Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Robinho. Show all posts
Showing posts with label Robinho. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Milan mara ke suku akhir Piala Itali (Utusan Malaysia Online)

MILAN - AC Milan mengalahkan Bari 3-0 dalam perlawanan Piala Itali, semalam dengan Antonio Cassano tampil buat pertama kali sejak dia menyertai kelab itu daripada Sampdoria.

Zlatan Ibrahimovic dan Alexander Merkel menjaringkan gol pada separuh pertama dan Robinho meledakkan gol ketiga selepas rehat untuk membantu Milan layak ke suku akhir.

Cassano digandingkan bersama Ibrahimovic serta Robinho di bahagian serangan dan pemain itu turut membuka ruang untuk bintang Sweden dan pemain pertahanan, Massimo Oddo sebelum digantikan dengan Andrea Pirlo selepas 65 minit perlawanan berlangsung.

Pertahanan Milan mudah mengawal jentera serangan Bari, tetapi pasukan itu turut mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Vitalii Kutuzov dan Jose Castillo.

"Bermain dengan Cassano mudah kerana dia merupakan pemain yang bijak. Dia seorang pemain yang bekerja keras dan membuat anda bermain lebih baik,'' kata Robinho.

Ibrahimovic mempunyai peluang pertama pada minit ke-17 tetapi penjaga gol Bari, Daniele Padelli berjaya menolak keluar rembatannya itu.

Dua minit berikutnya, Ibrahimovic sekali lagi berjaya menyusup masuk benteng lawan dari sebelah kiri sebelum dia merembat masuk bola untuk gol pembukaan menewaskan Padelli.

Gol kedua Milan disumbangkan oleh Merkel yang disempurnakan dari jari dekat sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bari turut memiliki peluang terbaik sebelum rehat, tetapi percubaan Kutuzov yang menerima hantaran silang Edgar Alvarez tersasar jauh melepasi palang gol.

Robinho menjaringkan gol ketiga menerusi umpanan Merkel yang dihantar tepat ke arahnya pada minit ke-65. - AP

Thursday, September 2, 2010

Robinho sertai AC Milan


http://img.metro.co.uk/i/pix/2009/01/robinhoG_450x350.jpg

AC Milan mencipta kejutan setelah berjaya mendapatkan Robinho dari Manchester City 24 jam sebelum jendela perpindahan pemain ditutup,kelmarin.

Pemain antarabangsa Brazil itu dilaporkan tidak selesa bermain di Eastlands sebelum menghabiskan separuh musim lalu mewakili Santos secara pinjaman.

Menurut kenyataan AC Milan, mereka mengikat kontrak Robinho selama empat tahun secara tetap dari pasukan City.

“AC Milan mengumumkan berjaya mendapatkan khidmat Robinho secara tetap dari City. Pemain Brazil itu diikat selama empat tahun untuk mewakili Rossoneri,” katanya.

Bagaimanapun, kelab Itali itu tidak mendedahkan jumlah bayaran pemain berusia 26 tahun yang pernah mencipta rekod perpindahan termahal British kira-kira RM157 juta selepas menyertai City dari Real Madrid.

Beberapa hari sebelum itu, Milan membawa Zlatan Ibrahimovic dari Barcelona dan kehadiran Robinho bererti Rossoneri memiliki ramai pemain berbakat Brazil seperti Ronaldinho dan Alexandre Pato.

“Milan memiliki pemain cukup gah dan satu pengiktirafan apabila bermain dengan pasukan punyai sejarah besar,” katanya.

--- SINAR HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...