Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label England - Everton FC. Show all posts
Showing posts with label England - Everton FC. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Moyes pertahankan dirinya dan Everton

LIVERPOOL: Pengurus Everton, David Moyes berkata beliau terpaksa mempertahankan “integriti” ketika perbalahan antara bos Toffees dan rakan seperjuangannya dari Arsenal, Arsene Wenger mengenai kapten Gunners, Cesc Fabregas memuncak, kelmarin.

Moyes menegaskan selepas kemenangan Arsenal 2-1 ke atas Everton di Stadium Emirates Selasa lalu bahawa pemain tengah Sepanyol itu patut dibuang padang pada babak pertama kerana komen berlebihan kepada pegawai perlawanan di terowong.


Ketika itu Arsenal ketinggalan 1-0 hasil gol Louis Saha yang Moyes sendiri mengakui berada dalam keadaan ofsaid.

Wenger, pasukannya berada di tangga kedua Liga Perdana, bertindak balas terhadap komen Moyes selepas perlawanan itu dengan berkata “adalah salah buat Moyes untuk memperkatakan apa yang didakwanya didengarnya di dalam terowong”.


Bagaimanapun, Moyes membalas kelmarin: “Saya perlu mempertahankan integriti Everton dan David Moyes.


“Saya dikatakan tidak melihatnya atau mendengarnya.

“Tapi saya berada di sana dan saya saksikannya dan mendengarnya.” - AFP

--- HARIAN METRO

Tuesday, March 9, 2010

Everton berpesta gol


DONOVAN turut mencatat nama sebagai penjaring ketika Everton menang 5-1 ke atas Hull semalam.


LONDON - David Moyes tidak menjangkakan skuad bimbingannya, Everton berjaya membelasah Hull 5-1 pada aksi tunggal Liga Perdana England di laman sendiri awal pagi semalam.

"Adakah ia lima gol? Saya ingat- kan enam gol. Kami telah mempamerkan aksi yang cukup baik berdepan pasukan kuat tetapi gagal melakukannya ketika berdepan pasukan bawahan liga.

"Apa pun kami berjaya membuatkan penyokong yang hadir gembira. Harap kami dapat mengekalkan gaya permainan seperti ini sehingga penghujung musim," kata Moyes.

Pengurus Everton itu turut memuji dua pemainnya, Mikel Arteta dan Landon Donovan yang dipinjam dari LA Galaxy.

"Arteta telah melakukan yang terbaik dan menjaringkan gol yang menarik. Bagaimanapun, saya tidak rasa yang dia sudah kembali kepada prestasi asalnya sebelum mengalami kecederaan.

"Saya juga mahu Donovan kekal lama di sini dan saya rasa dia juga mahu kekal bersama kami. Tetapi ia hanyalah pinjaman selama dua bulan dan kami kena hormati perjanjian jika kelabnya mahukan Donovan kembali," ujar Moyes.

Pada perlawanan tersebut, lima gol Everton dijaringkan Arteta (17 dan 39), gol sendiri Richard Garcia (51), Donovan (82) dan Jack Rod- well (86) manakala jaringan tunggal Hull dihasilkan Tom Cairney (32). - Agensi

--- KOSMO

Sunday, March 7, 2010

Everton nak 'simpan' Donovan

LIVERPOOL: Everton berhajat melanjutkan khidmat pemain yang dipinjamkan dari Amerika Syarikat, Landon Donovan lebih daripada 10 minggu seperti yang tertakluk dalam perjanjian sebelum ini, namun jurulatih Los Angeles Galaxy, Bruce Arena berkata, dia tidak bercadang meluluskan permohonan itu.

Donovan memberi impak besar dalam kancah Liga Perdana Inggeris membolehkannya meraih pujian daripada pengurus pasukan, David Moyes serta penyokong Goodison Park, yang sudah pun memulakan kempen di laman sosial Facebook untuk mendesaknya terus kekal di London.

“Saya berminat mengekalkan Landon di sini dan di Amerika pada awalnya, mereka mungkin akan menyatakan ‘ya’,” kata Moyes. “Landon juga berminat untuk terus berada di sini, jadi ia kelihatan semua yang terbabit saling berminat.”

“Tetapi saya masih belum mendapat sebarang pengesahan lagi. Saya tidak boleh mengesahkan apa yang akan berlaku dan apabila keputusan dicapai, saya akan maklumkan.”

Donovan dipinjamkan kepada Everton pada bulan Januari lalu dan dia masih memiliki baki dua perlawanan bersama kelab itu iaitu menentang Hull esok, dan di Birmingham 13 Mac ini. Dia di jangka kembali ke Galaxy pada 15 Mac, 12 hari sebelum perlawanan pembukaan Liga Utama Bola Sepak Amerika, menentang New England. - AP


--- BERITA HARIAN

Sunday, February 21, 2010

Man. United tumbang di Goodison Park


PEMAIN pertahanan Manchester United, Gary Neville (kiri) dan Darren Fletcher tidak mampu menahan asakan penyerang Everton, Landon Donovan (kanan) dalam saingan Liga Perdana England di Goodison Park, semalam. Everton menang 3-1. - AFP


LONDON – Hasrat menggunung Manchester United untuk merampas semula tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kempunan selepas tewas 1-3 kepada Everton, semalam.Dua pemain gantian, Dan Gosling dan Jack Rodwell yang dibawa masuk David Moyes pada separuh masa kedua berjaya menghukum kelemahan benteng United.

Everton terlebih dahulu membuat ancaman pada minit ke-14 melalui bekas penyerang United, Louis Saha yang melakukan rembatan dari jarak dekat tetapi berjaya ditangkap kemas Edwin van der Sar.

Bagaimanapun, dua minit selepas itu, United berjaya di depan melalui jaringan Dimitar Berbatov hasil hantaran lintang rendah Antonio Valencia.

Berbatov merembat kencang bola dalam petak penalti walaupun cuba disekat pertahanan Everton, Slyvian Distin.

Kegembiraan United tidak berpanjangan apabila Everton berjaya menyamai kedudukan pada minit ke-19 menerusi rembatan rendah cantik, pemain tengah mereka Diniyar Bilyaletdinov.

Anak buah Moyes pula tidak berputus asa dengan melancarkan serangan bertali arus dan hampir di depan sebelum separuh masa pertama tamat.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua pemain gantian Everton, Gosling menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-76.

Everton menambah gol ketiga di minit akhir perlawanan hasil penyudah cantik pemain gantian, Rodwell di dalam petak penalti.

“Kami ditewaskan dengan baik sekali, semudah mungkin. Kami memulakan perlawanan dengan baik tetapi jaringan yang mereka lakukan memberi kelebihan buat mereka.

“Anda sudah pasti tidak mahu melepaskan gol dengan pantas selepas mendahului perlawanan tetapi kesannya terasa pada separuh masa kedua.

“Saya sangat kecewa dan pemain juga kecewa. Mereka juga manusia, mereka beraksi untuk Manchester United,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan Manchester United,”

“Bagaimanapun kami telah menewaskan Chelsea dan Manchester United di tempat sendiri.

“Salah satu sebab utama ialah kami berjaya mencari gol penyamaan selepas mereka menjaringkan gol dan kami amat memerlukannya kerana mereka bermula dengan baik sedangkan kami tertinggal di belakang,” kata Moyes.

--- UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...