Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label USA - Los Angeles Galaxy. Show all posts
Showing posts with label USA - Los Angeles Galaxy. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Penamat buat Beckham (Utusan Malaysia)



David Beckham yang mengerang kesakitan diusung keluar padang oleh pegawai-pegawai pasukan AC Milan selepas rebah di padang gara-gara kecederaan ketika menentang Chievo, kelmarin. - AP


MILAN - Hajat David Beckham untuk menjadi pemain England pertama beraksi dalam empat Piala Dunia sudah musnah selepas mengalami kecederaan achilles tendon (pembuluh darah) achilles ketika membantu AC Milan menentang Chievo, kelmarin.

Bekas ketua pasukan England itu mengalami kecederaan menuju ke penghujung perlawanan, yang berkesudahan Milan menang 1-0.

Fisioterapi kelab, Jean Pierre Meersseman memberitahu stesen televisyen Itali, Sky TV bahawa Beckham terbang ke Finland semalam untuk menjalani pembedahan, di mana dia akan dirawat oleh pakar bedah, Sakari Orava.

"Dia berlepas ke Finland dan mungkin akan dibedah Selasa pagi,'' kata Meersseman.

Ini adalah kali kedua Beckham beraksi di Milan menerusi pinjaman dari Los Angeles Galaxy dalam usaha menarik perhatian jurulatih, Fabio Capello untuk diserapkan dalam skuad Piala Dunia.

Malangnya, kecederaan terbaru ini bakal membawa ke penghujung karier bintang tengah itu di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 34 tahun itu semakin kurang peranan dalam skuad kerana kebanyakan masa diturunkan sebagai pemain gantian, namun sejak akhir-akhir ini dia berjaya membawa impak setiap kali dibawa masuk.

Kecederaan tersebut dialami Beckham ketika sedang bersendirian mengawal bola di kaki. Dia tiba-tiba berasa sakit dan sedar ada ada masalah di tumit kirinya.

Beckham kemudian mengangkat tangan sebagai tanda meminta bantuan perubatan selepas sedar kecederaan yang dialami adalah serius.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu dilihat berada dalam kesakitan ketika dibawa keluar untuk rawatan, meninggalkan Milan meneruskan perlawanan dengan 10 pemain kerana sudah menggunakan semua tiga pemain simpanannya.

"Dia mula merasakan ototnya menegang, itu merupakan simptom biasa apabila tendon achilles anda pecah.

"Ini adalah satu tamparan hebat buatnya dan pasukan,'' ujar jurulatih Milan, Leonardo kepada Sky TV.

Sky TV turut melaporkan, Beckham memberitahu pegawai perubatan: "Ia pecah, ia pecah,'' ketika dibawa keluar dari padang.

"Dia kelihatan menanggung kesakitan yang teramat. Ini sangat teruk,'' ujar pemain tengah Milan, Clarence Seedorf.

Kembali dalam kesebelasan utama selepas Milan dibelasah 4-0 oleh Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu, Beckham juga mengalami luka yang dalam di pipi kanannya selepas berlaga dengan pemain lawan pada babak pertama.

Ketika kedudukan masih terikat 0-0, Beckham hampir menjaringkan gol pada minit ke-84 tetapi penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino berjaya mengekang percubaan jarak dekatnya.

"Dia amat kesakitan dan tidak banyak bercakap,'' kata rakan sepasukan Beckham, Ignazio Abate.

Dengan membuat 115 kemunculan bersama England, Beckham memegang rekod pemain paling banyak beraksi buat skuad negaranya.

"Dia mungkin terpaksa berehat lima atau enam bulan. Saya nampak dia sangat menderita. Dalam bilik persalinan, saya memeluknya dan beritahu, dia akan menyertai kami musim depan.

"Dia beraksi di Milan dengan harapan dapat menarik perhatian Capello untuk beraksi pada Piala Dunia. Malangnya, inilah bola sepak, namun dia punya semangat yang kuat,'' kata naib presiden Adriano Galliani. - AP

Sunday, March 7, 2010

Everton nak 'simpan' Donovan

LIVERPOOL: Everton berhajat melanjutkan khidmat pemain yang dipinjamkan dari Amerika Syarikat, Landon Donovan lebih daripada 10 minggu seperti yang tertakluk dalam perjanjian sebelum ini, namun jurulatih Los Angeles Galaxy, Bruce Arena berkata, dia tidak bercadang meluluskan permohonan itu.

Donovan memberi impak besar dalam kancah Liga Perdana Inggeris membolehkannya meraih pujian daripada pengurus pasukan, David Moyes serta penyokong Goodison Park, yang sudah pun memulakan kempen di laman sosial Facebook untuk mendesaknya terus kekal di London.

“Saya berminat mengekalkan Landon di sini dan di Amerika pada awalnya, mereka mungkin akan menyatakan ‘ya’,” kata Moyes. “Landon juga berminat untuk terus berada di sini, jadi ia kelihatan semua yang terbabit saling berminat.”

“Tetapi saya masih belum mendapat sebarang pengesahan lagi. Saya tidak boleh mengesahkan apa yang akan berlaku dan apabila keputusan dicapai, saya akan maklumkan.”

Donovan dipinjamkan kepada Everton pada bulan Januari lalu dan dia masih memiliki baki dua perlawanan bersama kelab itu iaitu menentang Hull esok, dan di Birmingham 13 Mac ini. Dia di jangka kembali ke Galaxy pada 15 Mac, 12 hari sebelum perlawanan pembukaan Liga Utama Bola Sepak Amerika, menentang New England. - AP


--- BERITA HARIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...