Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Show all posts
Showing posts with label Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Hamidin, Astaman Dan Ednan Dilantik Jawatankuasa AFC


19 April, 2011 18:29 PM

PETALING JAYA, 19 April (Bernama) -- Kredibiliti barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan imej bola sepak negara semakin diiktiraf selepas tiga wakilnya dilantik ke beberapa jawatankuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pertandingan AFC manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Astaman Abdul Aziz pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pengadil AFC.

Ahli jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Tatatertib AFC.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011-2015.

"Ia merupakan penghormatan kepada FAM," kata Azzuddin.

Hamidin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata beliau menerima surat pelantikan daripada AFC pada Isnin dan menganggap pelantikannya sebagai satu pengiktirafan kepada barisan kepimpinan FAM.

"Seingat saya, wakil FAM yang pertama dilantik ke dalam jawatankuasa yang sama ialah bekas penolong setiausaha FAM, Datuk Yap Nyim Keong pada awal tahun 2001," katanya.

Terdahulu, satu pertemuan diadakan antara Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM yang dipengerusikan oleh seorang lagi naib presidennya, Datuk Subahan Kamal dengan ahli jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang diketuai presidennya Ahmad Khawari Isa.

Mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Hamidin dan Astaman bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul antaranya berkaitan liputan bola sepak Liga Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan antara FAM dan SAM.

-- BERNAMA

Saturday, January 8, 2011

Tengku Abdullah kekal Naib Presiden AFC (Harian Metro Online)

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan sebagai seorang daripada empat Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal 2011 hingga 2015.

Tengku Abdullah, 51, yang tidak dicabar untuk jawatan kerusi rantau Asia Tenggara, diumum kekal memegang jawatan itu selepas kongres ke-24 badan induk bola sepak Asia itu berlangsung di Doha, Qatar, kelmarin.

Tiga lagi jawatan Naib Presiden dimenangi Zhang Jilong (China) dan Yusof Al Serkal (Emiriah Arab Bersatu) yang tidak dicabar manakala Ganesh Tapa (Nepal) menewaskan Ali Saed Loo (Iran) dengan 25-20 undi bagi rantau Selatan dan Tengah Asia.

Mohamed Hammam yang memegang jawatan Presiden AFC sejak 2002 pula mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga selepas tidak dicabar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FBT), Datuk Worawi Makudi pula mengekalkan kerusinya dalam Jawatankuasa Eksekutif Fifa sebagai wakil AFC bersama pendatang baru dari Sri Lanka, Manilal Fernando.

Terdahulu Putera Jordan, Ali al-Hussein dipilih sebagai Naib Presiden Fifa dengan menewaskan pesaing dari Korea Selatan, Dr Chung Mong-joon dengan 25-20.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...