Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Ashley Cole. Show all posts
Showing posts with label Ashley Cole. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Cole terharu tersenarai (Metro Online)

LONDON: Di sebalik kecewa kerana sering diejek penyokong sendiri, pertahanan England, Ashley Cole tetap dicalon pemain terbaik tahunan negaranya.

Cole yang sudah 86 kali mewakili England, berkata: “Ada kalanya saya berasa sangat sukar tetapi kali ini, saya rasa mereka juga hargai saya.”

Imej pertahanan kiri Chelsea itu dicemari dengan anggapan dia tamak dan soal kegagalan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi pop, Cheryl Cole menambahkan lagi kebencian peminat England terhadapnya.

Dia yakin peminat tidak mengejeknya kerana aksi buruk di padang tetapi lebih soal peribadi. Dia berkata: “Ia lebih soal peribadi.” - AP

Sunday, December 26, 2010

Cole laung amaran awal(kosmo)


LONDON - Ashley Cole menegaskan Arsenal akan berdepan cabaran sebenar Chelsea pada pertemuan Liga Perdana England esok.

Juara bertahan itu menampilkan aksi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu dan terlepas kedudukan teratas liga untuk menghuni tempat keempat.

Begitupun, Cole yakin skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu berkemampuan untuk mengulangi kemenangan 3-0 yang dicatat di Stadium Emirates sebelum ini.

Keyakinan itu hadir selepas Frank Lampard, John Terry dan Michael Essien disahkan cergas sepenuhnya.

"Kami mengalami kekecewaan dalam enam perlawanan terakhir dan ia sangat berbeza dengan permulaan yang kami lakukan pada awal musim ini.

"Tetapi kami beberapa pemain utama kami akan kembali beraksi dan mereka sudah pulih daripada kecederaan. Ia akan memberikan keyakinan kepada kami.

"Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain terbaik mereka pasti bermain lebih baik.

"Bagi kami, kehadiran semula Lampard, Terry dan Essien memberikan satu kelebihan dan Arsenal pasti berdepan tugas sukar pada pertemuan itu nanti." - Agensi

Thursday, July 22, 2010

Chelsea tak mahu jual Cole (Kosmo)




LONDON - Pengerusi Chelsea, Bruce Buck telah memusnahkan harapan Jose Mourinho untuk membawa Ashley Cole (gambar) ke Real Madrid.

Buck menegaskan, pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan England itu tidak akan dijual sekalipun Real membuat tawaran yang tinggi.

Cole mula dikaitkan dengan perpindahan ke Real selepas Mourinho yang merupakan bekas pengurus Chelsea dilantik sebagai jurulatih baru kelab Sepanyol itu.

Ia ditambah dengan laporan yang mengatakan Cole tidak lagi gembira dengan kehidupan di England selepas dia bercerai dengan isterinya, Cheryl dan mahu meninggalkan saingan Liga Perdana England bagi mencari kehidupan peribadi yang lebih selesa.

Namun Buck berkata, perpindahan ke kelab luar tidak akan membantu pemain berusia 29 tahun itu dan menegaskan, Chelsea tidak berhasrat menjual bekas bintang Arsenal itu.

"Cole bukan untuk dijual, itu yang mahu saya tekankan. Tanpa ragu-ragu lagi, dia tetap akan menjadi pemain Chelsea musim ini.

"Cole seorang pemain yang hebat. Dia begitu senang dengan suasana kelab ini dan hubungannya cukup baik dengan setiap orang di sini," kata Buck.

Buck turut menegaskan, Chelsea akan terus mengekalkan khidmat Didier Drogba biarpun ejen kepada kapten skuad kebangsaan Ivory Coast itu mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan Manchester City.

"Bagi kami ia mudah sahaja. Drogba telah menang penjaring terbanyak dan juara liga bersama kami pada musim lalu," jelas Buck.

"Dia juga sebahagian daripada perancangan kami musim ini dan masa akan datang. Jadi dia juga bukan untuk dijual." - AFP

Wednesday, February 24, 2010

Cole mungkin cari 'lubuk baru' (Kosmo)


PERPISAHAN antara Cole dengan isterinya, Cheryl mencetuskan spekulasi yang mengaitkan tonggak Chelsea ini akan berhijrah ke Sepanyol musim depan.


LONDON - Tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole boleh melarikan diri daripada masalah peribadinya dengan memilih destinasi baru sama ada Real Madrid atau Barcelona.

Dua kelab gergasi Sepanyol itu kini meman- tau situasi Cole dan bersedia memenuhi harga yang diletakkan Chelsea yang dianggarkan kira-kira £25 juta (RM131 juta).

Terdahulu, Cole dilapor telah berpisah dengan isterinya yang juga penyanyi kumpulan terkemuka Britain, Girls Aloud, Cheryl ekoran skandal hubungan sulit pemain itu dengan wanita simpanannya.

"Ashley (Cole) berdepan situasi yang rumit ketika ini," kata kenalan rapat Cole yang enggan dikenali.

"Jika dia dan Cheryl berpisah, kenapa dia mahu terus berada di negara ini?"

Sebelum ini, Real pernah meluahkan minat mereka ke atas bintang England itu apabila dia berpindah ke Chelsea dari Arsenal pada tahun 2006.

Real kini terdesak memerlukan pemain pertahanan kiri dan sekiranya bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho menjadi jurulatih kelab itu musim depan, Cole dianggap calon ter- baik.

Cole, 29, juga dilapor akan menerima gaji hampir £150,000 (RM787,723) seminggu jika dia berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Hubungan di antara Chelsea dan Cole dilapor sudah mula retak apabila pemilik kelab, Roman Abramovich mendenda Cole apabila mengetahui dia membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan skuad The Blues.

Disebabkan kesalahan itu juga, Cole turut dikenakan potongan gaji selama dua minggu atas alasan dia telah menjejaskan imej kelab.

Pihak pengurusan Chelsea juga kecewa dengan sikap liar Cole walaupun pengurus The Blues, Carlo Ancelotti berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan pemain yang dianggapnya sebagai pertahanan kiri terbaik dunia itu. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...