Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Wayne Bridge. Show all posts
Showing posts with label Wayne Bridge. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Henti ejek Terry - Rooney (Utusan Malaysia)



john Terry (kanan) dan Wayne Rooney, tiba di padang latihan pasukan England di London Colney semalam, menjelang perlawanan persahabatan menentang Mesir, esok. - REUTERS


LONDON - Wayne Rooney menggesa penyokong memberikan 'sambutan baik' kepada John Terry pada perlawanan persahabatan menentang Mesir, dan berhenti daripada terus mengejek pemain pertahanan itu.

Aksi persahabatan di Stadium Wembley esok, merupakan perlawanan pertama sejak ketua pasukan Chelsea, Terry dilucutkan tugas daripada mengetuai skuad England.

Pengurusnya, Fabio Capello bertindak demikian ekoran pendedahan skandal Terry dengan bekas teman wanita rakan sepasukannya, Wayne Bridge.

Bridge, yang kini menyertai Manchester City, baru-baru ini mendedahkan dia tidak mahu beraksi di peringkat antarabangsa menjelang Piala Dunia, pada ketika pemain Chelsea, Ashley Cole mengalami kecederaan menyebabkan dia menjadi pilihan utama skuad England.

Ketua pasukan Chelsea, Terry diejek oleh penyokong pasukan lawan, ketika pasukannya kalah 2-4 kepada Manchester City hujung minggu lalu, di mana Bridge enggan menerima salam pemain pertahanan itu sebelum sepak mula.

"John seorang pemimpin pasukan kami.

"Dia tidak lagi memakai kain lilit lengan, tetapi dia tetap seorang pemain dan pemimpin yang hebat.

"Dia seorang pemain yang hebat. Saya rasa dia dinamakan dalam kesebelasan terbaik dunia sejak tiga tahun lalu.

''Tahap kecergasannya tidak dibimbangi, itu sudah pasti.

"Wayne Bridge seorang pemain yang menakjubkan apatah lagi ketika Ashley Cole cedera, saya pasti dia pilihan utama untuk posisi pertahanan.

"Cuma agak malang dengan situasi sekarang, namun itu keputusannya, anda harus menghormatinya,'' kata Rooney dalam sidang akhbar, kelmarin.

Rooney, yang ditanya bagaimana reaksi penonton di Wembley terhadap Terry, berkata: ''Saya harap ia macam biasa.

"Saya pernah bersama-sama dalam pasukan di mana ada beberapa pemain diejek di Wembley dan ia tidak elok.

''Ia tidak memberikan mesej yang betul. Saya berharap Terry akan mendapat sambutan yang baik.

''Ketika kami sedang menuju untuk beraksi pada Piala Dunia, kami perlukan penyokong di belakang yang memberi sepenuh sokongan mereka, sokongan mereka amat penting.'

Rooney, mengalami kecederaan lutut pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa Ahad lalu, di mana dia dimasukkan dan menjaringkan gol kemenangan 2-1, cergas untuk berdepan Mesir.

"Ya... Saya okey. Saya menjalani ujian imbasan hari ini dan cuma ada calar kecil. Saya akan menjalani latihan dan akan beraksi,'' katanya.

Rooney juga menyokong pemilihan Ryan Shawcross, bekas rakannya di Old Trafford.

Pemain pertahanan Stoke itu menerima panggilan pertama ke skuad England, beberapa jam selepas dia dikenakan kad merah, kerana melakukan terjahan keras, sehingga mematahkan kaki pemain Arsenal, Aaron Ramsey pada perlawanan, Sabtu lalu.

"Saya pernah bersamanya selama beberapa tahun di United dan dia bukan seorang pemain yang kasar.

"Saya pasti dia okey, dia dialu-alukan ke dalam skuad.

''Adalah penting untuk dia tersenarai dalam pasukan, saya pasti dia dapat beraksi dengan baik,'' katanya.

Walaupun kecederaan Rooney menyebabkan dia belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan persahabatan nanti, prospek kehilangan sentuhan pemain penyerang itu menimbulkan kebimbangan penyokong.

Rooney merupakan harapan England untuk memenangi Piala Dunia dan yakin ia mampu menggalas cabaran tersebut.

"Saya juga berharap begitu. Saya harap akan ada perlawanan yang bagus seperti menentang Everton apabila saya aksi saya tidak terlalu bagus.

