Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2011. Show all posts
Showing posts with label Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2011. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

ksi Owona, Seirra berjaya pikat Jang

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IMPIAN Negeri Sembilan untuk mendapatkan dua ‘awang import’, berkualiti akhirnya tercapai apabila Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra (Brazil), masing-masing bakal mengukuhkan kekuatan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan yang dijadualkan bermula 7 Januari 2012.

Effa Owona bakal mengisi posisi barisan depan manakala Sierra di bahagian pertahanan selepas pengurusan pasukan berpuas hati terhadap persembahan mereka sepanjang ujian sejak seminggu lalu dengan kali terakhir ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.


Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, mengesahkan kedua-dua pemain berkenaan memenuhi kriteria diperlukan bagi membentuk skuad mantap.

“Selepas melihat persembahan mereka dalam beberapa ujian yang dijalankan, kita bersetuju mengambil kedua-dua pemain ini untuk bersama Negeri Sembilan.


“Tambahan pula kita kesuntukan masa untuk menguji pemain import lain dan kita rasa mereka sudah dapat memenuhi kriteria yang kita tetapkan,” katanya selepas perlawanan malam kelmarin yang berkesudahan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1, hasil jaringan Effa Owona, Idris Karim dan S Kunanlan.

--- Harian Metro

Monday, November 28, 2011

Kelantan Dijangka Ikat Seorang Lagi Pemain Import Dari Cameroon

Albert Baning tengah dalam satu aksi menentang pasukan Brazil

28 November, 2011 16:37 PM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Selepas berjaya memburu tiga pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menguji seorang pemain import dari Cameroon bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi beberapa pertandingan bola sepak musim depan, termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai oleh skuad 'Kijang' buat pertama kali.

Setakat ini, Kafa berjaya mengikat tiga pemain import iaitu Muhammed Ghaddar Mahmoud dari Lebanon selaku penyerang dan dua pemain dari Ghana iaitu Emannuel Okine (tengah) serta Denny Antwi (penyerang untuk Piala AFC).

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Albert Baning yang merupakan bekas pemain skuad Olimpik 2008 Cameroon baru tiba di negara ini sejak beberapa hari lepas dan akan menjalani ujian di bawah jurulatih Peter Butler.

"Sekiranya beliau menepati kriteria, kita akan ikat kontrak dengan pemain itu kerana AFC membenarkan empat pemain import. Kami akan pilih dua pemain import yang terbaik untuk bermain dalam Liga Malaysia," katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas persediaan skuad 'The Red Warriors' untuk saingan bola sepak musim depan, Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata pihaknya sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan tempatan dan juga antarabangsa.

Beliau berkata antaranya ialah pertemuan dengan Negeri Sembilan esok dan Perak pada 1 Dis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 dan 16 Dis, dan menentang kelab dari Qatar dan Syria serta pertemuan dengan Terengganu pada 31 Dis ini di Kota Bharu.

"Semua perancangan kita untuk musim depan berjalan dengan baik dan pemain kini menjalani latihan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ekoran hujan lebat yang melanda Kelantan," katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk musim ini, Annuar berharap agar pemain-pemain dapat merangkul seberapa banyak piala yang boleh.

"Kita menyasarkan untuk mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pada musim ini selain merangkul Piala Malaysia dan Piala FA.

"Berdasarkan persiapan rapi yang dijalankan oleh pasukan, kita yakin mampu menang," katanya sambil berkata semua pegawai dan pemain diberikan Petunjuk Prestasi Indeks (KPI) bagi memastikan prestasi mereka tidak merudum.

-- BERNAMA

Skuad Liga Super Selangor 2011

'23 pemain sudah cukup'


Irfan Bakti


PENGENDALI baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim percaya senarai seramai 23 pemain yang dimilikinya sudah lebih daripada mencukupi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Biarpun setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan 25 pemain, Irfan sebaliknya yakin dengan kemampuan pemain sedia ada bagi membantu beliau untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu piala buat Selangor pada musim depan.

