkat suku akhir tahun lalu.

“Saya mengharapkan para pemain tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar juara, seterusnya melengkapkan kejuaraan buat kali ke-14, sejak ia diperkenalkan pada tahun 1940,” ujarnya.

Nudin turut mengharapkan penyokong Kelantan memenuhi Stadium Sultan Muhammed IV, bagi memberikan sokongan padu kepada para pemain.

Katanya, sokongan tersebut akan membangkitkan semangat juang pemain Kelantan.

Kelantan janji aksi menarik (Sinar Harian Online)

KOTA BHARU – Skuad bola sepak Kelantan menjanjikan aksi permainan menarik semasa menghadapi Kedah dalam perlawanan akhir Kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, pertemuan dengan Kedah, mereka sememangnya tidak dapat lari daripada memperkatakan mengenai kehebatan pasukan masing-masing apatah lagi kedua-duanya pernah merasai nikmat berada di pentas final.

“Pertemuan dengan Kedah merupakan perlawanan yang menarik apabila kita muncul juara pada 2008 ketika menewaskan Pulau Pinang 4-0, sementara Kedah dikecewakan Perlis 0-2 pada edisi musim lalu dan kedua-dua pasukan memasang impian bergelar juara pada edisi kali ini.

“Apa yang dapat saya simpulkan, kita akan menurunkan barisan terkuat bagi mengekang asakan pemain Kedah, lebih melegakan, semua pemain bebas daripada digantung perlawanan dan juga masalah kecederaan. Pasukan yang meminimumkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang terhidang bakal bergelar juara dalam perlawanan ini,” katanya sambil menambah, Khairan Eruan Razali yang sebelum ini mengalami kecederaan juga telah kembali menjalani latihan, ketika dihubungi semalam.

Zahasmi berkata, keadaan cuaca yang tidak menentukan di Kota Bharu ketika ini mungkin merencatkan persiapan pasukannya, namun beliau percaya itu bukan alasan tidak boleh menurunkan barisan terkuat bagi menghadapi naib juara edisi musim lalu itu.

“Persiapan kita dalam tempoh dua tiga hari ini sedikit tergendala tetapi saya percaya kita mempunyai formula khusus mengekang asakan pemain Kedah, dari segi mental dan fizikal, pemain sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan malam esok,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kemampuan lawan, Zahasmi merendah diri sambil mengakui Kedah yang mengulangi kejayaan mara ke pentas final buat kali kedua membuktikan pasukan tersebut harus dihormati.

“Kedah bukan calang-calang pasukan, sudah pasti jurulatih mereka, Mohamad Ramlee mempunyai resipi tersendiri bagi menghadapi Kelantan malam esok, saya fikir ini bukan perlawanan yang mudah bagi kita.

“Mereka diperkuatkan pemain Liga Super seperti Wan Mohd Ashraf Wan Ali, Shafizan Hashim, dan Shafiq Jamal, yang pasti pengaruhi pemain Kedah untuk bermain dengan baik,” katanya.

Ramzul jadi sandaran (Berita Harian Online)

2010/12/11

  RAMZUL (kiri) semakin menyerlah dengan sentuhan berbisa sepanjang saingan musim ini termasuk ketika membantu Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada separuh akhir lalu.
RAMZUL (kiri) semakin menyerlah dengan sentuhan berbisa sepanjang saingan musim ini termasuk ketika membantu Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada separuh akhir lalu.

Galas harapan Kelantan julang Piala Emas Raja-Raja

KELIBAT penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan pasti sekali lagi ditagih Kelantan untuk berdepan Kedah pada perlawanan akhir PUNCAK Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, malam ini.
Mohd Ramzul, antara lima pemain Liga Super Kelantan yang diserap untuk memperkuat skuad Piala Emas Raja-Raja negeri itu musim ini, semakin menyerlah dengan sentuhan berbisa sepanjang saingan musim ini termasuk ketika membantu Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada separuh akhir lalu.

