Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Perlis FA. Show all posts
Showing posts with label Perlis FA. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Shahidan Digantung 30 Bulan Dan Denda RM39,000 - FAM

PETALING JAYA, 21 Feb (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tataterbit FAM yang bersidang hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Rabu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan Ednan Othaman selepas pengerusinya Datuk Taufik Abdul Razak tidak dapat hadir.

Jawatankuasa tersebut turut menetapkan bahawa Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.

Berikutan keputusan itu, Shahidan, bekas menteri besar Perlis, hilang status sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM.

Ednan berkata Shahidan didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM iaitu berkaitan mengkritik pentadbiran badan induk bola sepak kebangsan itu.

"Hukuman terhadap Shahidan akan berkuat kuasa apabila dia (Shahidan) menerima surat daripada FAM iaitu dalam tempoh 14 hari selepas tarikh hukuman dijatuhkan hari ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Dalam tempoh penggantungan itu, Shahidan dilarang terbabit atau memegang jawatan dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak negara.

Atas pertuduhan pertama, Ednan berkata Shahidan dikenakan denda RM20,000 selepas didapati bersalah membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran.

Susulan daripada penyiaran berita tersebut di bawah pertuduhan kedua, Shahidan dikenakan denda RM10,000 dan digantung selama dua tahun kerana berniat menghina, mengaibkan serta menjatuhkan imej FAM, katanya.

Shahidan turut didapati bersalah atas pertuduhan ketiga apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah atau tidak tepat dengan mana-mana keputusaan FAM dan beliau digantung selama enam bulan dan didenda sejumlah RM8,000.

Ednan berkata Shahidan turut didenda RM1,000 kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab selepas menerima surat pertuduhan bertarikh 1 Feb lepas yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

"Dia (Shahidan) tidak bertanggungjawab dan dianggap menghina FAM apabila tidak mengambil sebarang tindakan bagi surat pertuduhan yang dihantar oleh FAM," katanya.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM62,500 kerana gagal mengawal penyokong mereka pada aksi Liga Super antara pasukan The Red Warriors dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, 15 Jan lepas.

"KAFA tidak boleh membuat rayuan di atas hukuman berkenaan dan ia perlu dijelaskan dalam masa 14 hari selepas menerima surat hukuman tersebut," katanya.

Beliau berkata Kelantan berkemungkinan bermain tanpa kehadiran penyokong sekiranya mereka mengulangi kesalahan sama pada aksi Liga Super seterusnya menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.

"Pegawai Jawatankuasa Disiplin FAM akan memantau perlawanan berkenaan dan sekiranya penyokong Kelantan gagal mengawal disiplin, maka kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, March 8, 2012

Perlis optimis kekang Kedah

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my

DI atas kertas, Kedah yang turun berbekalkan kelebihan selaku tuan rumah pasti menjadi pilihan untuk mengungguli pertemuan pusingan kedua Piala FA berdepan Perlis di Stadium Darulaman, Alor Setar, Sabtu ini.

Namun, Perlis yang beraksi di pentas Liga Perdana berbanding Kedah mengakui tidak gentar malah bersedia melakar kejutan.


Ketua jurulatih Perlis, Abdullah Hassan berkata, perlawanan itu cukup penting buat kerana keputusannya akan menentukan siapa bakal beraksi di pusingan seterusnya.

“Kita akui perlawanan antara Kedah dan Perlis kali ini berbeza sama sekali dan saya sentiasa menasihatkan pemain supaya tidak perlu rasa rendah diri, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya terhadap permainan kerana hanya kejayaan bakal menjamin tempat ke aksi seterusnya,” katanya.


Abdullah berkata, untuk memastikan pasukan memberikan cabaran kepada skuad lawan yang dikendalikan Wan Jamak Wan Hassan itu, sedikit rombakan mungkin dilakukan terutama di posisi pertahanan berikutan beberapa tonggak utama cedera.


Antaranya, pertahanan kanan dan kiri, Phul Sakh Lum dan Mohd Rozaidi Abdul Rahim.

