Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Malaysia Vs Chelsea 2011. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Vs Chelsea 2011. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Famirul teruja tersenarai skuad negara

Oleh Asrol Awang

PEMAIN tengah Pahang, Famirul Asyraf Sayuti mengaku teruja apabila disenaraikan antara 29 pelatih yang akan memperkuatkan barisan skuad negara menghadapi kelab bola sepak EPL, Chelsea pada 21 Julai ini.

Pada masa sama, lawan Harimau Malaya bukannya calang-calang pasukan kerana dibarisi pemain terbaik dunia dan semestinya peluang itu memberi pengalaman berharga untuk menjadi seorang pemain profesional berwibawa.

Justeru, pemain tengah Pahang itu yang kali pertama dipanggil menyertai skuad negara tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu biarpun sedar laluan getir bakal dihadapi.

“Saya akui cabaran kini ialah untuk bersaing dengan pemain yang lebih senior dan berpengalaman. Tapi, ia tidak bermakna peluang untuk menyarung jersi negara dan beraksi di peringkat lebih tinggi tertutup.

“Oleh itu, saya akan meyakinkan jurulatih bahawa panggilan beliau kepada saya bukan satu kesilapan,” kata pemain berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.

Famirul yang pernah beraksi bersama Kuala Muda Naza pada 2009 sebelum berhijrah ke Pahang pada 2010 berkata, peluang itu tidak akan dipersiakan bagi mengembangkan lagi kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Sebagai pemain muda, kehadirannya bersama rakan sepelatih lain memberi pengalaman baru.

“Saya harap pengalaman pertama menjalani latihan dalam skuad negara meyakinkan saya untuk beraksi lebih baik lagi,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Famirul adalah satu-satunya pemain Pahang yang terpilih menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

----- Harian Metro Online

Saturday, July 9, 2011

Amri, Hairuddin dipanggil hadapi Chelsea

KUALA LUMPUR - Dua bekas pemain kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah dan Hairuddin Omar berpeluang membolosi gawang gergasi Liga Perdana England sekali lagi apabila kedua-dua mereka dipanggil jurulatih, Ong Kim Swee untuk menyertai pemilihan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Chelsea, 21 Julai ini.

Penyerang Selangor, Mohd. Amri pastinya diingati bagaimana rembatan voli jarak jauhnya membolosi gawang Manchester United yang dikemudi bekas penjaga golnya, Edwin van der Sar, dua tahun lalu.

Malah, dia juga menghukum kecuaian Darron Gibson yang cuba membuat hantaran ke belakang kepada Ben Foster, walaupun Malaysia tewas tipis 2-3 dalam perlawanan itu.

Hairuddin, penyerang Negeri Sembilan, pula merupakan penjaring gol sulung menerusi tandukan kencang ketika Malaysia tewas 1-4 di tangan Chelsea pada 2003.

Namun, sebelum memasang impian menyarung semula jersi kebangsaan, mereka terlebih dahulu perlu membuktikan kemampuan diri masing-masing daripada sekumpulan besar 23 pemain bukan skuad Olimpik yang turut dipanggil Kim Swee.

Kim Swee bakal menggandingkan kumpulan pemain tersebut dengan 16 lagi pemain skuad Harimau Muda A bimbingannya bagi membentuk pasukan pilihan Malaysia mantap untuk berentap dengan The Blues.

"Seramai 11 daripada 23 yang terpilih itu merupakan pemain bawah 22 tahun yang juga saya akan pertimbangkan untuk diserap ke dalam skuad Olimpik dan Sukan SEA.

"Langkah itu adalah perlu memandangkan ketiadaan beberapa tonggak skuad Olimpik yang juga diperlukan untuk skuad senior kebangsaan,

"Bayangkan barisan belakang kami tanpa Mahali (Jasuli), Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Muslim (Ahmad), Fadhli (Shas)... maka barisan alternatif perlu dicari kerana andai Malaysia menewaskan Singapura pada kelayakan Piala Dunia nanti, mereka akan terus diperlukan untuk Harimau Malaya," katanya kepada pemberita, semalam.

Kesemua 39 pemain yang dipanggil akan melapor diri untuk menjalani latihan berpusat di Wisma FAM, Isnin ini.

Kim Swee dijangka menamakan skuad bertemu Chelsea tiga atau empat hari sebelum tarikh perlawanan. Dia bagaimanapun tidak terlalu runsing memikirkan mengenai perlawanan Chelsea, kerana keutamaan tetap kepada kelayakan Olimpik.

"Pertembungan Chelsea hanya merupakan satu lagi perlawanan, semudah itu. Saya tidak terlalu mementingkan perlawanan tersebut, namun adalah bagus untuk para pemain menimba pengalaman beraksi menentang lawan bertaraf dunia.