Pemain 23 tahun itu adalah antara penyerang berbakat yang mampu pergi jauh selepas pulih daripada kecederaan dan bertekad memikul peranan penting untuk memastikan Kelantan menjulang Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13, selain kembali merebut tempat dalam kesebelasan skuad Kelantan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

“Saya terpaksa berehat panjang sebelum ini untuk memastikan kecederaan benar-benar pulih dan kini, saya sudah bersedia membantu Kelantan menjulang kejuaraan malam esok,” katanya yang mula mengukir nama dalam skuad Piala Presiden Kelantan pada 2007.

Ramzul pernah menjadi peledak utama Kelantan pada 2008 di bawah bimbingan jurulatih ketika itu, Norizan Bakar selain Peter James Butler tetapi namanya mula menjadi sebutan dalam aksi Piala Emas Raja-Raja musim ini apabila menyumbang gol pada perlawanan separuh akhir ketika menentang Terengganu.

Tatkala tiada masalah kecederaan dalam skuad bimbingan jurulatih Zahasmi Ismail, selain mendapat sedikit kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, pengurus Kelantan Nudin Awang mengingatkan pemainnya supaya tidak bersikap terlalu yakin.
“Memang di atas kertas nampak ada kelebihan, terutama dalam perlawanan penting seperti final ini tetapi pada masa sama, kami perlu lebih berhati-hati kerana apa saja boleh berlaku,” katanya

Kerajaan negeri janji sediakan ganjaran menarik (Berita Harian Online)

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/11

KEGEMILANGAN sukan bola sepak Kelantan musim ini akan lebih terserlah sekiranya berjaya menjuarai Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 malam ini, sekali gus menjadi pasukan bola sepak unggul di negara ini yang menjuarai dua piala selepas Piala Malaysia.

Sekiranya tercipta sejarah menjuarai Piala Emas Raja-Raja malam ini, satu ganjaran menarik sudah dijanjikan kerajaan negeri sebagaimana yang diberikan kepada pasukan The Red Warriors yang membawa Piala Malaysia ke Kelantan, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan satu ganjaran menarik sebagai pengiktirafan kepada pasukan itu sekiranya dapat menewaskan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam ini.

"Bagi Piala Malaysia baru-baru ini, kerajaan negeri memberi ganjaran sebanyak RM200,000 selain melupuskan hutang cukai hiburan yang ditanggung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjumlah hampir RM400,000 tahun ini.

“Untuk Piala Emas Raja-Raja ini, sekiranya Kelantan menjuarainya, kerajaan negeri tetap memberi ganjaran sebagai menghargai pengorbanan yang dilakukan dalam menjulang sukan bola sepak Kelantan.

“Begitupun, jumlah ganjaran masih belum diputuskan kerana ia belum dibawa berbincang pada majlis mesyuarat Exco kerajaan negeri lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kedah enggan kempunan lagi (Harian Metro Online)

KEDAH bertekad menebus kehampaan tewas pada final Piala Emas Raja-Raja tahun lalu dengan menewaskan Kelantan, hari ini.

Ketua pasukan, Shafizan Hashim berkata, semua pemain akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di Kota Bharu selepas gagal melakukannya tahun lalu.

“Tahun ini semangat kami lebih tinggi untuk menjulang piala ini,” katanya.

Seorang lagi pemain, Wan Asyraf Wan Ali turut berharap Kedah membawa balik trofi Piala Emas Raja-Raja.

“Kami mahu hadiahkan kemenangan itu kepada peminat Kedah yang tidak jemu-jemu memberi sokongan,” katanya.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman tahun lalu, Perlis muncul juara selepas menewaskan Kedah 2-0.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Muhamad Shakri Mat yakin, aksi di gelanggang lawan tidak meleburkan semangat anak buahnya.

“Kami jangka perlawanan sengit kerana Kelantan memiliki pemain muda berbakat. Mereka juga memenangi Piala Malaysia baru-baru ini dan sudah tentu yakin memenangi perlawanan ini,” katanya.

Friday, December 10, 2010

Kelantan janji aksi menarik (Sinar Harian Online)

KOTA BHARU – Skuad bola sepak Kelantan menjanjikan aksi permainan menarik semasa menghadapi Kedah dalam perlawanan akhir Kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, pertemuan dengan Kedah, mereka sememangnya tidak dapat lari daripada memperkatakan mengenai kehebatan pasukan masing-masing apatah lagi kedua-duanya pernah merasai nikmat berada di pentas final.

