Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Stoke City. Show all posts
Showing posts with label Stoke City. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Piala FA: Chelsea ke separuh akhir (Kosmo)


TERRY tetap tenang meskipun diejek penyokong pasukan lawan.


LONDON - John Terry mengetuai Chelsea melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan penuh emosi apabila menyelak lilitan lengan kaptennya selepas menjaringkan gol kedua kelab London itu ketika menewaskan Stoke 2-0 awal pagi semalam.

Gol Terry dihasilkan pada minit ke-67 selepas Frank Lampard membuka tirai jaringan minit ke-35.

Ia memastikan Chelsea menempah pertemuan separuh akhir dengan Aston Villa yang berjaya menyingkirkan Reading 4-2 menerusi jaringan hatrik John Carew.

Terry telah menjadi sasaran ejekan penyokong pelawat sejak dia dilucutkan jawatan sebagai kapten skuad kebangsaan England berikutan pendedahan skandal seksnya.

Namun, Terry berterima kasih kepada penyokong Chelsea yang tetap menunjukkan sokongan mereka pada perlawanan awal pagi semalam.

"Lilitan lengan ini membawa makna yang begitu besar. Chelsea telah memberikan sokongan yang kuat, begitu juga para pemainnya.

"Ia adalah minggu yang cukup baik bagi saya. Dapat beraksi bersama England dan bermain dengan baik. Kemudian kembali beraksi pula pada perlawanan ini," kata Terry.

Sementara itu, penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins berharap penyokong lawan supaya berhenti daripada terus mengejek Terry.

"Dia (Terry) merupakan seorang kapten yang luar biasa. Dia berjaya memimpin rakan-rakan sepasukannya di atas padang dengan cara yang cukup hebat.

"Saya mula berasakan yang sudah tiba masanya segala gangguan ini dihentikan," kata Wilkins. - Agensi

Sunday, March 7, 2010

Henti lakonan anda: Salif (Berita Harian)


"Kami melihat dirinya sebagai seseorang yang belum sempurna lagi," - Salif Diao, memain Stoke

LONDON: Pemain Stoke City, Salif Diao membuat rumusan betapa Didier Drogba gemar menganggap gelagatnya sengaja menjatuhkan badan itu sebagai satu unsur hiburan dan percaya 'lakonan' itu akan berulang apabila Chelsea menentang pasukannya dalam saingan suku akhir Piala FA, hari ini.

Drogba yang bakal dirantai oleh pemain lawan dari Senegal itu pasti mahu membantu The Blues pimpinan Carlo Ancelotti layak ke separuh akhir di Wembley, apabila mereka berdepan Stoke di Stamford Bridge nanti.

Salif yang menjadi penghalang penyerang Ivory Coast itu, berkata dia menyedari reputasi Drogba - selepas menjadi rakan karib hampir sedekad sejak kedua-duanya bermain di Perancis.

“Saya dan pemain lain memberitahu dia supaya hentikan gelagat gemar menjatuhkan diri,” kata pemain tengah Senegal itu. “Tetapi ia seperti sebahagian daripada pertunjukan kepada dirinya, ia bukan menipu, tetapi sebahagian daripada hiburan.

“Dia memiliki mentaliti kemenangan dan tahu apa yang diinginkan. Kami menggelar dirinya, ‘The Project’ kerana kami melihat dirinya sebagai seseorang yang belum sempurna lagi.

“Dia belum lagi menjadi penyerang lengkap kerana dia sentiasa mahu meningkatkan permainannya. Dia seperti Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo. Mereka tahu mereka sudah mencapai tahapnya, tetapi masih bekerja keras setiap hari kerana mereka mahu menjadi lebih baik.

