Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label SDM Navy. Show all posts
Showing posts with label SDM Navy. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

PKNS kekal teraju liga belasah SDM Navy (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - PKNS mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana apabila mencatat kemenangan kelima berturut-turut dengan menjadikan SDM Kepala Batas sebagai mangsa terbaru dengan membelasah pasukan itu 5-1 di Stadium Batu Kawan, semalam.

Beraksi di laman lawan tidak menghalang PKNS meneruskan aksi konsisten mereka bagi mendapatkan mata penuh ketika menentang wakil Pulau Pinang itu.

Penyerang PKNS, Mohammad Khairul Akhyar Husain mengekalkan bisanya sebagai peledak utama apabila menjaringkan dua gol.

Begitupun, PKNS terpaksa menunggu sehingga minit ke-45 perlawanan untuk menembusi gawang lawan menerusi jaringan Mohammad Zambry Hassan.

Pesta gol PKNS bermula pada babak kedua dan ia dimulai dengan jaringan kedua PKNS menerusi Mohammad Khairul pada minit ke-48.

Sepuluh minit kemudian, tuan rumah dibolosi lagi, kali ini menerusi Muhamad Khairu Azrin Khazali untuk PKNS selesa mendahului 3-0.

Mohammad Khairul sekali lagi menghadiahkan gol keempat pada minit ke-76, sebelum Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul menjaringkan gol terakhir pada minit ke-88.

Sebelum itu, Ibrahim Ani menjaringkan gol sagu hati SDM Kepala Batas pada minit ke-80.

Dalam perlawanan lain, pasukan di tangga kedua, Sarawak kalah 0-2 kepada MP Muar di Stadium J-Corp Pasir Gudang.

ATM pula menang 2-1 ke atas Johor Pasir Gudang di Stadium MP Selayang.

Sunday, February 20, 2011

Harimau Muda A tunjuk belang benam SDM Navy (Sinar Harian Online)


HARIMAU Muda A membenam SDM Navy 4-0 pada pertemuan di Stadium Shah Alam. K Ravindran muncul wira apabila berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan ke-48, disusuli Mohd Amer Saidin (m-37) dan Muhd Ferris Danial (m-77).

Pengendali skuad itu, Ong Kim Swee berbangga dengan sebahagian pemain simpanan diturunkan kerana mampu mempamerkan aksi membanggakan.

“Prestasi pemain simpanan harus dipuji pada perlawanan menentang SDM Navy, semalam (kelmarin).

“Mereka bermain bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri dalam skuad menentang Pakistan,” katanya.

Kim Swee berkata, kemenangan besar menentang SDM Navy mampu meningkatkan moral pasukan sebagai persediaan menentang Pakistan.

“Pemain perlu mengekalkan momentum permainan untuk kelayakan Olimpik, pada 23 Februari ini.

Mengulas mengenai pertemuan dengan SDM Navy, Kim Swee lihat pasukan itu mempunyai barisan pemain berdisplin dan mampu bangkit semula selepas kekalahan bertemu pasukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...