Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label John Terry. Show all posts
Showing posts with label John Terry. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Rooney buat pusingan 'U' resahkan Terry (Berita Harian Online)

2010/10/26

Wayne Rooney
Wayne Rooney

LONDON: Chelsea mula gelisah selepas Wayne Rooney membuat pusingan-U untuk terus kekal bersama Manchester United ketika beranggapan pemergian penyerang England ke kelab lain – jika berhasil – boleh membantu memudahkan cabaran mereka, musim ini.

Ketua pasukan The Blues, John Terry turut bimbang kontrak baru penyerang prolifik itu yang lumayan akan memantapkan jentera United untuk terus menyerlah, musim ini dan sebaliknya menyentap peluang mereka.

“Saya percaya keputusan Rooney untuk kekal bersama United akan membantu cabaran mereka dan ketika sama menyukarkan kami pula.

“Kami juga jangkaan United akan berbelanja Januari ini dan juga pada akhir musim nanti,” kata Terry.

“Chelsea bernasib baik beberapa musim lalu kerana kelab lain, termasuk United tidak berbelanja besar kerana krisis kewangan dunia. Keputusan Rooney untuk kekal adalah besar untuk mereka.”

Chelsea mendahului carta liga dengan 22 mata tapi sudah mula dikejar United yang berada lima mata di belakang. – Agensi

Tuesday, March 9, 2010

'Usah ganggu Terry lagi' (Berita Harian)

Dia memang bersalah namun ia sudah berlalu: Wilkins

LONDON: Kapten Chelsea, John Terry sudah cukup lama menderita akibat skandal kecurangan membabitkan perkahwinannya dan kini sudah tiba masanya peminat melupakan dan berhenti daripada terus mengejek bekas kapten England itu, tegas penolong pengurus the Blues, Ray Wilkins.

Terry menjadi bahan ejekan dan ketawa oleh penyokong lawan selepas rahsia skandal hubungan seks bersama bekas tunang bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Wayne Bridge terbongkar - dan ia tidak termasuk peminat England selepas dia dilucutkan tugas sebagai kapten kebangsaan.

Saya mahu berfikir ia sudah berakhir, kata Wilkins mengenai penganiayaan itu. Dia memang bersalah namun ia sudah berlaku dan Terry sudah pun menyelesaikan masalah itu.

Saya secara terus terang tidak begitu gembira mengenainya namun malangnya, tiada apa yang mampu saya lakukan. Dia menghadapi situasi ini sebagaimana yang termampu; meneruskan persembahan baik dalam bola sepak dan mengaku kesalahannya.

Dia ialah seorang kapten yang luar biasa dan kami amat berbangga memilikinya dalam pasukan ini, katanya.

Terry menghadapi saat paling gembira kelmarin dengan menjadi inspirasi kepada kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Stoke City dalam peringkat suku akhir Piala FA di Stamford Bridge.

Pertahanan tengah ini menjadi perancang kepada gol pertama yang dihasilkan Frank Lampard pada minit ke-35 dan kemudian menanduk gol kedua perlawanan hasil sepakan sudut pada minit ke-67 bagi menghadiahkan Carlo Ancelotti tiket ke saingan separuh akhir bertemu Aston Villa di Wembley.

Dalam perlawanan itu, Terry menjadi subjek ejekan penyokong Stoke namun dia membalasnya dengan menunjukkan lilitan ka

Wednesday, March 3, 2010

Henti ejek Terry - Rooney (Utusan Malaysia)



john Terry (kanan) dan Wayne Rooney, tiba di padang latihan pasukan England di London Colney semalam, menjelang perlawanan persahabatan menentang Mesir, esok. - REUTERS


LONDON - Wayne Rooney menggesa penyokong memberikan 'sambutan baik' kepada John Terry pada perlawanan persahabatan menentang Mesir, dan berhenti daripada terus mengejek pemain pertahanan itu.

Aksi persahabatan di Stadium Wembley esok, merupakan perlawanan pertama sejak ketua pasukan Chelsea, Terry dilucutkan tugas daripada mengetuai skuad England.

Pengurusnya, Fabio Capello bertindak demikian ekoran pendedahan skandal Terry dengan bekas teman wanita rakan sepasukannya, Wayne Bridge.

Bridge, yang kini menyertai Manchester City, baru-baru ini mendedahkan dia tidak mahu beraksi di peringkat antarabangsa menjelang Piala Dunia, pada ketika pemain Chelsea, Ashley Cole mengalami kecederaan menyebabkan dia menjadi pilihan utama skuad England.

Ketua pasukan Chelsea, Terry diejek oleh penyokong pasukan lawan, ketika pasukannya kalah 2-4 kepada Manchester City hujung minggu lalu, di mana Bridge enggan menerima salam pemain pertahanan itu sebelum sepak mula.

"John seorang pemimpin pasukan kami.

"Dia tidak lagi memakai kain lilit lengan, tetapi dia tetap seorang pemain dan pemimpin yang hebat.

"Dia seorang pemain yang hebat. Saya rasa dia dinamakan dalam kesebelasan terbaik dunia sejak tiga tahun lalu.