“Pertemuan dengan Kedah merupakan perlawanan yang menarik apabila kita muncul juara pada 2008 ketika menewaskan Pulau Pinang 4-0, sementara Kedah dikecewakan Perlis 0-2 pada edisi musim lalu dan kedua-dua pasukan memasang impian bergelar juara pada edisi kali ini.

“Apa yang dapat saya simpulkan, kita akan menurunkan barisan terkuat bagi mengekang asakan pemain Kedah, lebih melegakan, semua pemain bebas daripada digantung perlawanan dan juga masalah kecederaan. Pasukan yang meminimumkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang terhidang bakal bergelar juara dalam perlawanan ini,” katanya sambil menambah, Khairan Eruan Razali yang sebelum ini mengalami kecederaan juga telah kembali menjalani latihan, ketika dihubungi semalam.

Zahasmi berkata, keadaan cuaca yang tidak menentukan di Kota Bharu ketika ini mungkin merencatkan persiapan pasukannya, namun beliau percaya itu bukan alasan tidak boleh menurunkan barisan terkuat bagi menghadapi naib juara edisi musim lalu itu.

“Persiapan kita dalam tempoh dua tiga hari ini sedikit tergendala tetapi saya percaya kita mempunyai formula khusus mengekang asakan pemain Kedah, dari segi mental dan fizikal, pemain sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan malam esok,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kemampuan lawan, Zahasmi merendah diri sambil mengakui Kedah yang mengulangi kejayaan mara ke pentas final buat kali kedua membuktikan pasukan tersebut harus dihormati.

“Kedah bukan calang-calang pasukan, sudah pasti jurulatih mereka, Mohamad Ramlee mempunyai resipi tersendiri bagi menghadapi Kelantan malam esok, saya fikir ini bukan perlawanan yang mudah bagi kita.

“Mereka diperkuatkan pemain Liga Super seperti Wan Mohd Ashraf Wan Ali, Shafizan Hashim, dan Shafiq Jamal, yang pasti pengaruhi pemain Kedah untuk bermain dengan baik,” katanya.

PBSMM janji aksi final lancar (Kosmo Online)


TAKIYUDDIN (kiri) menunjukkan trofi Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 yang bakal menjadi rebutan Kelantan dan Kedah, Sabtu ini.


MUSIM tengkujuh yang melanda Pantai Timur ketika ini tidak akan mengganggu kelancaran perlawanan akhir kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 membabitkan pertemuan antara Kelantan dengan Kedah, Sabtu ini.

Aksi final bagi edisi ke-70 itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan sepak mula pada pukul 8.45 malam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak- nya telah mengarahkan supaya penggunaan stadium terbabit dihentikan sepanjang minggu ini bagi menjaga keadaan padangnya.

"Memang hujan sedang melanda Pantai Timur termasuk di Kota Bharu ketika ini tetapi kita telah mengambil langkah supaya padang di stadium berkenaan tidak teruk untuk aksi final nanti.

"Kita juga berdoa agar hujan tidak turun dengan lebat pada Sabtu ini untuk memastikan final berlangsung dalam keadaan lancar," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Ditanya mengenai pemilihan Kelantan sebagai pasukan tuan rumah final kali ini, Taki- yuddin menjelaskan, ia telah dipersetujui oleh barisan Exco PBSMM berdasarkan situasi Kedah menjadi tuan rumah final tahun lalu.

"Memang final biasanya diadakan di salah satu venue pasukan yang layak. Tahun lepas, Kedah menjadi tuan rumah kepada Perlis untuk aksi final di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

"Jadi memandangkan Kedah sekali lagi mara ke final, Exco PBSMM telah memilih Kota Bharu sebagai venue final kali ini," ujarnya.

Tiket bagi aksi final Sabtu ini dijual pada harga RM15 (tempat duduk astaka), RM10 (tempat duduk terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak.

Sementara itu, Takiyuddin menyatakan bahawa pasukan PBSMM hanya akan menyertai saingan Liga FAM pada musim 2012 kerana mereka belum bersedia untuk menyertainya musim 2011.

