Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
2011/09/10
KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi tidak sabar memburu tiga mata lagi
apabila melayani kunjungan Johor FC pada perlawanan kedua Kumpulan C di
Stadium Sultan Mohammad ke IV malam ini.
Selepas The Red Warriors mengutip tiga mata dengan membenam Sarawak 2-0 di gelanggang lawan Selasa lalu, pemain disapa Piya itu mengakui dia dan rakan sepasukan sudah bersedia melayan asakan Johor FC, malah mahu menjaringkan gol peribadi selepas melihat Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu menembusi gawang lawan sebelum ini.
Namun lawan ibarat singa luka dan mungkin menukar corak perlawanan, sekali gus mampu memerangkap kami.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.