"Pada akhirnya, pusingan akhir kelayakan Olimpik adalah menjadi keutamaan," katanya yang akan menyenaraikan 25 pemain untuk menjalani latihan di Slovakia selama sebulan iaitu 23 Julai hingga 28 Ogos ini.

----- Utusan Malaysia Online

Thursday, July 7, 2011

Ong Uji 11 Pemain Baru Untuk Diserap Dalam Skuad Olimpik Malaysia

07 Julai, 2011 17:02 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee akan menguji 11 pemain dari Liga Malaysia untuk digandingkan bersama 18 pemain dalam skuad Olimpik negara dalam usaha mencari barisan terbaik menentang Chelsea pada perlawanan persahabatan di sini pada 21 Jun ini.

Ong berkata selain menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk menguji 11 pemain tersebut untuk diserap ke dalam skuad Harimau Muda A iaitu skuad Olimpik negara.

"Pemain-pemain baru tersebut boleh diserap dalam skuad Olimpik, asalkan mereka didaftarkan tujuh hari sebelum sesuatu perlawanan," katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.

Seramai 11 pemain itu dari pasukan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur, Pahang dan PKNS Selangor akan melaporkan diri untuk latihan pusat bersama skuad Olimpik di Wisma FAM, Kelana Jaya, mulai Isnin ini.

Selepas perlawanan menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 21 Jun ini, skuad Olimpik akan kembali mengikuti latihan pusat sebelum berlepas ke Slovakia untuk siri latihan dan perlawanan persahabatan dari 23 Julai hingga 28 Ogos ini.

Skuad Olimpik diberi kesempatan untuk menguji Chelsea selepas skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K.Rajagobal terpaksa memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Singapura bagi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 Julai dan 28 Julai ini.

Skuad kebangsaan akan terbabit dalam perlawanan persahabatan menentang dua lagi kelab EPL iaitu Arsenal (13 Julai) dan Liverpool (16 Julai) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan kelayakan pusingan Olimpik zon Asia, Malaysia diletakkan dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama sebelum menyingkirkan Lubnan dengan agregat 2-1 pada pusingan kedua.

Dalam undian psuingan ketiga di sini pada Khamis, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun.

Skuad bola sepak negara pertama kali layak ke pusingan akhir temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 dan kali terakhir pada Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada ketika itu.

Pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008, Malaysia berada di tempat ketiga di belakang Syria dan Jepun dalam saingan peringkat kumpulan.

Senarai pemain baru:

Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan), Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Syazwan Mohd Roslan (Perak), Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mohd Syazwan Zainon, Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Mohd Azrif Nasrulhaq, Mohd Khairul Akhyar (PKNS).

Skuad Olimpik:

Abdul Shukor Jusoh, Gary Stevan a/l Robbat, Izzaq Faris Ramlan, Mohamad Amer Saidin, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, K. Sasikumar, Syahrul Azwari Ibrahim, A. Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin.

-- BERNAMA

Thursday, May 19, 2011

Chelsea jadi kayu ukur (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/05/19

SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan  Rajagobal   (dua dari kiri) pada majlis  pelancaran tiket perlawanan Malaysia-Chelsea, di Kuala Lumpur, malam tadi.
SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan Rajagobal (dua dari kiri) pada majlis pelancaran tiket perlawanan Malaysia-Chelsea, di Kuala Lumpur, malam tadi.
PERLAWANAN persahabatan antara Malaysia dan kelab gergasi Inggeris, Chelsea harus dilihat sebagai kayu ukur kemampuan sebenar skuad kebangsaan selepas kejayaan menjuarai dua kejohanan besar di Asia Tenggara.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal sendiri akan cuba sedaya upaya mengumpul skuad terbaik untuk perlawanan berkenaan bagi menilai sejauh mana kemampuan pemain negara berdepan pasukan handalan seperti Chelsea.

“Peluang ini saya akan gunakan untuk melihat sejauh mana permainan kita berusaha memberi saingan terbaik kepada lawan,” kata Rajagobal kepada wartawan selepas majlis pelancaran tiket perlawanan Malaysia-Chelsea di ibu kota semalam.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 21 Julai jam 8.45 malam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam berkata, dia menjangkakan lebih ramai penonton tahun ini kerana mutu permainan pasukan kebangsaan yang semakin meningkat. Syarikat berkenaan bertanggungjawab mempromosi perlawanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dan beberapa perlawanan besar lain sebelum ini.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket terhad VIP, RM388 akan mula dijual esok sehingga 29 Jun di cawangan Adidas terpilih seluruh ibu negara. Peminat boleh mendapatkan tiket di cawangan Ticketpro, atau hubungi talian 03-7880799 dan menerusi laman web www.ticketpro.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...