“Saya percaya semua pemain yang diturunkan nanti sedar tanggungjawab masing-masing untuk memastikan perjuangan pasukan pada kempen Piala FA musim ini tidak berakhir setakat pusingan kedua saja.”


--- HARIAN METRO

Tuesday, June 7, 2011

Selangor pesta gol belasah Singa Utara

2011/06/07

PEMAIN Selangor meraikan gol keempat Asraruddin (bawah) dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Osman Adnan
PEMAIN Selangor meraikan gol keempat Asraruddin (bawah) dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Osman Adnan
EMPAT gol daripada pemain pertahanan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar, membantu Selangor berpesta gol ketika membelasah pasukan tercorot Liga Super, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam malam tadi. Tiga gol lagi disumbangkan Rudie Ramli, Fitri Shazwan Raduwan dan Amirulhadi Zainal.

Ini adalah kemenangan terbesar Gergasi Merah tahun ini di laman sendiri selepas kali terakhir membelasah Johor 6-0 pada 26 Januari.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian K Devan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan, walaupun pada hakikatnya beza dua mata dengan pendahulu, Kelantan tampak sukar dilunaskan ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.
Selangor kini hanya perlu meneruskan rentak kemenangan pada baki saingan musim ini menentang FELDA United di gelanggang sendiri pada 14 Jun sebelum mengakhiri kempen bertemu Perak di Ipoh pada 26 Jun tanpa khidmat beberapa tonggaknya yang menyertai skuad kebangsaan Piala Dunia.

Impian Selangor bagaimanapun hanya akan tercapai sekiranya Perak atau Sabah mampu mencuri mata dalam pertemuan dengan Kelantan pada dua perlawanan terakhir.
Selangor kini mengumpul 48 mata selepas 24 perlawanan, manakala Kelantan mempunyai kelebihan dua mata untuk terus menerajui takhta liga.

Terengganu pula tergelincir ke tangga ketiga, kekal dengan 47 mata.

Monday, June 6, 2011

Perlis azam kejutkan Selangor

2011/06/06

DI ATAS kertas, pasukan tercorot Perlis berdepan laluan perit untuk menafikan juara bertahan, Selangor daripada mengutip mata penuh pada pertemuan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Berbanding Perlis, tuan rumah kendalian K Devan kini menduduki tangga ketiga dan bersemangat untuk terus mencabar dua pasukan tangga teratas Kelantan dan Terengganu untuk menghidupkan peluang muncul juara buat kali kedua berturut-turut.
Namun Perlis, tampil dengan tekad mahu mempertahankan maruah walaupun peluang kekal dalam liga elit itu boleh dikatakan hampir tertutup.

Penolong ketua jurulatih Perlis, Azamri Zali berkata, cabaran yang bakal menanti Perlis pada perlawanan ke-24 Liga Super di Stadium Shah Alam itu bukan calang-calang, juara bertahan dan antara pencabar kejuaraan musim ini.

Justeru, Perlis yang kehilangan penjaga gol, Amini ahmad Tabarani dan pemain pertahanan, Phul Sakh Lum berharap kapten, Azmizi Azmi yang kembali memperkuat pasukan, dapat pulang dengan kejutan.

----- Berita Harian Online

Thursday, May 19, 2011

Kedah lonjak tangga keempat Liga Super (Berita Harian Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/19

KEDAH melonjak ke tangga keempat Liga Super selepas menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Darulaman malam tadi - memintas Perak.

Namun, Perak yang sebelum ini mendahului dengan kelebihan jaringan mampu merampas kembali kedudukan mereka jika menewaskan Sabah di Stadium TLDM Lumut, petang ini.
Perlis yang masih di tangga tercorot liga dan terdesak memburu tiga mata penuh malam tadi, seakan mampu merealisasikan impian selepas mengekang tuan rumah 0-0 pada babak pertama, tetapi kesilapan kapten pasukan, Azmizi Azmi dua minit selepas rehat memberi Kedah kelebihan.
Azmizi yang cuba menghantar bola kepada penjaga gol Perlis, Amini Ahmad Tabarani menerusi tandukan ke belakang, sekadar melihat bola tandukannya melepasi jangkauan Amini dan menerjah gawang sendiri untuk gol pertama Kedah.