Ketika ini, Irfan telah memiliki 22 pemain termasuk seorang pemain import baharu, Ramez Dayoub dari Lubnan, sementara seorang lagi pemain import dijangka diisi pemain yang besar kemungkinan berasal dari benua Afrika.

“Sudah tentu lebih bagus sekiranya saya dapat menyenaraikan 25 pemain untuk musim depan.

“Cuma bagi saya, buat masa ini jumlah 23 pemain sudah lebih daripada mencukupi,” kata Irfan kepada Kosmo!.

Sebelum ini, Selangor membawa masuk sembilan pemain baharu iaitu dua penjaga gol, G. Jeevananthan (USM) dan Norazlan Razali (KL), R. Surendren (Pahang), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Solihin Kanasian (Kelantan), Hasmarul Fadzir Hassan (Felda United), Wan Hoesne Wan Hussain (Johor FC), Adib Aizuddin Ab Latif (Johor) dan pemain Piala Presiden, Khairul Anuar Khalid.

12 pemain lama yang dikekalkan ialah Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar, Azidan Sarudin, P. Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Fitri Shazwan Raduwan, Fazilidin Khalid dan Fairul Azwan Shahrullai.

Mengenai kemampuan sembilan pemain baharu yang menyarung jersi Merah Kuning musim depan, Irfan yakin mereka mampu memberikan impak positif sekali gus memberikan lebih banyak pilihan terhadap percaturan strategi beliau.

“Malah, ketibaan Ramez juga saya rasa tepat pada masanya buat kami membuat persiapan untuk mengadakan sekurang-kurangnya 10 perlawanan latihan pra musim sebelum saingan Liga M bermula 10 Januari depan.

“Ini kerana khidmat Ramez hanya diperlukan negaranya untuk perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada penghujung Februari,” tambahnya.

Apa yang pasti, Irfan yang membimbing Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super 2011, sudah tentu mahu menghadirkan sesuatu buat Selangor yang sekadar menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga selain ditunjukkan jalan keluar di peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

--- Utusan Malaysia

Saturday, January 22, 2011

Tiga Pemain T'Team Bertemu Jawatankuasa Status Pemain


Indra Putra Mahayuddin

Azizi Mat Rose

Nor Farhan Mohammad


KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Hasrat bekas tiga pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohammad dan Azizi Mat Rose menyertai pasukan baru, T'Team dalam saingan Liga Super yang akan bermula minggu depan hanya akan diketahui Isnin ini.

Jurulatih T'Team, Yunus Alif, berkata ini kerana pada hari tersebut ketiga-tiga pemain itu dipanggil untuk bertemu dengan jawatankuasa status pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Jawatankuasa itu akan mendengar keterangan daripada ketiga-tiga pemain itu berkenaan dakwaan pasukan Kelantan kononnya mereka masih ada kontrak dengan pasukan itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Sabtu.

Yunus berkata pemain tersebut, yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu, sudahpun menandatangani kontrak dengan pasukan T'Team untuk beraksi dalam liga Super musim ini.

Beliau berkata ekoran perkara itu ketiga-tiga pemain itu tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasukan, walaupun setiap hari turun berlatih.

Yunus berharap jawatankuasa tersebut dapat menimbangkan kes ini dengan bijaksana supaya tidak mencalar hati mana-mana pihak, sekaligus membolehkan ketiga-tiga pemain dapat beraksi dengan pasukan T'Team nanti.

Katanya kesebelasan utama pasukan T'Team terpaksa dirombak jika ditakdirkan sekiranya FAM tidak mengeluarkan lesen bermain kepada ketiga-tiga pemain itu.

Yunus berkata T'Team akan membuka tirai pertandingan Liga Super dengan menentang Kedah, di Alor Star pada Isnin depan sebelum berentap dengan Negeri Sembilan di sini.

