Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts
Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Torres pasti bangkit (Metro Online)

LONDON: Carlo Ancelotti yakin Fernando Torres (gambar) akan segera bangkit membuktikan nilai pembelian �50 juta (RM245.1 juta) ke atasnya berbaloi sekali gus menutup kekalahan memalukan pada perlawanan pertama bersama Chelsea yang menyaksikan kelab barunya tewas 0-1 kepada kelab lama, Liverpool.

Torres bagaikan tidak dapat melakukan apa-apa ketika Liverpool meraikan detik manis membalas dendam terhadap bekas idola mereka, hanya tujuh hari selepas perpindahan kontroversi di Britain, dari Anfield ke Stamford Bridge.


Ironinya, peminat Liverpool bersorak keriangan ketika penyerang Sepanyol itu dikeluarkan pada minit ke-66 dengan Torres pasti tidak menyangka penampilan pertamanya begitu buruk.

Torres gagal mencipta gandingan serasi bersama Didier Drogba sejak awal terutamanya ketika dia gagal merembat tepat ke gawang Liverpool yang dikawal Pepe Reina, hingga diejek peminat pada minit kedua sekali gus meneruskan aksi hambar hampir musim ini bersama Liverpool.


Setakat ini, Ancelotti tetap berkeras menyatakan Torres mempamer aksi melebihi jangkaannya selepas hanya tiga hari berlatih dan pengurus Chelsea itu yakin penyerang Sepanyol itu akan bangkit selepas berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran.


“Torres melakukan tugas dengan baik tapi kami berdepan kesukaran mencari ruang kosong kerana Liverpool bertahan dengan cemerlang. Mereka meletakkan tiga pertahanan di tengah dan kami langsung tidak dapat menyerang mereka,” kata Ancelotti.

“Fernando cuba melakukan sesuatu, dia bergerak dengan baik dan sudah melaksanakan tugas dengan amat baik.


“Saya mengeluarkannya kerana minggu ini amat sibuk. Saya tidak fikir tindakan menurunkannya sebagai kesebelasan utama satu kesilapan.” - AFP

Sunday, February 6, 2011

Harga Torres lebih mahal (Kosmo Online)

LONDON - Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez menjelaskan bahawa skuad The Reds sepatutnya menjual Fernando Torres dengan harga £70 juta (RM343.2 juta) ketika dia menjadi pengendali kelab tersebut.

Torres yang dibeli oleh Benitez pada 2006, meninggalkan Anfield dan menyertai Chelsea dengan harga £50 juta (RM246.5 juta) pada saat-saat akhir musim perpindahan bulan lalu.

Bagaimanapun, Benitez berkata: "Ketika saya menjadi pengurus, orang selalu kata saya akan menerima tawaran dari kelab lain ke atas Torres.

"Harganya bukan £50 juta seperti di jual baru-baru ini tetapi £70 juta.

"Mungkin saya patut menjualnya ketika bersama kelab itu dulu, itu pun jika tawaran itu betul-betul dibuat pada masa itu," kata Benitez.

Mengenai kariernya ketika ini, Benitez yang dipecat daripada menjadi jurulatih Inter Milan menjelaskan: "Untuk menjadi pengurus bersama kelab seperti Liverpool, ia adalah satu impian.

"Bilakah masanya? Itu adalah satu persoalan tetapi saya perlu memandang ke depan dan lupakan apa yang telah terjadi," ujarnya.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu yang meninggalkan Inter pada Disember lalu juga tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali ke Anfield suatu hari nanti. - Agensi

Torres sedih dilabel kaki pembelot (Kosmo Online)



TORRES (kanan) bergambar bersama pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pada sidang media khas di Cobham, England kelmarin.


LONDON - "Saya bukan kaki pembelot."

Demikian tegas bintang baru Chelsea, Fernando Torres menjelang pertemuan menentang bekas kelabnya, Liverpool pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Terdahulu, penyerang antarabangsa Sepanyol itu telah dikritik hebat oleh beberapa pemain legenda Liverpool kerana meninggalkan Anfield dan menyertai Chelsea dengan harga £50 juta (RM246.5 juta).

Begitupun, Torres yang dijangka membuat penampilan sulungnya bersama skuad The Blues malam ini berkata: "Saya tidak rasa ia adil untuk memanggil saya sebagai pembelot, meskipun ia adalah pandangan mereka.

"Saya tidak akan berkata buruk tentang mana-mana bekas pemain Liverpool atau pegawai kelab itu. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu.

"Tetapi perkataan pembelot itu tidak masuk akal langsung. Saya mengharungi tiga musim yang menakjubkan di sana (Anfield).