Kedah yang mendapat suntikan semangat hasil gol berkenaan, terus mengasak dan hanya memerlukan empat minit menggandakan jaringan apabila Faizal Abu Bakar bijak menguis bola yang diumpan cantik C Thirumurugan.

Malang terus menimpa Perlis apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Hadi Syahmi menerima kad kuning kedua kerana mengasari Baddrol Bakhtiar.

Perlawanan malam tadi satu-satunya saingan Liga Super yang berlangsung dengan enam perlawanan lain berlangsung, hari ini.

Wednesday, May 11, 2011

Kejayaan baham Singa Utara bakar semangat Kuala Lumpur (Berita Harian Online)

Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bharian.com.my
2011/05/11

SELEPAS mengharungi derita perit enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan, kejayaan menundukkan Perlis di laman sendiri bagai pencetus semangat buat barisan pemain Kuala Lumpur yang sedang bergelut di kedudukan bawahan Liga Super, ketika ini.

Pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail berkata keputusan menumbangkan Singa Utara itu berjaya menambah keyakinan pemain yang selama ini dahagakan kemenangan namun masih banyak perlu dilakukan terutama memperbaiki nasib pasukan yang berada kedudukan kedua tercorot liga.

“Pemain memang tercari-cari kemenangan ini. Sekalipun kedudukan pasukan ketika ini tidak begitu baik, namun peluang memperbaikinya masih terbuka dan saya berharap, semua pemain akan berusaha lebih untuk mendapat keputusan lebih baik selepas ini.”
Kali terakhir Kuala Lumpur mencipta kemenangan adalah ketika menentang T Team, April lalu sebelum tumpas kepada Felda United, Perak, Kelantan, Selangor dan Terengganu sebelum kembali meraih kemenangan ketika menerima kunjungan Perlis.

“Kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua memanfaatkan segala peluang yang ada,” kata Razib.

Friday, March 18, 2011

Perlis, NS tagih khidmat Azraai (Sinar Harian Online)


PASUKAN bola sepak Liga Super Perlis dan Negeri Sembilan berminat mendapatkan khidmat bekas pengendali Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai jurulatih.

Perkara itu didedahkan sendiri Azraai namun, beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran berkenaan.

“Saya menerima panggilan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai tawaran untuk mengendalikan pasukan Perlis. Namun, saya masih meneliti tawaran berkenaan.

“Saya ingin pastikan pengurusan persatuan mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan. Saya tidak mahu sebarang masalah berlaku selepas saya memegang jawatan sebagai jurulatih kelak,” katanya.

Pada masa sama, beliau bersedia membimbing pasukan Hijau Kuning jika mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Azraai yang baru dilepaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima banyak sokongan daripada penyokong agar diberi kepercayaan untuk mengakhiri kemelut yang melanda pasukan Hijau Kuning.

“Saya memang terharu apabila ramai penyokong meletakkan kepercayaan kepada saya untuk kembali membimbing Kedah. Namun, biarlah KFA yang putuskan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah berkata, penyokong tidak sabar untuk melihat Azraai kembali membimbing Kedah.

Namun katanya, penyokong perlu memberi peluang kepada Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih untuk mengemudi pasukan.

“Banyak lagi perlawanan yang akan dilangsungkan. Jadi kita perlu menilai tahap dan prestasi Radhi Mat Din,” katanya.

Monday, March 14, 2011

Hasrat Perlis tak kesampaian (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my

MISI Perlis untuk memburu kemenangan pertama pada aksi Liga Super musim ini masih tidak kesampaian apabila dikecewakan KL Felda United, 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar, kelmarin.

Kekalahan terbaru yang dialami skuad muda Singa Utara itu adalah kali kelima daripada tujuh perlawanan yang diharungi pada kempen Liga Super musim ini manakala dua lagi berkeputusan seri.

