Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, May 22, 2012

Ismail tidak mahu anak buahnya terus berduka

JURULATIH Sime Darby FC, Ismail Zakaria tidak mahu anak buahnya terus berduka dengan kegagalan di pentas final Piala FA kelmarin kerana mereka masih mempunyai misi yang perlu dibereskan musim ini.

Biarpun terlepas peluang melakar sejarah tersendiri menjadi kelab pertama menjulang Piala FA sejak 1990, Ismail menganggap barisan pemainnya sudah memberikan aksi terbaik selepas hanya tewas tipis 1-0 kepada Kelantan menerusi sepakan penalti.


“Ini kali pertama pemain saya beraksi di depan penonton yang cukup ramai, bagi saya ia pencapaian membanggakan apabila kami hanya tewas tipis kepada pasukan gergasi seperti Kelantan.

“Pemain mengikut segala strategi yang diatur sehinggalah pengadil menganugerahkan penalti kepada Kelantan. Kami cuba bangkit selepas itu tetapi tidak berhasil,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Meskipun keputusan pengadil, Suhaizi Shukri menghadiahkan sepakan penalti yang memberikan gol kemenangan oleh penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar itu menimbulkan tanda tanya, Ismail tetap menerima keputusan itu.


“Penalti itu memang menimbulkan tanda tanya, tetapi ia sudah terjadi dan kami perlu menerimanya,” kata Ismail.

Pada perlawanan berkenaan, Sime Darby cemerlang mengekang asakan bertali arus Kelantan namun pasukan lawan lebih bernasib baik apabila kesilapan Fairuz Abdul Aziz menolak pemain pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri menyebabkan Suhaizi memberikan sepakan penalti.


Selepas ini, fokus Ismail terarah kepada baki enam perlawanan Liga Perdana walaupun peluang Sime Darby menempah tiket automatik ke Liga Super musim depan dilihat cukup sukar apabila ketinggalan di tempat ketiga di belakang ATM dan Pahang.


“Saya percaya semangat pemain tidak luntur walaupun tewas malam ini (kelmarin) dan sasaran seterusnya ialah mencatat keputusan cemerlang dalam liga dan Piala Malaysia,” katanya.


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...