''Tahap kecergasannya tidak dibimbangi, itu sudah pasti.

"Wayne Bridge seorang pemain yang menakjubkan apatah lagi ketika Ashley Cole cedera, saya pasti dia pilihan utama untuk posisi pertahanan.

"Cuma agak malang dengan situasi sekarang, namun itu keputusannya, anda harus menghormatinya,'' kata Rooney dalam sidang akhbar, kelmarin.

Rooney, yang ditanya bagaimana reaksi penonton di Wembley terhadap Terry, berkata: ''Saya harap ia macam biasa.

"Saya pernah bersama-sama dalam pasukan di mana ada beberapa pemain diejek di Wembley dan ia tidak elok.

''Ia tidak memberikan mesej yang betul. Saya berharap Terry akan mendapat sambutan yang baik.

''Ketika kami sedang menuju untuk beraksi pada Piala Dunia, kami perlukan penyokong di belakang yang memberi sepenuh sokongan mereka, sokongan mereka amat penting.'

Rooney, mengalami kecederaan lutut pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa Ahad lalu, di mana dia dimasukkan dan menjaringkan gol kemenangan 2-1, cergas untuk berdepan Mesir.

"Ya... Saya okey. Saya menjalani ujian imbasan hari ini dan cuma ada calar kecil. Saya akan menjalani latihan dan akan beraksi,'' katanya.

Rooney juga menyokong pemilihan Ryan Shawcross, bekas rakannya di Old Trafford.

Pemain pertahanan Stoke itu menerima panggilan pertama ke skuad England, beberapa jam selepas dia dikenakan kad merah, kerana melakukan terjahan keras, sehingga mematahkan kaki pemain Arsenal, Aaron Ramsey pada perlawanan, Sabtu lalu.

"Saya pernah bersamanya selama beberapa tahun di United dan dia bukan seorang pemain yang kasar.

"Saya pasti dia okey, dia dialu-alukan ke dalam skuad.

''Adalah penting untuk dia tersenarai dalam pasukan, saya pasti dia dapat beraksi dengan baik,'' katanya.

Walaupun kecederaan Rooney menyebabkan dia belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan persahabatan nanti, prospek kehilangan sentuhan pemain penyerang itu menimbulkan kebimbangan penyokong.

Rooney merupakan harapan England untuk memenangi Piala Dunia dan yakin ia mampu menggalas cabaran tersebut.

"Saya juga berharap begitu. Saya harap akan ada perlawanan yang bagus seperti menentang Everton apabila saya aksi saya tidak terlalu bagus.

''Saya harap secara umum saya dapat mengekalkan prestasi saya dan dijelmakan pada ke Piala Dunia. Jika saya berjaya melakukannya, saya amat gembira,'' katanya.

Mengenai ancaman yang mampu diberikan oleh Mesir, Rooney berkata: ''Mereka pasukan yang bagus. Mereka menang tiga kali berturut-turut Piala Negara-Negara Afrika.

"Ia bakal menjadi perlawanan sukar. Saya mahu mencuba perlawanan ini sebagai persediaan ke Piala Dunia, dan perlawanan ini nanti bakal menjadi langkah pertama kami.'' - AFP

Tuesday, March 2, 2010

Ancelotti yakin Terry bakal bangkit (Utusan Malaysia)

LONDON -- Carlo Ancelotti masih menaruh keyakinan terhadap John Terry, meskipun ketua pasukan Chelsea itu tidak mempamerkan kecemerlangan sejak kebelakangan ini.

Terry sekali lagi dilihat gagal mempamerkan persembahan menarik, apabila menjadi antara penyebab pasukannya tewas 2-4 di tempat sendiri kepada Manchester City, kelmarin.

Dia turut dimalukan oleh bekas rakan pasukan England, Wayne Brige, apabila pemain itu menolak salam yang dihulurkan oleh Terry.

Kedua-dua pemain itu tidak bertemu sejak timbul skandal perhubungan Terry dengan bekas teman wanita Bridge, Vanessa Perroncel.

Kesannya, tugas selaku ketua pasukan England yang disandang Terry, digugurkan oleh Fabio Capello, dan Bridge turut mengumumkan tidak akan berada dalam skuad kebangsaan England.

Namun, prestasi Terry bukan sahaja tidak menentu kelmarin, sebaliknya sejak minggu lalu, apabila pasukannya turut dikalahkan Inter Milan dalam Liga Juara-Juara.

Skuad Ancelotti merudum apabila Carlos Tevez dan Craig Bellamy masing-masing menjaringkan dua gol kelmarin.

Malang menimpa pasukan Chelsea apabila Juliano Belletti dan Michael Ballack dilayangkan kad merah, memaksa Blues menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain.

Namun, pengurus Chelsea, Ancelotti menegaskan, mereka tidak panik kerana mempunyai kelebihan satu mata, sebagai pendahulu Liga Perdana.

"Kami melakukan kesilapan dan biasanya jika kesilapan berlaku dalam bola sepak, anda akan kalah.