''Saya harap secara umum saya dapat mengekalkan prestasi saya dan dijelmakan pada ke Piala Dunia. Jika saya berjaya melakukannya, saya amat gembira,'' katanya.

Mengenai ancaman yang mampu diberikan oleh Mesir, Rooney berkata: ''Mereka pasukan yang bagus. Mereka menang tiga kali berturut-turut Piala Negara-Negara Afrika.

"Ia bakal menjadi perlawanan sukar. Saya mahu mencuba perlawanan ini sebagai persediaan ke Piala Dunia, dan perlawanan ini nanti bakal menjadi langkah pertama kami.'' - AFP

Thursday, February 25, 2010

Tiada masalah ganding Bridge - Terry (Utusan Malaysia)

SUN CITY, Afrika Selatan. - Wayne Bridge tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama John Terry dalam skuad England menjelang pertemuan persahabatan dengan juara Afrika, Mesir, menurut jurulatih, Fabio Capello.

Pertahanan Chelsea, Terry telah dilucutkan tugas ketua pasukan pada awal bulan ini, berikutan pendedahan media mengenai hubungan sulitnya dengan bekas kekasih Wayne Bridge.

Capello yang ditanya oleh pemberita mengenai pendirian Bridge untuk bersama skuad England menegaskan, pemain bek kiri Manchester City, tiada masalah untuk kekal.

''Dia akan bersama kita pada Rabu depan. Dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama kami,'' kata Capello.

Bridge diramal akan diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan Ashley Cole, yang dijangkakan akan terlepas aksi sehingga penghujung musim ini, berikutan keretakan buku lali.

Capello berkata dia mungkin akan berbincang dengan semua pemain mengenai keputusannya melucutkan tugas ketua pasukan Terry.

''Piala Dunia adalah pertandingan paling penting kepada saya, England dan pemain.

''Kami perlu kekal bersama dan menjadi hebat pada setiap masa. Saya berasakan ini tugasan paling penting, mencetuskan semangat di kalangan pemain.

''Selepas tidak berjumpa setelah empat bulan, saya akan berjumpa semula dengan pemain pada minggu depan, dan perlawanan persahabatan ini adalah penting atas banyak sebab.

''Kami akan bercakap banyak perkara kerana sudah lama tidak berjumpa. Sekiranya kamu boleh berjumpa dengan setiap pemain, ia mungkin perkara yang berbeza,'' kata Capello.

Capello, yang dikenali mempunyai reputasi tegas mengenai soal disiplin, memberi amaran terhadap kontroversi yang akan melanda di kalangan pemain. - Reuters

Tuesday, February 16, 2010

Terry, Bridge jumpa 3 kali (Berita Harian)


Wayne Bridge

LONDON: John Terry dan Wayne Bridge bakal bertembung di atas padang tiga kali dalam tempoh seminggu selepas kedua-dua 'seteru cinta' itu diundi untuk pertemuan suku akhir Piala FA, kelmarin.

Pertembungan antara Chelsea dan Manchester City bakal berlangsung seminggu selepas kedua-dua kelab bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan sehari selepas England menentang Mesir pada 3 Mac ini.

Sumber City berkata: “Wayne hanya berdiam diri sepanjang perkara ini berlangsung tetapi selepas segalanya selesai, dia tidak memerlukan sesiapa memberitahunya kepentingan perlawanan Piala FA ini.


“Semua di City bermotivasi tinggi tetapi jika mereka memerlukan dorongan tambahan untuk menewaskan Stoke bagi laluan ke Stamford Bridge, inilah ketikanya.”

Terry dan Bridge tidak lagi bercakap antara satu sama lain sejak skandal kapten Chelsea itu dengan bekas kekasihnya Bridge, Vanessa Perroncel terbongkar.

Jika City menewaskan Stoke pada perlawanan timbal balik pusingan kelima minggu depan, mereka akan berkunjung ke Stamford Bridge bertemu Chelsea pada minggu pertama Mac.

