Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Mohammad Faizal Abu Bakar. Show all posts
Showing posts with label Mohammad Faizal Abu Bakar. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Kedah beri RM5,000 (Harian Metro Online)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

KERAJAAN Kedah bersetuju memberi imbuhan RM5,000 seorang kepada lima pemain bola sepak negeri itu yang mengharumkan nama negara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, turut diberikan imbuhan sama ialah penolong jurulatih skuad Harimau Malaya itu, Tan Cheng Hoe yang juga anak negeri Jelapang Padi ini.

Katanya, lima pemain yang akan menerima imbuhan itu adalah pemain sayap, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pertahanan, Khairul Helmi Johari dan Mohd Sabre Mat Abu serta pemain tengah, Mohammad Faizal Abu Bakar selain pemain kelahiran Perlis, Amar Rohidan yang kini menyertai Kedah musim ini.

Lima Pemain Kedah Yang Bermain Dalam Piala Suzuki Terima RM5,000 Seorang (BERNAMA)

ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah pada Rabu mengumumkan pemberian ganjaran sebanyak RM5,000 seorang kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Ganjaran turut diberikan kepada seorang penolong jurulatih skuad tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu berkata pemain yang menerima ganjaran ialah pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan.

Penolong jurulatih yang menerimanya ialah Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.

Kata Azizan, kerajaan negeri turut mempertimbangkan untuk memberi ganjaran berupa tanah yang akan diumumkan kemudian.

"Kita rancang untuk beri tanah di Pokok Sena kerana kawasan itu membangun. Kita akan dapatkan maklumat lanjut dan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...