Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Halim Zainal. Show all posts
Showing posts with label Halim Zainal. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Halim tekad bantu Negeri Sembilan (Harian Metro Online)

SELEPAS diberikan pendedahan selaku pemain utama sepanjang saingan Liga Malaysia musim lalu, pemain muda Negeri Sembilan, Abd Halim Zainal, bertekad menggunakan pengalaman itu sebaik mungkin bagi membantu skuad berkenaan mencapai kejayaan cemerlang pada saingan musim ini yang bakal bermula, 29 Januari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui peluang diberikan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan musim lalu banyak membantunya meningkatkan lagi prestasinya, dan berjanji akan menggunakan pengalaman itu membantu menjulang nama pasukan.

Menurutnya, dia kini lebih yakin menggalas cabaran pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Super yang dijangka lebih mencabar berikutan persiapan setiap pasukan memberi fokus kepada misi mencapai kecemerlangan.

“Saya akui pengalaman pertama musim lalu banyak membantu dalam meningkatkan lagi persembahan dan kini saya lebih yakin menggalas cabaran disandarkan pengurusan pasukan, terutama dalam usaha merealisasikan sasaran meraih tiga kejuaraan iaitu mengekalkan trofi Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.

“Bagi saya sasaran itu boleh dicapai berdasarkan gandingan pemain kebangsaan dan berpengalaman yang menganggotai skuad Negeri Sembilan kali ini, apa pun saya bertekad memberikan sumbangan terbaik dan beraksi pada tahap lebih membanggakan berbanding musim lalu,” katanya semalam.

Abd Halim yang juga adik kepada bekas pertahanan kebangsaan, Faizal Zainal, juga mengakui tidak berdepan masalah bergandingan dengan pemain berpengalaman Idris Karim dan rakan baru, G Mahathevan, di posisi tengah kerana masing-masing memberikan kerjasama sepenuhnya untuk kepentingan pasukan.

Menurut pemain kelahiran Seremban itu, dia berazam melaksanakan tugas dan amanah Wan Jamak bagi menjadikan sasaran pengurusan pasukan sebagai realiti. Malah dia juga mahu mencatatkan nama sebagai antara penjaring gol sepanjang saingan itu nanti.

“Saya ingin mengulangi persembahan terbaik peringkat kumpulan dan suku akhir Piala Malaysia musim lalu dengan menyumbangkan gol dan membantu Negeri Sembilan mara sejauh mungkin,” katanya.

Thursday, November 4, 2010

Halim gah pikat Rajagobal (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil

PANGGILAN jurulatih kebangsaan, K Rajagobal, membuatkan pemain muda Negeri Sembilan yang kian menunjukkan peningkatan, Abd Halim Zainal, sedikit teruja kerana buat kali pertama menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan piala AFF, Disember nanti.

Walaupun tidak berpeluang menyertai kumpulan bagi menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, namun penyertaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF sudah cukup bermakna buatnya kerana impian bersama skuad kebangsaan dan mewakili negara di pentas antarabangsa kian menjadi kenyataan.

“Saya tidak menyangka dapat menyertai skuad kebangsaan walaupun baru beraksi dalam skuad utama Negeri Sembilan ketika persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang baru saja berakhir.

“Namun, saya bersyukur kerana penyertaan dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF cukup bermakna dan ia adalah lembaran baru buat saya untuk menjadi pemain yang lebih berjaya pada masa depan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...