“Secara keseluruhannya pemain bermain dengan baik untuk memastikan tidak terus kempunan meraih kejayaan. Bagaimanapun kemenangan tidak mampu diterjemahkan apabila pemain terutama barisan serangan gagal menjaringkan gol,” kata penolong jurulatih, Azamri Zali mengulas kekalahan 0-2 kepada Felda United.

Berikutan kekalahan itu, Perlis terus kekal di dasar carta Liga Super dengan sekadar mengutip dua mata.

Saturday, March 12, 2011

Dua lagi tonggak Perlis tersisih lawan Felda (Harian Metro Online)

BIARPUN menerima khabar gembira apabila venue perlawanan Liga Super menentang KL Felda United diubah ke Stadium Utama, Kangar, Perlis dikejutkan dengan berita dua pemain tonggaknya terpaksa diketepikan.

Perkembangan itu sememangnya memeritkan apabila terpaksa melepaskan tanpa rela khidmat sekurang-kurangnya empat pemain tonggak akibat dibelenggu kecederaan dan penggantungan permainan.

Hakikat pedih itu terpaksa dilalui ketua jurulatih baru, Salim Tofel Mohamad yang menggantikan Mosthakeen Omar.

Penolong ketua jurulatih, Azamri Zali berkata kehilangan empat tonggak itu menimbulkan kesukaran apatah lagi khidmat mereka begitu diperlukan bagi memastikan mereka dapat memberikan cabaran terbaik kepada pasukan juara Liga Perdana musim lalu itu.

“Jika sebelum ini, kami kehilangan dua tonggak iaitu kapten pasukan, Azmizi Azmi dan Mohd Hafiszuan Salehuddin kerana digantung satu perlawanan.

“Hari ini (semalam), kami menerima satu lagi kejutan apabila dua pemain lain terpaksa diketepikan iaitu penjaga gawang utama, Hairol Fazreen Abu Hassan dan penyerang, Mohd Fadly Baharom kerana kecederaan,’ katanya.

Hairol Fazreen dibelenggu kecederaan lutut manakala Mohd Fadly disahkan patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya di Alor Setar ketika dalam perjalanan ke Kangar untuk sesi latihan pasukan, Khamis lalu.

Azamri berkata, berikutan itu, pengurusan pasukan tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membawa masuk beberapa pemain dari skuad Piala Presiden bagi menampung kekurangan pemain dalam pasukan.

Thursday, March 10, 2011

Perlis resah lawan Felda (Harian Metro Online)

PERLIS yang bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk berdepan juara Liga Perdana musim lalu, KL Felda United pada saingan Liga Super, Sabtu ini bakal kehilangan khidmat beberapa pemain utama.

Antara pemain yang pasti diketepikan ialah ketua pasukan, Azmizi Azmi dan tonggak pertahanan kanan, Mohd Hafiszuan Salehudin.

Kelibat kedua-dua pemain utama itu terpaksa diketepikan daripada senarai pemain kerana digantung satu permainan.

Azmizi mengumpul tiga kad kuning manakala rakannya, Mohd Hafiszuan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada perlawanan menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar, 1 Mac lalu.

“Saya percaya walaupun pasukan kehilangan beberapa pemain utama, semangat dan fokus rakan sepasukan untuk memburu kemenangan pertama menentang KL Felda United di Cheras, Sabtu ini tetap tinggi,” kata Azmizi.

Beliau berkata, sungguhpun prestasi pasukan kurang memberangsangkan apabila hanya seri dua kali seri selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, mereka tetap mahu memburu kemenangan pertama berdepan KL Felda United.

Menurutnya, biarpun keputusan perlawanan Liga Super dan Piala FA, sebelum ini menyaksikan skuad Singa Utara masih kempunan mencatat kemenangan, ianya tidak sesekali melemahkan semangat pasukan.

Malah, katanya, pasukan sebaliknya berazam mahu memastikan keputusan perlawanan menyebelahi mereka.

