DESAS-DESUS siapa individu bertanggungjawab membimbing skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea Palembang, November ini terjawab apabila mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam memutuskan agar tugas itu kekal milik Ong Kim Swee.
Keputusan itu sekali gus menutup cerita sebelum ini di mana ada cadangan disuarakan untuk menyerahkan tugas itu kepada ketua jurulatih negara, K Rajagobal.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, kedudukan itu bukan satu keistimewaan buat Kim Swee sebaliknya satu cabaran yang perlu dilaksanakan dengan cemerlang.
“Keputusan sudah dibuat melantik Kim Swee membimbing skuad negara di Sukan Sea 2011. Keputusan ini untuk memberi pendedahan kepadanya tapi ini bukan bermakna kita tidak perlukan Rajagobal. Beliau ada tugasan lebih besar bagi pusingan kelayakan Piala Asia dan mempertahankan kejuaraan Piala AFF tahun depan.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.