Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label West Bromwich. Show all posts
Showing posts with label West Bromwich. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

West Brom mahu lamar Hodgson (Metro Online)

LONDON: Roy Hodgson muncul individu paling dikehendaki West Brom selepas kelab itu memecat Roberto Di Matteo dan beliau mungkin dihulur jawatan jurulatih dalam masa terdekat ini kerana tidak lagi berkhidmat dengan Liverpool apabila dipecat bulan lalu.

Pada masa ini, pengerusi Baggies, Jeremy Peace memberi amanah kepada jurulatih pasukan kedua, Michael Appleton sebagai pengendali sementara.


Namun, menjelang pertemuan menentang West Ham dan Wolves, Peace mungkin terpaksa memikirkan seseorang boleh dijadikan jurulatih tetap. Albion turut mengintai kemungkinan mendapatkan bekas pengendali Newcastle, Chris Hughton.

Peace tidak gembira dengan cara pengurusan diamalkan Di Matteo. - Agensi

Saturday, September 25, 2010

Wenger kembali di padang (Utusan Malaysia)

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang kembali merasai debaran hujung minggu Liga Perdana apabila menentang West Brom, tidak menolak untuk menyaksikan perlawanan pasukannya dari tempat duduk penonton, pada masa akan datang.

Pengurus berusia 60 tahun itu dikenakan penggantungan satu perlawanan, kerana berbalah dengan pegawai perlawanan keempat di Sunderland Sabtu lalu, ketika pasukannya melepaskan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Dia menjalani penggantungan tersebut ketika aksi Piala Liga, di mana pasukannya menang ke atas Tottenham dan memiliki kelebihan mata, pada aksi di White Hart Lane selepas ini.

"Saya mendapat pemandangan yang menarik dari tempat duduk penonton. Kepada tidak?

''Ketika saya tiba, saya menyaksikan babak pertama dari tempat duduk atas. Kemudian, saya menyaksikan perlawanan babak kedua dari tempat duduk penonton di tingkat bawah. Saya memikirkan mengenai perkara itu,'' katanya.

Melepaskan gol pada babak akhir ketika menentang Sunderland, ibarat kalah tetapi Arsenal, di tangga kedua liga, masih belum kalah setakat ini.

Namun, permulaan baik mereka dibayangi perbalahan di antara Wenger dan pengurus Sam Allardyce serta Tony Pulis.

Bos Blackburn, Allardyce menuduh Wenger memanupulasi media dan pengurus Stoke, Pulis membalas ulasan mengenai pendekatan fizikal pasukannya.

"Mereka tidak sepatutnya ambil hati, kerana saya tidak mengkritik mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...