“Kami akui lawan diakui cukup kuat, mantap dan memiliki barisan pemain hebat serta berpengalaman.

“Felda United bertanggungjawab menyingkirkan Perlis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Kangar, 19 Februari lalu,” kata bekas ketua pasukan Piala Presiden Perlis itu.

Azmizi yang lebih mesra dengan panggilan `Tibor’ di kalangan rakan sepasukan berkata, keseluruhan persembahan pasukan tidak mengecewakan kerana mempamerkan banyak peningkatan tapi hingga kini gagal merealisasikan impian mencatat kejayaan.

“Jika sebelum ini, tindakan penyudah barisan serangan kurang tajam sekali gus menyukarkan pasukan mencipta kejayaan, saya percaya kini ianya semakin baik dan meyakinkan,” katanya.

Wednesday, March 9, 2011

Salim ganti Mosthakeen (Harian Metro Online)

SELEPAS seminggu berlalu, akhirnya tanda tanya menyelubungi siapa calon bakal diberi kepercayaan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengendalikan skuad Singa Utara bagi menggantikan Mosthakeen Omar yang meletakkan jawatan pada 1 Mac lalu, terlerai semalam.

Ini berikutan PFA membuat keputusan untuk melantik bekas tonggak pertahanan Perlis era 1970-an, Salim Tofel Mohamad sebagai pengendali sementara bagi mengharungi kempen Liga Malaysia selepas ini.

Pengesahan perlantikan itu dibuat pengurus Perlis, Azhar Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan ketika dihubungi di Kangar, semalam.

“Selepas mengambil kira pelbagai aspek, pihak pengurusan memutuskan memberikan kepercayaan kepada Salim untuk mengendalikan pasukan buat sementara waktu.

“Ini kerana Perlis bakal beraksi menentang KL Felda United pada 12 Mac ini dalam saingan Liga Super, maka pihak pengurusan pasukan perlu memilih dan melantik seorang pengendali baru yang dikira memiliki kelayakan Lesen A.

“Bagaimanapun, pada masa sama, kami akan mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan mampu dilantik ketua jurulatih Perlis untuk menghadapi baki saingan,” katanya.

Salim, 60, bukan asing dalam arena bola sepak Perlis.

Thursday, March 3, 2011

PFA sahkan terima surat Mosthakeen (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/03

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengesahkan sudah menerima surat dikemukakan oleh Mosthakeen Omar untuk melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih Perlis, kelmarin.

Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz ketika mengesahkan berkata, berikutan keputusan dianggap mengejutkan itu, sebarang keputusan bakal diambil kini diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata ini termasuk memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya keputusan peletakkan jawatan yang dikemukakan pengendali berpengalaman dari Alor Setar, Kedah itu.

“Selain itu, paling penting ialah untuk membincang dan seterusnya mengenal pasti bakal calon difikirkan layak dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan Mosthakeen.

“Jawatan berkenaan perlu diisi sebelum 12 Mac ini apabila Perlis berdepan Felda United dan kami jangkakan, jawatankuasa pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kelmarin, Mosthakeen membuat tindakan mengejut meletakkan jawatan yang difahamkan berpunca daripada perbezaan pendapat selain kecewa dan tidak berpuas hati dengan pengurusan pasukan berhubung kegagalan pasukan pada kempen Liga Super dan Piala FA, sebelum ini.

Perlis bakal bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk berdepan Felda United pada aksi Liga Super, 12 Mac ini dan beliau beranggapan isu jurulatih harus disegerakan.

Cari calon pengganti Mosthakeen (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my

JAWATANKUASA Pengurusan Pasukan dijangka bersidang dalam tempoh terdekat bagi membincang dan memutuskan perlantikan pengganti Mosthakeen Omar yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih Perlis, kelmarin.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata, Mosthakeen dikatakan mengambil keputusan mengejut itu berikutan perbezaan pendapat selain kecewa dan tidak puas hati dengan pengurusan pasukan berhubung kegagalan pasukan sepanjang kempen Liga Super dan Piala FA, sebelum ini.

Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA turut mengesahkan mereka sudah menerima surat peletakan jawatan Mosthakeen.

Beliau berkata, berikutan keputusan yang dianggap mengejutkan itu, sebarang keputusan yang bakal diambil kini diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan untuk tindakan selanjutnya.

“Antaranya termasuk memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya surat peletakan jawatan itu. Paling penting adalah untuk berbincang dan mengenal pasti bakal calon yang layak untuk mengisi kekosongan Mosthakeen selepas ini,” katanya.

Wednesday, March 2, 2011

Mosthakeen letak jawatan (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/02

pix_gal0
Perbezaan pendapat punca lepas jawatan ketua jurulatih Perlis

PERLIS menerima tamparan hebat apabila Mosthakeen Omar (gambar) tampil membuat kejutan besar meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Singa Utara berkuatkuasa, semalam.

Segala-galanya difahamkan terjurus kepada perbezaan pendapat dengan pengurusan pasukan di atas kegagalan pasukan negeri itu dalam aksi Liga Malaysia, musim ini.

Pengendali berasal dari Kedah itu mengaku dia bertindak demikian selepas kecewa dengan pengurusan pasukan yang jelas menuding jari ke arahnya berikutan prestasi buruk Perlis yang gagal merakamkan sebarang kemenangan dalam Liga Super dan gagal mara ke pusingan berikut Piala FA.

“Memang ada percanggahan pendapat saya dengan pengurusan pasukan khususnya mengenai sasaran pencapaian pasukan dibarisi tenaga muda hampir 100 peratus. Saya tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata Mosthakeen, semalam.

“Saya masuk (dilantik sebagai ketua jurulatih) dengan cara yang baik, maka saya mahu keluar (lepas jawatan) juga dengan cara baik. Tidak mahu cari masalah dengan mana-mana pihak. Saya mengesahkan sudah melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Perlis, berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), hari ini (semalam). Justeru, saya tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan yang akan turun menentang Kuala Lumpur, malam ini (semalam).”
Bekas pengendali skuad Pala Razak Kedah pada awal 1980-an itu dilantik membimbing Perlis kira-kira tiga bulan lalu menggantikan Yunus Alif yang berpindah ke T-Team.

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, Perlis sekadar mengutip satu mata saja hasil keputusan seri 1-1 menentang Harimau Muda A dan empat kekalahan.

Mosthakeen letak jawatan jurulatih Perlis (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom

“SAYA mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Perlis kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Justeru, saya mengesahkan tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan ini selepas Perlis menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini (semalam),” demikian pengakuan Mosthakeen Omar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung tindakan itu melainkan sekadar menyatakan, tindakan itu adalah yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Namun, Mosthakeen mengaku kecewa dengan pengurusan pasukan yang menyalahkan dirinya berikutan kegagalan demi kegagalan Perlis sepanjang aksi Liga Super dan Piala FA setakat ini.

“Pada peringkat awal, semuanya nampak berjalan dengan begitu baik. Bagaimanapun, masalah mula timbul selepas sesi penilaian terhadap prestasi pasukan selepas tewas kali kelima kepada T-Team, baru-baru ini.

“Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat, saya tidak punya pilihan melainkan mengundur diri,” katanya

Saturday, February 26, 2011

Perlis tekad curi mata (Harian Metro Online)

PERLIS yang bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini mensasarkan untuk melihat keputusan positif dicatat selepas aksi kurang memberangsangkan sebelum ini.

Ketua jurulatih, Mosthakeen Omar berkata, rekod pencapaian Liga Super dan Piala FA sememangnya kurang memberangsangkan.

Justeru, katanya, apa yang boleh dilakukannya adalah memastikan pasukannya memberi cabaran terhadap skuad kendalian Yunus Alif yang juga bekas pengendali Perlis, musim lalu.

“Kami sedar T-Team bukan calang-calang pasukan. Kita letak sasaran agar mereka tidak mudah mengalah.