Beliau berkata sasaran T'Team tahun ini ialah memenangi salah satu daripada tiga piala yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

Sunday, January 2, 2011

Pemain Terima Tawaran Kelab Luar Negara Perlu Fikir Pembangunan Karier (BERNAMA)

02 Januari, 2011 16:53 PM

PARIT BUNTAR, 2 Jan (Bernama) -- Pemain bola sepak negara yang menerima tawaran bermain dengan kelab luar negara, perlu menimbang beberapa perkara sebelum bersetuju dengan tawaran berkenaan terutama dalam aspek pembangunan karier mereka pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pemain boleh membuat beberapa pilihan dengan menimbangkan sama ada kelab berkenaan boleh dijadikan kayu pengukur dalam karier serta akan membantu dalam pembangunan pemain pada masa akan datang atau sebaliknya.

"Apakah mereka sendiri berasa selesa untuk bermain di kelab yang lain. Dalam soal ini kita mesti terbuka. Banyak pemain seperti pemain England yang tidak semestinya bermain di England dan begitu juga pemain Sepanyol yang tidak semestinya bermain di Sepanyol.

"Ini perkara biasa tetapi apabila dikerahkan untuk tanggungjawab nasional mereka akan menjalani latihan pusat dan mewakili negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Larian Sawah Perdana dan Sukan Rakyat anjuran Umno Bahagian Parit Buntar di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyerang skuad kebangsaan Mohd Safee Sali yang menerima sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara iaitu Indonesia dan Vietnam.

Ahmad Shabery berkata pemain juga perlu memikirkan sama ada berbaloi mereka bersetuju menerima tawaran kelab berkenaan dengan meninggalkan negara dan sama ada diletakkan di bawah jurulatih terbaik serta bersama-sama pemain terbaik serta proses pembangunan diri, mestilah diambil kira dan bukan hanya memikirkan aspek pulangan gaji dan kewangan sahaja.

Beliau berkata sememangnya sudah sampai masanya pemain seperti Mohd Safee dan beberapa pemain lain yang mempunyai nilai tersendiri untuk bergelar pemain profesional.

"Kita juga melihat sekiranya bola sepak dipersetujui diletakkan di bawah program 'Road to London', kita juga fikirkan untuk program berkaitan pendedahan ke luar negara serta memperkemaskan sistem kejurulatihan kita, program peningkatan kecergasan dan fizikal. Ini semua kita perlu fikirkan untuk pembangunan bola sepak negara," katanya.

Menurutnya beliau akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Hoki Malaysia (PHM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) esok untuk mendapatkan gambaran sebelum membentangkan ke Kabinet Rabu ini berhubung persiapan 'Road to London' yang perlu dilakukan untuk pasukan negara.

Mengenai saranan MIC supaya jurulatih bola sepak negara K.Rajagobal dianugerahkan gelaran 'Datuk', Ahmad Shabery berkata penganugerahan itu hanya diberikan oleh Sultan dan Yang Dipertua Negeri dan ia tidak diberikan atas desakan mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya pihaknya boleh memberi cadangan berhubung anugerah 'Datuk' itu, namun sama ada diberi atau sebaliknya, ia tidak menjadi sesuatu yang berbeza.

"Anugerah 'Datuk' juga boleh diberikan kepada beberapa pemain tetapi sebagai seorang profesional, gelaran itu bukan menjadi kayu pengukur untuk beliau memberi khidmat yang lebih baik atau tidak. Saya rasa ini ada dalam profesionalisme bola sepak itu sendiri," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, December 12, 2010

Kijang tagih khidmat Wan Rohaimi (Harian Metro Online)

KEPERCAYAAN diberikan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) memberi inspirasi buat bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Ismail Wan Ismail untuk membantu skuad itu mencipta kejayaan lebih besar pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Wan Rohaimi berkata, kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim ini diharap meletakkan Kelantan pada prestasi lebih baik, sekali gus mengulanginya dan menambah koleksi kejuaraan.