"Saya sanggup melepaskan gaji yang tinggi, menjaringkan banyak gol dan beraksi dengan baik bersama Liverpool. Saya gembira dengan apa yang yang telah saya lakukan di sana.

"Saya faham ia situasi yang sukar tetapi saya harus fikir tentang karier saya sebagai pemain bola sepak. Ia satu langkah ke hadapan dan semua orang bersetuju dengan pendapat saya," kata Torres.

Menurut Torres, kapten Liverpool, Steven Gerrard yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum ini turut bersetuju dengan keputusannya untuk berhijrah.

"Stevie adalah orang pertama yang menelefon saya dan menyokong saya," kata Torres.

"Sama ada saya pergi atau kekal di Anfield, dia tetap membantu dan menyokong saya, mungkin kerana dia pernah merasai situasi yang sama suatu ketika dulu."- Agensi

Wednesday, February 2, 2011

Torres cetus kemarahan di Anfield (Berita Harian Online)

2011/02/02

PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.
PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.

PEMERGIANNYA ke Chelsea mungkin mengukir sejarah sebagai pemain ketiga termahal dunia tetapi selepas membuat peminat Liverpool tertanya-tanya, tindakan Fernando Torres itu mencipta musuh baru di kalangan peminat setia Anfield.

Torres mungkin menyarung jersi biru Chelsea dan berdepan Liverpool apabila kedua-dua kelab bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge Ahad ini tetapi penyerang Sepanyol itu mungkin diberi sambutan dingin oleh penyokong setia Reds yang memujanya sejak dia berpindah dari Atletico Madrid pada 2007.

Torres sah menjadi pemain ketiga termahal dunia dengan bayaran perpindahan mencecah 50 juta pound (RM250 juta), kira-kira setengah jam sebelum tempoh jendela perpindahan berakhir semalam, dengan kontrak baru lima tahun setengah, dibelakang jumlah dibayar Real Madrid untuk membeli Cristiano Ronaldo dan perancang Brazil, Kaka pada 2009.

Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ini dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009.

“Saya amat gembira dengan perpindahan ke Chelsea dan berharap dapat membantu rakan baru musim ini serta untuk beberapa tahun akan datang,” kata Torres.

“Selepas menentang Chelsea beberapa kali sejak datang ke England, saya tahu ada ramai pemain hebat di sini dan saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting bagi menggembirakan penyokong musim ini,” kata penjaring 81 gol untuk Liverpool itu.

“Saya pasti saya melakukan satu langkah besar ke depan dalam karier dengan menyertai kelab seperti Chelsea.
Saya hanya mahu berada pada tahap sepatutnya bagi saya. Ini kelab yang hebat dan setiap orang menjangkakan yang terbaik dari saya, saya sudah bersedia dengan cabaran itu.” - Agensi

Monday, November 1, 2010

City takkan lepas Torres (Utusan Malaysia Online)



Fernando Torres


LIVERPOOL - Manchester City berikrar tidak akan membenarkan sesiapa pun menghalang mereka daripada mendapatkan penyerang Liverpool, Fernando Torres tahun depan.

Penasihat bintang Torres, Bahia International mengesahkan, sudah dihubungi oleh City yang meminta mereka terus memaklumkan sebarang perkembangan mengenai pemain antarabangsa Sepanyol itu, termasuk belanja yang perlu dikeluarkan, ujar akhbar, The People.

City, yang berdepan potensi kehilangan bintang penyerang Argentina, Carlos Tevez, musim depan melihat 50 juta pound (RM249.4 juta) sebagai nilai yang ideal untuk membeli Torres.

"Mereka bersedia membayar 1 pound lebih banyak daripada mana-mana tawaran terbaik yang datang untuk mendapatkan Torres.

"City mahu merangka projek baru bersama Torres sebagai bintang utama mereka. Musim depan, sasaran mereka adalah bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana sebaik kempen bermula,'' menurut satu sumber rapat Torres.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, kapten Argentina yang juga bekas rakan sepasukan Torres di Liverpool, Javier Mascherano berharap dia dapat bergandingan semula dengan penyerang Sepanyol itu di Barcelona.

Mascherano dijual ke Barcelona dengan bayaran 17.25 juta (RM86 juta) musim ini ekoran keengganannya untuk beraksi buat Liverpool ketika pasukan itu kalah 3-0 kepada City dalam perlawanan Liga Perdana, Ogos lalu.

Barcelona dikatakan turut memantau perkembangan Torres, yang dipercayai amat kecewa sepanjang berada di bawah bimbingan Roy Hodgson, meskipun pemilik baru kelab, John Henry menegaskan dia tidak akan membenarkan mana-mana pemain bintang dijual.

