MANCHESTER City akhirnya bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menanti 44 tahun, itupun memastikan kejuaraan dengan penuh dramatik apabila Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan beberapa saat sebelum tamat, untuk menewaskan Queen’s Park Rangers, 3-2 di Stadium Etihad, malam tadi.
Dengan tiga mata terakhir itu, City mengumpul 89 mata, mengatasi tetangga yang juga juara bertahan, Manchester United - menerusi perbezaan 8 gol - selepas juara bertahan itu turut menang 1-0 menewaskan Sunderland.
Begitupun, episod duka skuad Roberto Mancini hampir berlarutan apabila QPR mendahului saingan 2-1 pada baki 20 minit sebelum Edin Dzeko mengikat kedudukan dan Aguero muncul dengan rembatan emas beberapa saat sebelum ditamatkan untuk memulakan pesta kejayaan. - Agensi
KUALA LUMPUR - Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.
"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, Ketua Jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events) Julian Kam.
Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.
"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," kata Rajagobal.
Beliau berkata dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City telah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.
"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.
"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti.- Bernama
KLAAS Jan Huntelaar antara pemain utama Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan. - REUTERS
MANCHESTER - Pemain AC Milan, Klaas-Jan Huntelaar tiba di lapangan terbang Manchester dan dijangka akan berpindah sama ada ke Manchester United atau Manchester City.
Berusia 26 tahun, pemain antarabangsa Belanda itu dikaitkan perpindahan ke Aston Villa atau Tottenham, selepas Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani berkata, Huntelaar mungkin akan dijual ke kelab Liga Perdana England.
Walaupun mempunyai ramai pemain yang layak beraksi dalam kesebelasan utama, Manchester City telah melepaskan Valeri Bojinov dan Benjani dan sedang mencari penyerang utama.
Kelab itu pernah dikaitkan dengan penyerang Liverpool, Fernando Torres dan pemain Wolfsburg, Edin Dzeko.
Manchester United telah mendapatkan penyerang Mexico, Javier Hernandez dari kelab Guadalajara pada 27 Mei lepas dan dia telah memperoleh permit.
Huntelaar membuat empat kemunculan bersama Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan, termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Cameroon. - Agensi