Menurutnya, ketiadaan beberapa pemain diharap tidak menjejaskan rentak cemerlang Kelantan kerana pemain baru termasuk dirinya berazam mempamerkan persembahan terpuji.

“Saya berterima kasih kepada Kafa kerana menaruh kepercayaan untuk mengukuhkan jentera pertahanan Kelantan musim depan. Kepercayaan itu juga memberi lebih keyakinan mencipta kegemilangan bagi musim 2011.

“Tiada yang lebih bermakna selain memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pasukan terutama sokongan daripada rakan seperjuangan,” katanya.

Musim ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyarung jersi Johor FC yang diwakili empat musim dari 2007-2010.

Pemain berusia 34 tahun itu pernah mewakili Kelantan pada 1996-1998, diikuti Pahang (1999-2000), Terengganu (2001-2002), Pulau Pinang (2003), Public Bank (2004-2005) dan Selangor 2006).

Pencapaian terbaik Wan Rohaimi ialah membantu Pahang muncul juara Liga Perdana pada 1999, juara Piala Malaysia bersama Terengganu (2001) manakala naib juara Liga Super pada 2004 bersama Public Bank.

Mengulas pengalaman bersama jurulatih, B Satianathan, Wan Rohaimi pernah bersama ketika jurulatih itu bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan pada 2004.

“Saya percaya beliau mampu mengulanginya. Saya serta rakan lain akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejayaan lebih besar,” katanya.

Sunday, December 5, 2010

Khalid Jamlus kembali bersama Red Warriors (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Juara Piala Malaysia, Kelantan mengambil langkah berani apabila menyenaraikan tiga 'orang lama' sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2011 yang akan bermula pertengahan tahun depan.

Tiga 'muka lama' tersebut ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi The Red Warriors musim 2009, Mohd. Khalid Jamlus.

Kemasukan ketiga-tiga pemain tersebut menjadikan enam muka baru yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Kelantan selepas K. Soley, Muhamad Abdul Aziz Ismail dan Nurul Azuan Roya.

Kemasukan Khalid dan dua lagi rakannya itu disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam yang memberitahu mereka akan mengisi kekosongan sekiranya ada pemain berhijrah.

"Khidmat ketiga-tiga pemain ini masih lagi boleh digunakan, mereka ada banyak pengalaman dan dua daripada mereka pernah bersama saya ketika mewakili negara.

"Khalid seorang pemain penyerang yang hebat terutama dalam kotak penalti, begitu juga dengan Daniel Fadli yang masih lagi mampu merencanakan barisan tengah Kelantan termasuklah Wan Rohaimi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan," ujarnya.

Sathianathan berkata, dengan gabungan pemain sedia ada ditambah pemain baru, beliau yakin mereka mampu memberikan sesuatu buat The Red Warriors untuk musim hadapan sekurang-kurangnya mengulangi apa yang telah dilakukan pada musim lalu.

Ditanya sama ada tindakan tersebut bakal menerima kritikan daripada peminat, Sathiatahan memberitahu beliau sedia berhadapan dengan situasi tersebut.

"Keadaan ini hampir sama apabila Akmal Rizal dan Hairuddin untuk beraksi bersama Kelantan musim lalu. Ramai yang kata mereka dah tak boleh main. Tetapi akhirnya mereka telah buktikan sesuatu dan kita mampu menjadi juara, begitu juga dengan situasi ini," ujarnya.

Tambahnya, beliau menganggap ia sebagai cabaran untuk melakukan yang terbaik pada saingan musim hadapan.

"Bagi saya usia bukanlah penghalang, apa yang peting ketiga-tiga pemain ini perlu bekerja lebih keras dan memberikan tumpuan penuh pada sesi latihan," tegasnya.

Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu dia masih lagi menunggu kehadiran tiga tunggak yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia iaitu Kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.