Mascherano, 26, ingin sekali melihat Torres bergabung dengannya di Barca, namun dia sedar perjanjian mungkin sukar untuk dimeterai kerana pemain antarabangsa Sepanyol itu setia dengan Anfield.

"Torres adalah pemain yang amat bagus, dia boleh bermain dengan mana-mana kelab. Saya mahu sangat melihat dia beraksi di Barca tetapi saya tidak tahu apakah itu mustahil atau tidak,'' kata pemain tengah Argentina itu. - Agensi

Thursday, August 5, 2010

Torres setia bersama Liverpool (Kosmo)


Torres masih gembira berada di Anfield.


LIVERPOOL – Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mengakui dia akan kekal di Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya akan kekal di sini (Liver- pool),” kata Torres semalam.

Sebelum ini, masa depan penyerang Liverpool itu menjadi tanda tanya selepas Chelsea dan Manchester City menyuarakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada saingan musim ini.

Begitupun, Torres, 26, hanya mengambil masa 24 jam selepas kembali ke Anfield untuk menjelaskan mengenai masa depannya bersama skuad The Reds.

“Komitmen dan kesetiaan saya hanya untuk kelab ini dan juga penyokong setia kelab ini. Ia tidak berubah sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini.

“Saya gembira kerana dapat kembali semula ke sini selepas bercuti dan berasa senang hati untuk kekal bersama rakan-raka sepasukan. Saya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran sete- rusnya,” kata Torres.

Keputusan Torres itu pasti menjadi berita gembira dalam menarik minat pelabur untuk membeli aset kelab itu dengan harta- wan dari China, Kenny Huang berada dalam senarai teratas.

Chelsea begitu mahukan Torres dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England manakala City pula memerlukan Torres bagi memantapkan pasukan mereka.

“Sejak hari pertama, saya telah menerima sambutan yang baik daripada Steven Gerrard dan Ja- mie Carragher. Ia menjadikan seolah-olah saya di tempat sendiri dan para penyokong begitu menyukai saya.

“Liverpool merupakan kelab terbaik di negara ini dan harapan semua cukup tinggi. Harap kami dapat mengekalkan tahap kami dan bersaing hebat merebut mana-mana kejuaraan,” jelas Torres. – Agensi

Tuesday, March 2, 2010

Gerrard, Torres pamer sengat (Berita Harian)

LONDON: Gandingan Steven Gerrard dan Fernando Torres mencipta gemilang buat Liverpool apabila menewaskan Blackburn Rovers 2-1, awal pagi tadi untuk terus menyalakan impian mengintai tiket ke Liga Juara-Juara.

Gerrard membuka tirai jaringan minit ke-20 tetapi pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1, lima minit sebelum tamat babak pertama menerusi Keith Andrews sebelum Torres yang kembali daripada kecederaan lama memberi isyarat dia mampu menggegar dengan jaringan minit ke-44.

Sementara itu, Tottenham Hotspur berjaya mendapatkan tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 2-1 di White Hart Lane menerusi gol babak pertama daripada penyerang Russia, Roman Pavlyuchenko dan Luka Modric pada minit ke-11 dan 28.

Everton mendapat gol menerusi Ayegbeni Yakubu pada minit ke-55 tetapi usaha itu belum cukup bagi mengintai peluang merampas satu mata walaupun pelawat memiliki beberapa peluang.

City pula garang apabila menewaskan Chelsea 4-2 di Stamford Bridge, kelmarin untuk menamatkan rentetan tanpa kalah di halaman sendiri daripada 38 perlawanan.

Gol pertama Tottenham berpunca daripada hantaran paras bawah oleh Jermain Defoe sebelum Pavlyuchenko yang tidak dikawal menolak masuk untuk jaringan keenamnya daripada empat perlawanan lalu.

Dalam perlawanan lain, Sunderland dan Fulham seri 0-0. - AFP

Torres hampakan Blackburn, Liverpool menang 2-1

LIVERPOOL 1 Mac - Fernando Torres memulakan aksi Liga Perdana England 2010 dengan persembahan cemerlang apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Blackburn di Anfield, lewat malam semalam.

Khidmat Torres sebelum ini terpaksa diketepikan apabila penyerang sensasi Reds itu dibelenggu masalah kecederaan.

Namun semalam dia berjaya memberi sumbangan bermakna buat pasukan bimbingan Rafa Benitez untuk memburu tempat keempat liga, sekali gus layak ke persaingan Liga Juara-Juara, musim depan. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...