28 Januari 2013
TIADA permohonan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
untuk menukar venue perlawanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium
Larkin bagi saingan kedua Piala FA bulan depan.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, dakwaan itu tidak
benar dan tidak mengetahui dari mana isu tersebut ditimbulkan.
“Kita tidak tahu dari mana cerita ini datang dan seterusnya disebarkan,
malah kami tidak mengetahui niat sebenar cerita ini dibuat.
“Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak
pernah menyatakan untuk menukar venue Piala FA, malah kami ikut seperti
yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada
Sinar Harian, di sini, semalam.
Katanya, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah untuk beraksi di Darul Aman atau di mana sahaja kerana ia perkara biasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan
Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon kepada FAM untuk
menukar venue dari Stadium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan
kedua Piala FA menentang Kedah.
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.