Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Daudsu Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Daudsu Jamaluddin. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Kelantan tidak hukum Daudsu

2011/06/15

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak bercadang mengambil tindakan disiplin atau menukar posisi pemain pertahanannya, Daudsu Jamaluddin sebagai hukuman berikutan kecuaiannya menjaringkan gol ke gawang sendiri ketika menentang Terengganu dalam final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

“Kita tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Daudsu atas kesilapan menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu yang menyebabkan Kelantan gagal membawa pulang piala berprestij,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, semalam.
“Adalah tidak adil jika menghukum seseorang pemain yang baik hanya kerana sekali melakukan kesilapan tidak disengajakan, bukan jenis saya sebagai Presiden KAFA sanggup melakukan perkara itu.

“Malah, kita akan terus memberi semangat dan motivasi kerana kita mempunyai misi lebih besar untuk menempah tempat dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata beliau tahu ramai peminat dan penyokong Kelantan kecewa dan marah terhadap kesilapan pemain Kelantan itu dan sebagai Presiden Kafa, beliau sendiri lebih lagi merasai bahang itu.

“Kita juga tidak akan tukar posisinya di barisan pertahanan Red Warriors... kita kena ingat dalam insiden itu, ada dua lagi penyerang Terengganu di belakangnya yang mungkin akan menjaringkan gol biarpun Daudsu tidak melakukan kesilapan itu...,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata KAFA akan memberi tawaran menonton secara percuma perlawanan persahabatan Kelantan dengan pasukan bola sepak sama ada dari Indonesia atau Thailand yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 2 Julai.

----- Berita Harian Online

Monday, June 13, 2011

Saya minta maaf: Daudsu



“SAYA minta maaf di atas kesilapan yang berlaku,”. Demikian luahan pemain pertahanan kanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin selepas tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Jaringan Daudsu pada masa kecederaan itu membolehkan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengheret The Red Warriors ke masa tambahan sebelum muncul juara menerusi kemenangan 2-1 hasil jaringan pemain gantian, Ahmad Nordin Alias pada minit ke-110.

“Saya tidak sengaja tertanduk bola ke gawang sendiri ketika cuba berusaha mengeluarkan bola rembatan kencang pemain Terengganu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

“Cukup perit mengingatkan kejadian itu. Bukan itu sahaja, saya tidak tidur lena memikirkan kekalahan kelmarin kerana hanya beberapa saat sahaja wisel dibunyikan untuk kami menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.

“Saya akui, selepas gol penyamaan itu moral pemain merudum malah penyokong juga terkejut kerana sudah bersedia meraikan kejayaan pasukan,” kata pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin yang membuka ruang buat Terengganu mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas tertanduk bola ke gawang sendiri.

Menceritakan kembali detik hitam dalam perlawanan tersebut, Mohd Daudsu menjelaskan cuba menanduk keluar rembatan kencang Abdul Manaf Mamat yang cuba ditepis keluar penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Ia berlaku dalam sekelip mata, saya berlari ke arah pintu gol untuk menutup ruang kerana Khairul Fahmi sudah keluar menyelamatkan keadaan namun bola rembatan Abdul Manaf cukup kencang dan saya tertanduk masuk ke gawang sendiri.

“Dua pemain Terengganu, Mazlizam Mohamad dan Joseph Kalang Tie ketika itu berada di belakang saya. Kalau tidak menutup ruang mungkin mereka berjaya menjaring gol namun saya pula tersilap langkah,” katanya.

Sambil menepis tanggapan segelintir peminat yang mendakwa Kelantan sudah mengatur perlawanan di sebalik kekalahan tersebut, Daudsu menjelaskan tidak ada mana-mana pasukan beraksi dalam perlawanan akhir mahu pasukan mereka kalah.

“Maruah pasukan negeri terletak di tangan pemain Kelantan. Tidak terlintas sedikit pun bagi kami melakukan perkara sedemikian apabila diberi peluang menyarung jersi negeri.

“Kalau hendak bagi kalah awal-awal, tak perlulah kita main sampai ke perlawanan akhir,” katanya

----- Sinar Harian Online

Saturday, October 30, 2010

Daudsu waspada gempuran NS (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/29

DAUDSU (kiri)  dan rakan sepasukan Kelantan ceria berlatih semalam.
DAUDSU (kiri) dan rakan sepasukan Kelantan ceria berlatih semalam.

Pemain pertahanan Kelantan tekad hapus memori sedih musim lalu

PERASAAN bercampur-baur antara gembira dan berdebar-debar menguasai pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjelang final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil, esok.

Walaupun sudah bertemu lawan sama, tahun lalu Daudsu tidak menafikan debaran masih terasa kerana harapan menggunung rakyat Kelantan menyaksikan trofi paling berprestij bola sepak negara itu dapat dibawa pulang ke Kota Bharu semakin memuncak selepas dikecewakan Negeri Sembilan, musim lalu.

“Memang saya gembira berpeluang menebus kekalahan tahun lalu, tetapi perasaan berdebar-debar beraksi pada final kali ini masih ada,” kata Daudsu yang pernah menjulang Piala Merdeka 2007 bersama pasukan kebangsaan yang dikendalikan jurulatih Kelantan sekarang, B Sathianathan.

“Saya belum pernah memenangi sebarang kejuaraan dalam kejohanan tempatan, jadi sudah tentu debaran semakin memuncak tambahan pula seluruh rakyat Kelantan meletak harapan tinggi pada kami menjelang aksi final musim ini,” katanya.

Pada aksi final 2009, Kelantan terlepas kejuaraan sulung selepas tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan.

Menurut Daudsu, semangat pemain, terutama anak jati Kelantan yang membarisi pasukan kendalian B Sathianathan berkobar-kobar menebus kekalahan, tahun lalu.

Saturday, February 6, 2010

Mohd Daudsu Jamaluddin



Nama Penuh : Mohd Daudsu Jamaluddin

Tarikh Lahir :

Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan

Sukan : Bola Sepak

Posisi : Defender

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...