“Tetapi Didier masih meneruskannya dan bila ’The Project’ melakukannya dengan penuh bersemangat, baru saya berasakan dia akan menjadi yang terbilang. - AFP

Tuesday, March 2, 2010

Malang Ramsey rencat pesta Arsenal (Utusan Malaysia)


Aaron Ramsey menahan kesakitan akibat patah kaki sambil cuba ditenangkan oleh pemain yang menerjahnya, Ryan Shawcross pada perlawanan Liga Perdana England, kelmarin.– AP


LONDON, England – Kegembiraan Arsenal mengalahkan Stoke 3-1 terencat apabila pemainnya, Aaron Ramsey patah kaki akibat terjahan keras pemain lawan, Ryan Shawcross, kelmarin.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, Ramsey mungkin akan dipindahkan ke hospital di London.

‘‘Kami tahu ia merupakan kecederaan yang amat teruk, namun kami tidak tahu berapa lama dia akan direhatkan, apa yang pasti sudah tentu untuk jangka panjang.

‘‘Saya kecewa dengan terjahan yang dilakukan oleh Shawcross. Kami memang sudah mengetahui dengan cabaran yang akan dihadapi dalam setiap perlawanan.

‘‘Namun, kami hilang tiga pemain (Eduardo dan Abou Diaby) kerana terjahan melampau, saya enggan untuk mempercayai bahawa ia merupakan satu kebetulan.

‘‘Saya sukar mempercayai apabila terpaksa melalui perkara seperti ini. Saya hanya percaya apa yang saya lihat dan apabila anda mendapati pemain mengalami kecederaan sedemikian, ia amat sukar untuk diterima,’’ kata Wenger.

Shawcross dilayangkan kad merah sejurus selepas insiden itu dan dia menangis selepas melihat kecederaan yang dialami Ramsey.

‘‘Kami tidak dilindungi sepenuhnya. Kadang kala kami sering menjadi mangsa kepada kekasaran pemain lawan,’’ kata ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas.

Namun, Shawcross mengakui tiada niat mencederakan Ramsey ketika melakukan terjahan itu.

‘‘Saya berasa cukup sedih apabila melihat Ramsey mengalami kecederaan yang begitu teruk dan harapan saya bersamanya.

‘‘Saya mendoakan Ramsey agar cepat sembuh daripada kecederaannya,’’ kata Shawcross.

Selepas perlawanan itu, Fabio Capello memanggil Shawcross ke dalam skuad England buat kali pertama dalam kariernya menjelang pertemuan persahabatan dengan Mesir.

‘‘Sepanjang yang saya tahu, Shawcross tidak pernah berniat sebegitu. Tidak mungkin... walaupun berjuta tahun dia tidak akan beraksi dan berbuat begitu kepada seseorang.

‘‘Dia begitu kecewa dengan apa yang terjadi, anda boleh lihat dia menangis ketika meninggalkan padang, dia terkejut apabila mengetahui kecederaan Ramsey,’’ kata Wenger.

Permainan terikat 1-1 ketika insiden itu berlaku, namun Arsenal mendapat penalti di saat akhir permainan sebelum Thomas Vermaelen menambah jaringan ketiga pada masa kecederaan. – AP

Wednesday, February 17, 2010

Man City melonjak ke tangga keempat seri dengan Stoke (Berita Harian)

STOKE: Jaringan lewat Gareth Barry berjaya mengikat Manchester City seri 1-1 dengan Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Stadium Britannia, awal pagi tadi.

Stoke bagaimanapun tersentak apabila Abdoulaye Faye dibuang padang selepas mengkasari Emmanuel Adebayor pada minit ke-53.

Glenn Whelan memastikan Stoke di depan pada minit ke-72 menerusi rembatan pada jarak 20 meter.

Bagaimanapun, Barry menyamakan kedudukan pada minit ke-85 selepas mendapat bola tandukan Adebayor selum meledak masuk ke jaring lawan.

Stoke hampir mencipta kemenangan tetapi jaringan Ryan Shawcross dibatalkan selepas beliau mengkasasi penjaga gol City, Shay Given.

Dengan keputusan seri itu, City kini di tempat keempat dibelakang Liverpool yang mempunyai kelebihan satu mata serta baki satu perlawanan. - AP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...