Oleh Bashah Zainol Abidin
PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zambri sudah menemui kembali
sentuhan penyudahnya setelah berjaya merobek gawang Johor dan malam ini
berazam mencatat kemenangan kedua ke atas Sabah di Kota Kinabalu.
Menurutnya, dia kini semakin yakin dengan kemampuannya setelah gagal
berbuat demikian pada beberapa perlawanan Liga Super selepas berehat
panjang kerana menjalani pembedahan lutut kanan.
“Sebelum ini saya agak rahu-ragu tetapi selepas menjaringkan satu gol ke atas Johor, keyakinan saya semakin bertambah.
“Setelah Wan Jamak mengambil tugasan dari Ahmad Yusoff, saya rasakan
permainan pasukan Kedah bertambah teratur berbandingan perlawanan awal
Liga Super.
“Saya percaya Kedah akan menyerlah sepanjang kempen Piala Malaysia ini,” kata Khyril.
Katanya, latihan keras Wan Jamak berjaya membentuk persiapan fizikal dan ini antara faktor pasukan nampak cergas sepanjang permainan.
“Kehadiran Amar Rohidan dan Azmizi Aziz yang beraksi untuk Perlis,
memantapkan lagi bahagian tengah dan ini membuka banyak ruang kepada
saya dan Badrul Bakhtiar menjaringkan gol.
Mengenai Sabah, Khyril sedar pasukan itu mantap dan sukar dijinakkan apabila beraksi di tempat mereka di Stadium Likas.
“Apapun kemenangan pertama lalu, pasti membakar semangat rakan
sepasukan untuk meneruskan momentum kejayaan pada perlawanan malam ini,”
katanya.
----- Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.