Laporan akhbar di Britain turut mendedahkan pengurus England, Fabio Capello bakal menyenaraikan Bridge menjelang perlawanan persahabatan menentang Mesir pada Sabtu sebelumnya. - Agensi

Monday, February 15, 2010

Mancini puji Bridge, Terry kian tersisih (Utusan Malaysia)


Aksi pemain Manchester City, Wayne Bridge (tengah), yang teman wanitanya dilapor mempunyai hubungan sulit dengan John Terry, mendapat pujian jurulatih City, Roberto Mancini. Perlawanan menentang Stoke City pada Piala FA di Stadium Manchester itu turut disaksikan oleh jurulatih England, Fabio Capello. - AFP


MANCHESTER - Ketika John Terry berdepan saat getir dalam karier, akibat masalah peribadi, Wayne Bridge pula bangkit dengan mengetepikan isu skandal Terry dengan bekas teman wanitanya.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji persembahan Bridge selepas pemain pertahanan itu mempamer aksi menarik, ketika pasukannya seri 1-1 pada perlawanan Piala FA dengan Stoke, kelmarin di depan jurulatih England Fabio Capello.

Bolton Wanderers turut seri 1-1 ketika berdepan Tottenham Hotspur di Stadium Reebok semalam, selepas Tom Huddlestone gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukan pelawat.

Bolton mendahului perlawanan menerusi jaringan Kevin Davies pada minit ke-34.

Spurs bangkit pada babak kedua apabila Defoe menjaringkan gol pada minit ke-61.

Perlawanan melibatkan City paling mencuri tumpuan dengan aksi Bridge, iaitu individu di tengah-tengah perhatian media selepas tuduhan bekas teman wanitanya mempunyai hubungan dengan John Terry.

Kecederaan serius yang dialami oleh Ashley Cole, yang mungkin tidak dapat beraksi pada Piala Dunia, bermakna Bridge bakal menjadi pilihan utama Capello.

Bridge baru sahaja dapat bermain semula akibat masalah pergelangan kaki namun, Mancini kagum dengan persembahan pemain itu.

Katanya: "Wayne bermain sangat baik. Saya rasa Wayne sentiasa meningkat. Dia bermain amat baik, dia perlu berlatih dan beraksi, dia akan meningkat.

"Saya rasa Bridge seorang pemain yang bagus dan dia boleh bermain dengan pasukan kebangsaan tetapi adalah penting dia sentiasa meningkat.

"Dia pemain England, pasukan kebangsaan cukup penting baginya.

"Saya rasa bagi Wayne pasukan kebangsaan adalah penting, itu pendapat saya.''

Mancini kecewa kerana terpaksa mengharungi perlawanan ulangan di Stadium Britannia Rabu depan, namun dia menegaskan bahawa pasukannya mampu bersatu semula untuk perlawanan menentang Stoke dalam Liga Perdana, esok.

Katanya: ''Saya tidak kecewa, saya simpati dengan pemain kerana mereka bermain sangat baik.

"Namun, saya rasa perlawanan esok pastinya perlawanan berbeza, sudah pasti.

''Kami perlu bermain dan menang jika mahu menaikkan kedudukan dalam liga, dan mara ke pusingan seterusnya dalam Piala FA.''

Wright-Phillips menjaringkan gol untuk City, sebelum Ricardo Fuller menyamakan kedudukan dan Mancini merasakan pemain sayap itu meningkat sejak kebelakangan ini.

Katanya, Wright-Phillips akan diturunkan secara konsisten jika dia mempamerkan prestasi permainan yang sama.

Katanya: "Ketika saya mula-mula tiba di sini, Shaun mengalami masalah kecederaan selama 10 hari selepas dua atau tiga perlawanan.

''Namun, jika dia beraksi seperti menentang Stoke, dia boleh kerap bermain.''

Carlos Tevez tidak beraksi pada perlawanan pusingan kelima Piala FA kerana pulang ke Argentina, menyambut kelahiran anaknya.

Mancini mengesahkan pemain penyerang itu juga tidak akan diturunkan apabila menentang Stoke esok, namun berharap Craig Bellamy dapat beraksi semula.

Tambahnya: "Saya harap Carlos akan balik ke sini dalam masa tiga hari. Saya tidak fikir dia boleh beraksi esok. Saya harap dapat membawa semula Craig, namun ia agak sukar.''

Sementara itu, Tony Pulis berdepan masalah kecederaan Matthew Etherington, Liam Lawrence dan Andy Wilkinson yang cedera dan kesemuanya belum pasti beraksi esok.

Etherington menjalani ujian imbasan kerana masalah lutut, Lawrence pula cedera pergelangan kaki, sama seperti Wilkinson.

Namun, Pulis gembira dengan semangat pemainnya apabila terus memberikan cabaran dalam Liga Perdana.

"Kami tidak memiliki pemain berbakat seperti mana Manchester City, tetapi usaha dan komitmen akan membawa anda mara lebih jauh," katanya. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...