"Sehingga hari ini, saya masih lagi belum merima apa-apa maklumat tentang ketiga-tiga pemain ini dan mereka masih lagi belum menjalani latihan bersama Kelantan," ujarnya.

Terengganu ganding muka lama, baru hadapi musim baru Liga M (Utusan Malaysia Online)

KUALA TERENGGANU - Terengganu mengekalkan 14 pemain lama di samping mengambil sembilan pemain baru mengharungi kejohanan Liga Malaysia musim 2011.

Menerusi senarai nama pemain yang diumumkan di sini semalam, pemain yang dikekalkan ialah Mohd. Sarbinee Allawee, Mohd. Shamirza Yusoff, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Mohd. Muhaimin Omar, Helmi Ramli, Mohd. Zharif Hasna, Joseph Kalang Tie, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Wan Mohd. Aliff Wan Jasmi, Mohd. Hasan Basri, Nordin Alias dan Zubir Azmi.

Sementara pemain baru ialah Ahmad Shahril Zakaria, Abdul Hadi Yahaya, Ismail Faruqi daripada pasukan T-Team, Nik Zul Aziz Nawawi, Hasmizan Kamaruddin (Pahang), Mazlizam Mohamad (Perlis), Reeshafiq Alwi (KL Plus), Safuan Adli Shaari (Perak) dan Mohd. Ailim Kamaruddin (Kelantan).

"Seramai 14 pemain musim lalu masih dikekalkan untuk musim baru akan datang setelah masing-masing memperlihatkan mutu dan prestasi permainan yang memuaskan," kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Tajudin Sheikh Yusof.

"Kita yakin gabungan pemain-pemain lama dan baru ini akan menjadikan pasukan Terengganu lebih kemas dan mantap dalam menghadapi kejohanan musim depan," katanya yang juga penolong pengurus pasukan Terengganu.

Beliau berkata, kesemua pemain sedang giat menjalani latihan di bawah jurulatih Irfan Bakti sejak 20 November lalu.

Sheikh Tajudin berkata, pasukannya telah mengatur beberapa perlawanan ujian dengan beberapa buah pasukan lain bulan ini seperti Pos Malaysia, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Felda United. - Bernama

Monday, November 15, 2010

Akmal hampir pasti milik Perak

Oleh Azizan Hashim

BEKAS penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli besar kemungkinan menyarung jersi Perak dalam kancah bola sepak Liga M musim depan.

Pemain berasal dari Kedah itu yang musim ini beraksi untuk juara Piala Malaysia, Kelantan selepas mencurah kudrat di Selangor pada 2009 dijangka berada di Ipoh hari ini untuk memeterai ikatan dengan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kedatangan pemain yang pernah menimba pengalaman dengan kelab dalam Liga Perancis satu masa dulu untuk menyertai skuad bimbingan Norizan Bakar, musim ini.

“Kami akan adakan perbincangan dan jika semua lancar pemain itu akan mengikat perjanjian esok (hari ini),” katanya.

Zainol berkata, beberapa pemain termasuk dua pemain kebangsaan yang kini berada di Guangzhou dan seorang lagi pemain skuad Red Warriors juga menyatakan keinginannya menyertai Seladang.

“Dua daripada pemain itu adalah anak negeri Perak manakala seorang dari luar. Kita hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan mereka,” katanya.

Pafa sebelum ini menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman termasuk Sharulnizam Mustapa, Chan Wing Hoong, Khairi Zainuddin dan Nasril Nourdin.

Dollah kekal di Pahang? (Utusan Malaysia Online)

KUANTAN - Hampir keseluruhan jentera skuad bola sepak Pahang musim lalu termasuk jurulatih, Dollah Salleh dijangka dikekalkan untuk mengharungi cabaran musim depan.

Tiada perubahan besar pada semua posisi kecuali di barisan depan yang memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyerang berpengalaman dan berkualiti tinggi bagi menutup ruang kepincangan musim ini.

