MESKIPUN dilabel sebagai pasukan pilihan, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan tetap merendah diri.
Mereka tidak mahu mengambil mudah pertemuan dengan Johor FC dalam
aksi kedua peringkat Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan
Muhammed ke-IV, Kota Bharu malam ini.
Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu mahu barisan pemainnya
meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan
Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.
“Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu
merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat
meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).
“Walaupun kita pernah menumbangkan mereka dalam saingan Piala FA dan
liga lalu, namun saya tidak akan mengambil mudah pertemuan kali ini.
“Saya tahu Johor FC merupakan sebuah pasukan yang baik dan sukar
untuk dikalahkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, dia yakin Johor FC akan berjuang habis- habisan seterusnya mencipta kejutan untuk menumbangkan skuad The Red
Warriors.
Karathu berkata, para pemainnya sudah bersiap sedia dan tidak sabar
untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut yang merupakan aksi
pertama di gelanggang sendiri.
“Kita akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan ini. Saya
berharap para pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki
dengan menjaringkan gol bagi memastikan kita meraih kemenangan,”
ujarnya.
Dalam pada itu, jurulatih yang kaya dengan pengala- man itu
memberitahu, kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting buatnya untuk
mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.
“Kemenangan dalam perlawanan malam ini akan mencerahkan peluang buat
The Red Warriors mengumpul mata maksimum dan melangkah ke saingan sete-
rusnya,” ujarnya.
----- Kosmo Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.