Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Peter Butler. Show all posts
Showing posts with label Peter Butler. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Kemelut Butler Terurai Bila Dilantik Mengetuai Skuad T-Team

12 November, 2012 15:17 PM

KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Kemelut bekas jurulatih skuad bola sepak Terengganu James Butler akhirnya terurai apabila beliau dilantik mengendalikan pasukan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super tahun depan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Program Khas Sukan/T-Team Ab Rashid Jusoh berkata T-Team memilih Butler bagi menggantikan bekas pemain Liverpool Robbie Fowler.

"Fowler tidak jadi datang kerana mempunyai komitmen yang lain, walaupun kita berminat untuk menggunakan khidmatnya tahun depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.

Ab Rashid berkata Butler akan memulakan tugas untuk melatih pasukan T-Team pada 18 Nov ini di padang Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.

Butler sebelum ini bergelut dengan kontroversi apabila beliau dikenakan tindakan gantung selama enam bulan dan denda RM4,000 oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana melanggar peraturan badan induk itu.



-- BERNAMA

Thursday, May 17, 2012

Sentuhan pertama Butler suram

sukan@hmetro.com.my
Oleh Malik Muhamad

http://u.goal.com/161900/161926hp2.jpg

SENTUHAN pertama jurulatih baru Terengganu, Peter Butler nampaknya belum menyengat sebaliknya skuad Penyu nyaris menggigit jari ditundukkan Sarawak sebelum pemain import dari Brazil, Erison Da Silva menyamakan kedudukan 2-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.

Keputusan seri itu bermakna pasukan itu kian terdesak untuk memburu kejuaraan liga selepas jatuh ke tangga keenam berbanding tempat ketiga sebelum ini.

Butler kecewa dengan persembahan anak buahnya kerana gagal memperagakan aksi berkualiti biarpun bermain di laman sendiri.

“Saya harap kehadiran semula Francis Forkey Doe daripada kecederaan mampu menghadirkan permainan positif buat Terengganu tapi saya kecewa kerana pemain itu gagal beraksi dengan baik.

“Selain Doe, beberapa pemain di posisi tengah dan serangan juga gagal memikul tanggungjawab dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih T-Team, Yunus Alif gembira kerana anak buahnya kembali menemui sentuhan kemenangan dalam misi mengejar pendahulu liga walaupun jumlah perbezaan mata agak jauh selepas menundukkan Sabah, 2-1 di tempat lawan.

--- HARIAN METRO

Butler ganti Mat Zan 1 Jun

http://rakanbola.com/wp-content/uploads/2012/05/image3.jpg

KUALA TERENGGANU - Teka-teki siapa yang bakal menggalas tugas Mat Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih Terengganu akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler disahkan memikul tanggungjawab tersebut.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini semalam dan menurut beliau, Butler akan memulakan tugas berkuatkuasa 1 Jun ini.

Ahmad berkata, pemilihan Butler bagi mengambil alih tugas Mat Zan dibuat berdasarkan rekod cemerlang jurulatih berketurunan Inggeris itu sebelum ini termasuk pernah mengemudi skuad Kelantan.

"Mulai 1 Jun ini, kita (skuad Penyu) akan dapat jurulatih baru iaitu Peter Butler untuk mengambil alih tugas Mat Zan yang kini direhatkan sementara," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri Terengganu 2012 di sini semalam.

Beliau memberitahu, buat masa ini, Mat Zan masih dalam tempoh direhatkan selama dua minggu yang akan berakhir hari ini.

Ditanya sama ada Mat Zan akan meletakkan jawatannya dalam waktu terdekat ini, Ahmad bagaimanapun menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung perkara itu.

"Itu saya tak tahu (sama ada Mat Zan akan letak jawatan), kita serahkan kepada pihak PBSNT untuk buat keputusan," ujarnya.

Sementara itu, Butler berharap pelantikannya sebagai ketua jurulatih mendapat kerjasama penuh terutamanya daripada penyokong setia skuad Penyu.

"Saya tahu Terengganu ada penyokong fanatik. Banyak kali saya datang sini. Jadi, saya harap mereka (penyokong) akan bantu saya dan bantu pasukan," ujarnya.

Pada masa yang sama, Butler menolak tanggapan negatif yang melabelkannya sebagai jurulatih yang tidak komited untuk satu-satu pasukan kerana membimbing tiga pasukan berbeza dalam tempoh setahun.

"Saya di sini (Terengganu) untuk jangka panjang. Kontrak sehingga tahun 2013. Jadi, mereka (pengkritik) harus faham situasi ini.

"Situasi di Persiba (Balikpapan, Indonesia) tidak sama seperti di Malaysia. Saya hormat mereka. Mereka orang baik-baik. Tapi saya tidak bisa bekerja di sana lagi.

"Sebelum saya tiba di sana, pasukan itu (Persiba) berada di tangga bawah. Tapi ketika saya tinggalkan mereka, mereka sudah berada di atas. Jadi, saya fikir saya telah buat kerja yang bagus," katanya.

Selain kelab Persiba, Butler juga pernah melatih Kelantan untuk dua musim iaitu pada tahun 2009 dan awal tahun ini.

--- UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, January 11, 2011

Mana pasukan Asia Tenggara? (Metro)

SEOUL: Empat tahun lalu, Asia Tenggara menjadi tuan rumah Piala Asia. Kali ini 10 negara dari rantau itu hanya menyaksikan perlawanan di kaca televisyen selepas tidak layak.

Thailand, Indonesia dan Vietnam bermain cemerlang menjadi tuan rumah bersama kejohanan edisi 2007 sekali gus menghidupkan harapan untuk kembali mencabar kejuaraan tahun ini.

Namun, hanya lima negara rantau itu layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2011 iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Jika dikumpul semua statistik perlawanan membabitkan pasukan Asia Tenggara, mereka hanya menang dua daripada 20 perlawanan.

“Kita perlu fikir lebih dalam,” kata Peter Butler, bekas pemain tengah West Ham United dalam Liga Perdana Inggeris yang pernah melatih beberapa pasukan ternama di Singapura, Malaysia, Indonesia serta Myanmar. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...