Ketumpulan penyudah amat dirasai skuad Pahang sehingga terpaksa menagih khidmat penyerang skuad Johor, Mohd. Faizol Hussain bagi kempen Piala Malaysia sehingga berjaya ke suku akhir musim ini.

Dengan prestasi agak mengagumkan musim ini, Pahang yang pernah dianggap anak emas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). kerana dibenarkan beraksi di Liga Super dua tahun lalu, berjaya menepis kenyataan negatif itu pada musim ini.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu berjaya berada di kelompok lapan terbaik Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas tipis di tangan Johor FC.

Sunday, November 14, 2010

Khabar Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2011


Berita perpindahan pemain liga Malaysia semakin rancak, banyak spekulasi dan gosip serta andaian dibuat. Untuk Liga Malaysia 2011 kebanyakan pasukan negeri memilih untuk memiliki beberapa pemain berstatus bintang. Walaupuan dimamah usia, beberapa pemain bintang seperti Hairuddin Omar, Indra Putra, Norhafiz Zamani Masbah, Zamberi, Nizaruddin Yusuf masih menjadi pilihan dan rebutan beberapa pasukan.

Begitu juga bintang-bintang muda yang semakin meningkat naik seperti Norshahrul Idlam Talaha dan beberapa nama lagi terus meningkat nilainya.


Thursday, November 4, 2010

Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2011


-------------------AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA----------------
[Berita perpindahan pemain liga-M Update --> {{Klik Sini}}]

Kelantan


Masuk
  • K.Soley ( Dari Perlis FA)
  • Nurul Azwan Roya (Dari Johor FC)
  • Mohamad Abdul Aziz Ismail (Dari KL Plus)
  • Wan Rohaimi Wan Ismail
  • Daniel Fadly Abdullah
  • Khalid Jamlus
Keluar
  • Halim Napi (Bersara)
  • Che Hishamuddin (Bersara)
  • Sarudy Aziz (Bersara)
  • Syed Adney Syed Hussain (Ke Sabah FA)
  • Akmal Rizal Rakhli (Ke Perak FA)
  • Hairuddin Omar (Ke Negeri Sembila FA)
  • Indra Putra Mahayuddin (Ke T-Team)
  • Norfarhan Mohamad (Ke T-Team)
  • Azizi Mat Rose (Ke T-Team)

Pemain Kelantan 2011
  1. Daniel Fadly Abdullah
  2. K.Soley
  3. Khairan Eroza
  4. Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol)
  5. Khalid Jamlus
  6. Mohamad Abdul Aziz Ismail
  7. Mohd Farisham Ismail
  8. Mohd Nizab Ayob
  9. Mohd Rizal Fahmi
  10. Mohd Shakir Saari
  11. Nurul Azwan Roya
  12. Norshahrul Idlam Talaha
  13. S. Subramaniam
  14. S. Chanturu
  15. Wan Rohaimi Wan Ismail

Perlis

Masuk
  • Samransak Kram (Dari Kedah FA)
  • Fazli Baharom (Dari Kedah FA)
  • Farizal Rozali (Dari Kedah FA)
  • Rozaidi Rahim (Dari Kedah FA)
  • Mohamad Hafizuan (Dari Perak FA)
  • Syed Mohd Abu Bakar (Dari Selangor PKNS)
  • Reza Iqremal Redzawan

Keluar
  • K.Soley (Ke Kelantan FA)

Pemain Perlis 2011
  1. Mohd Hairol Fazreen Abu Hassan (Penjaga gol)
  2. Mohd Amirul Rosli (Penjaga gol)
  3. Reza Iqremal Redzawan (Penjaga gol)
  4. Azmizi Azmi
  5. Phul Sakh Lum
  6. Mohd Faiz Subri
  7. Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin
  8. Samramsak Kram
  9. Fazli Baharom
  10. Farizal Rozali
  11. Rozaidi Rahim.
  12. Mohamad Hafizuan
  13. Syed Mohd Abu Bakar


