Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label West Ham United. Show all posts
Showing posts with label West Ham United. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Liverpool tumbang (Kosmo Online)


PEMAIN tengah West Ham, Scott Parker meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Thomas Hitzisperger (kanan) pada aksi Liga Perdana England menentang Liverpool di Upton Park semalam. West Ham menang 3-1.


LONDON – Keghairahan Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish rupa-rupanya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja apabila mereka kembali mencatat

kekalahan memalukan semalam.

Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United.

Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana England di Upton Park itu.

Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan.

Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84.

Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah.

Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan.

Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu.

Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru.

Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0).

Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu. – Agensi

Tuesday, January 11, 2011

Mana pasukan Asia Tenggara? (Metro)

SEOUL: Empat tahun lalu, Asia Tenggara menjadi tuan rumah Piala Asia. Kali ini 10 negara dari rantau itu hanya menyaksikan perlawanan di kaca televisyen selepas tidak layak.

Thailand, Indonesia dan Vietnam bermain cemerlang menjadi tuan rumah bersama kejohanan edisi 2007 sekali gus menghidupkan harapan untuk kembali mencabar kejuaraan tahun ini.

Namun, hanya lima negara rantau itu layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2011 iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Jika dikumpul semua statistik perlawanan membabitkan pasukan Asia Tenggara, mereka hanya menang dua daripada 20 perlawanan.

“Kita perlu fikir lebih dalam,” kata Peter Butler, bekas pemain tengah West Ham United dalam Liga Perdana Inggeris yang pernah melatih beberapa pasukan ternama di Singapura, Malaysia, Indonesia serta Myanmar. - AP

Thursday, September 2, 2010

The Reds pinjam Cole (Sinar Harian)



PASUKAN Liverpool dilaporkan mahu meminjam penyerang West Ham United Carlton Cole, sehingga sambutan Krismas Disember ini, setelah kekurangan dana untuk membeli pemain itu melainkan menjual penyerangnya, Ryan Babel.

Kegagalan menjual Babel musim ini, mendorong The Reds cuba mencari alternatif dengan meminjamkan Babel ke West Ham dengan bayaran cuma RM4.8 juta.

Bagaimanapun, Babel tidak berminat bermain di Upton Park, dan pasukan Hammers juga tidak bersetuju dengan idea yang luar biasa itu.

Liverpool hanya membelanjakan kira-kira RM43 juta untuk mendapatkan Cole dan jika berjaya menjual Babel ke Tottenham Hotspur dengan nilai sebanyak RM48.3. Namun, perjanjian itu akhirnya menemui kegagalan.

West Ham dikatakan sanggup menunggu Liverpool menjual Babel, tetapi kesuntukan masa untuk mencari pengganti Cole.

Sementara itu, Sunderland dan Stoke City bersedia membida Cole dengan menawarkan RM43 juta dan bayaran tambahan RM14 juta, namun penyerang tengah itu hanya akan meninggalkan Upton Park jika bermain dengan kelab gergasi lain.

Sunday, March 14, 2010

Chelsea kembali rampas takhta. (Utusan Malaysia)


Chelsea's John Terry, left, keeps the ball from West Ham United's Scott Parker during their English Premier League soccer match at the Stamford Bridge Stadium, London, Saturday March 13, 2010. – AP


LONDON – Dua jaringan Didier Drogba membantu Chelsea memintas Manchester United untuk merampas kembali takhta bola sepak Liga Perdana England selepas membenam West Ham United 4-1, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan anak-anak buah Carlo Ancelotti itu mengatasi United dengan kelebihan satu mata selepas kedua-dua pasukan melengkapkan 29 perlawanan.

United bagaimanapun mampu merampas semula kedudukan teratas jika mengalahkan Fulham di Old Trafford hari ini.

Dalam perlawanan di Stamford Bridge, tandukan Alex pada minit ke-16 membolehkan Chelsea mendahului 1-0, namun tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan West Ham menerusi Scott Parker pada minit ke-30.

Selepas babak pertama berkesudahan 1-1, Drogba tidak menunggu lama untuk kembali meletakkan Chelsea di depan sebaik separuh masa kedua bermula, apabila menyumbat gol kedua tuan rumah pada minit ke-56.

Florent Malouda kemudian melebarkan kedudukan 3-1 pada minit ke-77, sebelum Drogba melengkapkan kemenangan 4-1 ketika permainan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.

Chelsea kini mengumpul 64 mata, meninggalkan United dengan 63 mata dan Arsenal 61 mata.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Tottenham menghidupkan peluang untuk memburu tiket Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas melonjak ke tangga keempat dengan menumpaskan Blackburn 3-1.

Penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko menyumbang dua gol buat pasukannya, dan Jermain Defoe menambah satu gol.

Harapan Aston Villa untuk turut memberi tekanan kepada kedudukan keempat liga bagaimanapun tidak kesampaian selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Stoke City. Manchester C

Chelsea kembali tunjuk taring belasah West Ham (Berita Harian)

2010/03/14

LONDON: Bintang Chelsea, Didier Drogba cemerlang menjaring dua gol untuk membantu kelabnya merampas semula status pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada juara bertahan, Manchester United selepas membelasah West Ham 4-1 di Stamford Bridge, malam tadi.

Chelsea yang dihantui masalah kecederaan kedua-dua penjaga gol utama, Petr Cech dan Henrique Hilario terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga, Ross Turnbull tetapi ia tidak mencemaskan barisan Carlo Ancelotti yang pantas melupakan episod kekalahan kepada Manchester City sebelum ini.

The Blues memperoleh gol pertama pada minit ke-16 menerusi tandukan Alex namun bekas pemain Chelsea, Scott Parker menyamakan kedudukan buat West Ham pada minit ke-30 sebelum Drogba meledak gol kedua perlawanan dengan tandukan kemas hasil kemas sepakan sudut Florent Malouda. Malouda kemudian memastikan gol ketiga sebelum Drogba menutup permainan dengan juga gol terakhir dan ke-21 peribadi dalam kempen EPL musim ini, menerusi rembatan cantik kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Hammers, Robert Green.

Dalam perlawanan sebelum itu, Tottenham Hotspur mengukuhkan kedudukan di tangga keempat selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Blackburn Rovers untuk menjarakkan kelebihan tiga mata ke atas Manchester City dalam pertembungan awal di White Hart Lane.

Dua jaringan penyerang Russia, Roman Pavlyuchenko membantu Spurs meneruskan pemburuan untuk menempah tiket terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan tatkala City memiliki kelebihan kurang dua perlawanan menjelang kunjungan ke Sunderland hari ini.

Penyerang England, Jermain Defoe memberi gol pertama Spurs pada minit pertama masa kecederaan sebelum rehat yang juga gol ke-17 sebelum Pavlyuchenko menambah dua lagi gol pada minit ke-55 dan 85.
Dalam pertembungan lain, Birmingham City terpaksa berkongsi satu mata dengan Everton selepas seri 2-2 manakala Bolton Wanderers menumpaskan Wigan Athletic 4-0. Wolverhampton pula mengatasi Burnley 2-1. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...