“Jika mengambil kira prestasi pasukan sebelum ini, dapat bawa pulang satu mata, sudah boleh dianggap pencapaian baik,” katanya.

selepas mengharungi empat saingan Liga Super, kedua-dua pasukan sekadar mengutip satu mata hasil satu keputusan seri, tapi T-Team berada di atas Perlis yang menghuni tangga tercorot Liga Super.

Mosthakeen berkata, sebagai tuan rumah, T-Team pasti ingin menang.

“Lawan pasti turun dengan semangat dan keyakinan berganda selain memanafaatkan kelebihan untuk memastikan mata penuh.

“Kami sudah membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan. Kami harap pemain berupaya mempamerkan persembahan terbaik hingga ke wisel penamat,” katanya.

Monday, February 21, 2011

Mosthakeen kecewa prestasi Perlis (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/02/21

MENGECEWAKAN! Demikian luahan rasa hati ketua jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar terhadap aksi anak didiknya pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2011 menentang FELDA United di Stadium Utama Negeri Kangar, semalam.

“Saya memang kecewa dengan aksi mereka (pemain) malam tadi (semalam). Mereka harus memanfaatkan segala kelebihan dimiliki terutama beraksi di gelanggang sendiri untuk mencatat kemenangan.

“Apa lagi pasukan lawan itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain, kurang seorang pemain dalam tempoh begitu panjang, lebih 80 minit. Sebaliknya, pasukan kami yang tewas,” katanya.

Pada perlawanan yang secara kalah mati itu, skuad muda Singa Utara itu dikejutkan dengan kekalahan, 0-2 kepada skuad pelawat kendalian E Elavarasan itu biarpun terpaksa beraksi kurang seorang pemain selama 85 minit.

Sunday, February 20, 2011

FELDA United lebur ego Perlis (Berita Harian Online)

Oleh Sukhairi Abd Thani, Rizar Mohd Nor, Nazri Abu Bakar, Faridzwan Abd Ghafar, Mohd Amin Jalil, Kamudin Baharom dan Nazri Abu Bakar

2011/02/20

 PENJAGA gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein  menumbuk bola menyelamatkan gawang daripada dibolosi pemain Pahang pada perlawanan Piala FA pusingan pertama di Stadium Darulmakmur Kuantan, malam tadi.
PENJAGA gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein menumbuk bola menyelamatkan gawang daripada dibolosi pemain Pahang pada perlawanan Piala FA pusingan pertama di Stadium Darulmakmur Kuantan, malam tadi.

Empat pasukan negeri, 6 kelab mara ke pusingan kedua Piala FA

BERAKSI hampir keseluruhan dengan 10 pemain, pendatang baru Liga Super, FELDA United enggan mengaku kalah sebaliknya tampil berani menyingkirkan Perlis 2-0 pada pusingan pertama Piala FA malam tadi di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Rashid Mamud dan Muhamad Zamri Chin muncul wira buat barisan bimbingan E Elavarasan yang beraksi kurang satu pemain selepas Khairul Anuar Jamil dibuang padang pada minit kelima, apabila masing-masing meledak gol pada minit ke-55 dan 90.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC menewaskan KL SPA 5-0 hasil jaringan babak pertama Shahrizal Saad (m8) dan Hamzani Omar (m24) serta menambah tiga gol lagi pada babak kedua menerusi Shahrizal (m64), Mohd Syafuan Ridwan (m72) dan Mohd Rashid Aya (m87).

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Perak menempah tempat ke pusingan seterusnya apabila menundukkan Polis 4-1 hasil jaringan Akmal Rizal Rakhli (m4), Sharulnizam Mustapha (m31), Mohd Shafiq Jamal (50) dan Razali Umar Kandasamy (m89) manakala gol tunggal Polis dijaringkan Khairul Izuan Abdullah (m59)

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pendahulu Liga Perdana PKNS turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan MP Muar 5-0.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tuan rumah Pahang memusnahkan harapan Sabah dengan kemenangan 2-1.