Kedah

Keluar
  • Shahrulnizam Mustapha (Ke Perak FA)

Perak

Masuk
  • Shahrulnizam Mustapha (Dari Kedah FA)
  • Akmal Rizal Rakhli (Dari Kelantan FA)

Terengganu

Masuk
  • Ahmad Shahril Zakaria (Dari T-Team)
  • Abdul Hadi Yahaya (Dari T-Team)
  • Ismail Faruqi (Dari T-Team)
  • Nik Zul Aziz Nawawi (Dari Pahang FA)
  • Hasmizan Kamaruddin (Dari Pahang FA)
  • Mazlizam Mohamad (Dari Perlis FA)
  • Reeshafiq Alwi (Dari KL Plus)
  • Safuan Adli Shaari (Dari Perak FA)
  • Mohd. Ailim Kamaruddin (Kelantan)

Keluar
  • Tengku Hasbullah Raja Hassan
  • Tengku Azman Raja Hassan
  • K Rajan
  • Hariri Mohd Safii
  • Mohd Zairi Hafizie Idris

Pemain Terengganu 2011
  1. Mohd. Sarbinee Allawee,
  2. Mohd. Shamirza Yusoff,
  3. Marzuki Yusof,
  4. Ronny Harun,
  5. Mohd. Muhaimin Omar,
  6. Helmi Ramli,
  7. Mohd. Zharif Hasna,
  8. Joseph Kalang Tie,
  9. Mohd. Ashaari Shamsuddin,
  10. Abdul Manaf Mamat,
  11. Wan Mohd. Aliff Wan Jasmi,
  12. Mohd. Hasan Basri,
  13. Nordin Alias
  14. Zubir Azmi.
  15. Ahmad Shahril Zakaria
  16. Abdul Hadi Yahaya
  17. Ismail Faruqi
  18. Nik Zul Aziz Nawawi
  19. Hasmizan Kamaruddin
  20. Mazlizam Mohamad
  21. Reeshafiq Alwi
  22. Safuan Adli Shaari
  23. Mohd. Ailim Kamaruddin

Negeri Sembilan

Masuk
  • Mohd Fariza Marlias (Dari Perlis FA)
  • Ahmad Aminuddin (Dari Perlis FA)
  • Norhafiz Zamani Misbah (Dari KL Plus)
  • Irwan Fadly Idrus (Dari KL Plus)
  • Hairuddin Omar (Dari Kelantan FA)

Keluar
  • Mohd Afandy Adimel
  • Rezal Zambery Yahya
  • Mohd Rahman Zabul
  • Ching Hong Aik


Pahang

Masuk
  • R Surendran (Dari Selangor FA)
  • Zaiza Zainal Abidin (Dari Selangor FA)
  • Nazrolerwan Makmor (Dari Felda United)
  • Munir Amran (Dari Felda United)
  • Mohd Faizol Hussain (Dari Johor FA).

Keluar
  • Yosri Derma Raju (Ke Selangor FA)
  • Nik Zul Aziz Nawawi (Ke Terengganu FA)
  • Hasmizan Kamoridin (Ke Terengganu FA)

T-Team

Masuk
  • Indra Putra Mahayuddin (Dari Kelantan FA)
  • Norfarhan Mohammad (Dari Kelantan FA)
  • Azizi Mat Rose (Dari Kelantan FA)
  • Zairol Anuar Zailani (Dari Terengganu FA)
  • Tengku Hasbullah Raja Hassan (Dari Terengganu FA)
  • Zairi Hafizi (Dari Terengganu FA)
  • Mohd Badrul Hisani (Dari KL Plus)
  • Khairul Rizwan Khalid (Dari Felda United)
  • Mohd Saufi Saidi (Dari Perak FA)
  • Amza Junaidi (Dari Perlis FA)

Pemain T-Team 2011
  1. Rosdi Talib
  2. Mohd Syamsuri Mustaffa
  3. Haris Safuan
  4. Norfazly Alias
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...