"Terus terang saya katakan bahawa faktor kewangan menjadi punca penangguhan ini. Kos semusim sekitar RM500,000 dan kita mungkin akan menyertainya menerusi penggabungan dengan pasukan Unisel," katanya.

Tuah Kelantan beraksi di Kota Bharu (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan sudah pasti boleh tersenyum lega apabila jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) memilih Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu sebagai gelanggang pertemuan akhir berdepan Kedah pada 11 Disember ini.

Antara sebab utama pemilihan Kelantan adalah kerana pada tahun lalu, Kedah telah mendapat kelebihan tersebut dengan pemilihan Stadium Darul Aman sebagai tuan rumah perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja ketika tewas 0-2 kepada Perlis.

Berita menggembirakan penyokong Kelantan itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

''Sudah menjadi tradisi pada setiap perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, salah satu pasukan yang berjaya akan menjadi tuan rumah.

''Pada tahun ini, semua ahli jawatankuasa PBSMM bersetuju memilih Kelantan menjadi tuan rumah,'' katanya.

Keputusan itu sudah pasti akan menyukarkan Kedah yang akan berdepan tugas berat untuk menjinakkan Kelantan bagi mempastikan kekecewaan pada musim lalu tidak akan berulang kembali.

Kedah mara ke perlawanan akhir sekali lagi pada musim ini selepas mengecewakan Johor melalui kiraan agregat 3-1 sementara Kelantan mudah mengetepikan Terengganu dengan kemenangan 4-0.

Mengenai jualan tiket, Takiyuddin memberitahu Kelantan selaku tuan rumah telah diberi hak untuk menetapkan harga tiket.

''Bagi tiket berbumbung, harganya RM15 sementara terbuka RM10 dan kanak-kanak RM5," katanya.

Thursday, December 9, 2010

Kedah buat persiapan rapi Piala Emas Raja-Raja (Utusan Malaysia Online)


Pemain Kedah Wan Mohd Assraf (kiri) diasak pemain Johor dalam perlawanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darul Aman Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR - Impian Kedah terlaksana untuk ke final bola sepak Piala Emas Raja-Raja telah terlaksana walaupun mencatat keputusan tanpa jaringan dengan Johor pada separuh akhir kedua di Stadium Darulaman di sini kelmarin, namun bagi jurulatih Mohamad Ramli, banyak 'kerja' perlu dibuat apatah lagi menentang Kelantan.

Menurut jurulatih itu, kelayakan menerusi agregat 3-1 selepas mencatat kemenangan pada separuh akhir pertama melegakan skuad Kedah selepas aksi semalam kurang memberangsangkan dalam keadaan padang yang licin akibat hujan.

"Saya lega kerana kami (Kedah) berupaya mencapai kelebihan dua gol di tempat lawan pada separuh akhir pertama dan permainan peringkat kedua tentulah berpihak kepada kami," kata beliau selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darulaman.

Katanya, ini kerana banyak kelemahan perlu diperbaiki berdasarkan aksi separuh akhir kedua itu terutama di barisan serangan yang gagal memanfaatkan peluang terhidang sehingga gagal memperoleh jaringan.

"Apatah lagi menentang pasukan kuat seperti Kelantan, mereka (Kelantan) mempunyai pemain muda yang berwibawa dan pantas... Jadi kami kena lakukan sesuatu sebelum aksi final bermula," tambahnya.

Kata Mohamad, Kedah bakal kehilangan khidmat penyerang Hattaphon Bun Ann yang menerima dua kad kuning bagi menghadapi saingan akhir nanti.

"Bagaimanapun, hanya Hattaphon yang tidak dapat beraksi sedangkan barisan utama lain dapat diturunkan kerana tidak menghadapi masalah kad amaran dan kecederaan," katanya.

Menurutnya, Kedah boleh meraih kejuaraan Piala Emas Raja-Raja sekiranya pemain dapat memberi sepenuh tumpuan kepada aksi di tengah padang tanpa menghiraukan tekanan yang mungkin cuba diserapkan penyokong.

"Saya harap pemain dapat mengurangkan kesilapan, memperbaikki kelemahan sebelum menghadapi Kelantan nanti," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...