Di Stadium Olahraga, Pulau Pinang, Terengganu menang tipis 2-1 ke atas USM FC, hasil jaringan Mohd Zarip Hasna (m19) dan Abdul Hadi Yahya (m43) manakala Mohd Baser Napiee (m57) merapatkan jurang buat tuan rumah.
Di Padang Kompleks Nusa Mutiara, Johor, Harimau Muda B mengiringi pasukan lebih senior apabila menewaskan Melodi Jaya 4-0.

Di Stadium MP Selayang, Tentera mengatasi Sarawak 2-0 hasil jaringan Mohd Fauzi Kasim (m49) dan sepakan penalti A Jaganathan (m86).

Di Stadium Batu Kawan, Johor menjaringkan empat gol pada babak kedua ketika membelasah Pulau Pinang 5-1.

Di Stadium Hang Tuah, Sime Darby FC menang 5-0 ke atas Melaka.

Tuesday, February 8, 2011

Tonggak Perlis bebas kecederaan (Metro Online)

Ketua Jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar lega apabila semua tonggak utama Perlis bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan permainan menjelang pertemuan Liga Super dengan Terengganu di Stadium Utama Negeri, Kangar, Jumaat ini.

“Saya bersyukur kerana selepas beraksi dalam dua perlawanan, tiada pemain utama cedera dan digantung permainan.


“Untuk pertemuan menentang Terengganu, kita akan menyenaraikan barisan terbaik bagi memastikan pasukan tidak terus kempunan mengutip mata, apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Namun, beliau tidak menafikan kesukaran melakukan pemilihan barisan pemain.


“Saya perlu mengambil kira tahap kecergasan, semangat dan kesungguhan pemain.


“Selain itu, paling penting ialah keyakinan bahawa mereka yang terpilih mampu memberikan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan,” katanya.

Monday, February 7, 2011

Benteng Perlis lembik (Metro Online)

MANTAPKAN benteng pertahanan, elak mengulangi kesilapan, tajamkan tindakan penyudah, perkemas posisi tengah, pasti pasukan mampu mencatat kejayaan apabila beraksi semula pada Liga Super menentang Terengganu, Jumaat ini.

Demikian antara ingatan keras Ketua Jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar kepada anak buahnya menjelang pertemuan dengan skuad dari Pantai Timur itu pada perlawanan ketiga Liga Super di laman sendiri, Stadium Utama Negeri Kangar.


Katanya, semua perkara itu adalah antara beberapa faktor yang dikenal pasti menerusi program `bedah siasat’ yang dijalankan selepas menerima dua kekalahan berturut-turut kepada Pahang dan Selangor.

Pada perlawanan pertama Singa Utara kecundang, 1-3 sebelum menerima nasib sama kepada juara bertahan, Selangor 0-2, Sabtu lalu.


“Berikutan dua kekalahan itu yang menyaksikan pasukan terus gagal mengutip sebarang mata dan menduduki tangga terbawah carta liga, kita terpaksa melakukan `post mortem’ bagi mengenal punca atau faktor kegagalan itu.


“Hasilnya, kami mendapati ianya adalah berpunca daripada beberapa faktor antaranya kesilapan benteng pertahanan dan kegagalan barisan depan melakukan penyudahan secara berkesan, kekurangan pengalaman dan faktor kegopohan.

“Justeru semuanya perlu ditangani segera bagi memastikan aksi pasukan tidak terus dikecewakan untuk mencatat kejayaan pertama Jumaat ini,” katanya semalam.


Mosthakeen berkata, selain itu, aspek mental, semangat dan keyakinan pemain turut diberi perhatian agar tidak terlalu memikirkan kehebatan pencabar yang bakal dihadapi pada aksi Liga Super selepas ini.

Katanya, apa yang paling penting ialah semua pemain perlu fokus terhadap permainan terutama yang beraksi di posisi pertahanan agar tidak terus mengulangi kesilapan sama ketika tewas kepada Selangor, Sabtu lalu.


“Saya yakin sekiranya semua pemain memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap permainan, impian mencatat kejayaan mampu digapai,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...