"Kami akan terus mara, di samping mengekalkan penguasaan terhadap keyakinan kami.

"Kami masih di tangga teratas. Walaupun hanya satu mata berbeza, namun ia tidaklah teruk. Ini adalah perkara yang baik tentang perlawanan ini.

"Ia bukanlah hari yang bagus buat kami tetapi kami harus kekalkan keyakinan terhadap kualiti yang kami ada,'' kata Ancelotti.

Bridge enggan bersalam dengan Terry sebelum sepak mula, namun Ancelotti menegaskan pemainnya amat fokus terhadap perlawanan.

"Saya tidak fikir pemain saya terganggu, begitu juga dengan pemain City, malah pemain kami tidak berminat untuk mengambil tahu.

"John Terry melakukan kesilapan tetapi bukan dalam perlawanan ini.

''Tiada alasan untuk mengetepikan dia. Dia adalah ketua pasukan.

"Ia merupakan hari yang malang dari segi disiplin, kerana kami boleh mengelakkan beberapa perangai buruk di atas padang, sekali gus mengelakkan dua pemain dibuang padang. Ballack ternyata melakukan kesilapan," kata Ancelotti.

Penjaga gol skuad Blues, Hilario turut melakukan kesilapan selepas menggantikan penjaga gol utama, Petr Cech dan Ancelotti mengharapkan penjaga gol utamanya itu, akan sembuh secepat mungkin daripada kecederaan betisnya.

"Beberapa pemain kami cedera dan kami harus berusaha serta membiarkan mereka sembuh dengan baik. Kami harap Cech akan kembali dalam masa empat minggu ini," tambahnya.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini, mengakui gembira dengan corak permainan yang ditunjukkan Bridge, selepas dia dilihat mencuba beberapa minggu ini, sekali gus membantunya yang telah menarik diri dalam skuad kebangsaan baru-baru ini.

"Saya gembira dengan Wayne Bridge. Dia menunjukkan prestasi yang baik dan bermain dengan bagus.

"Saya berharap Wayne Bridge boleh bermain dalam pasukan kebangsaan. Saya sedih dengan situasi itu kerana setiap pemain mahu bermain untuk negaranya.

"Namun, itu keputusannya dan saya tidak tahu kenapa dia tidak ingin mengubah fikirannya," kata Mancini. - AFP

Monday, March 1, 2010

Terry masih hilang fokus (Kosmo)


TERRY (kanan) agak hilang fokus terhadap permainannya tetapi masih diberi kepercayaan oleh

pengurus Chelsea, Ancelotti.


LONDON - Carlo Ancelotti masih menaruh keyakinan terhadap John Terry meskipun kapten Chelsea itu gagal mempamerkan aksi cemerlangnya.

Terry sekali lagi beraksi di bawah prestasi sebenar ketika Chelsea tewas 2-4 kepada Manchester City malam kelmarin pada aksi yang mempertemukannya dengan bekas rakan sepasukan, Wayne Bridge.

Kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka sejak isu skandal Terry dengan bekas teman wanita Bridge, Vanessa Perroncel didedahkan.

Carlos Tevez dan Craig Bellamy masing-masing meledak dua gol buat City tatkala hari malang Chelsea bertambah apabila dua pemain mereka, Juliano Belletti dan Michael Ballack dilayangkan kad merah.

Namun Ancelotti menganggap tiada sebab untuk dia berasa panik memandangkan pasukan bimbingannya itu masih menerajui Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.

"Kami melakukan kesilapan dan kebiasaannya dalam bola sepak apabila kita buat kesilapan, kita akan tewas perlawanan itu.

"Jadi kami kini perlu pandang ke hadapan dan terus mempertahankan tahap keyakinan kami. Memang ini hari tidak baik buat kami tetapi kami perlu yakin dengan kualiti yang kami miliki," kata Ancelotti.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini bangga dengan persembahan Bridge sambil berharap pemain pertahanannya itu menarik semula keputusannya untuk bersara daripada aksi antarabangsa.

"Saya sedar situasinya ketika ini. Tapi setiap pemain pasti mahu beraksi untuk negaranya. Ini pilihannya dan saya tak tahu kenapa dia masih belum mahu mengubah fikiran," kata Mancini.

Mancini juga turut berpuas hati dengan persembahan Tevez biarpun pemain itu tidak sampai 24 jam tiba dari Argentina bagi menyambut kelahiran anaknya.

"Mungkin saya akan hantar Tevez semula ke Argentina untuk lagi dua minggu dan kemudian menurunkannya ketika hari dia kembali semula ke sini," katanya sambil berseloroh. - AFP

Thursday, February 25, 2010

Tiada masalah ganding Bridge - Terry (Utusan Malaysia)

SUN CITY, Afrika Selatan. - Wayne Bridge tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama John Terry dalam skuad England menjelang pertemuan persahabatan dengan juara Afrika, Mesir, menurut jurulatih, Fabio Capello.

Pertahanan Chelsea, Terry telah dilucutkan tugas ketua pasukan pada awal bulan ini, berikutan pendedahan media mengenai hubungan sulitnya dengan bekas kekasih Wayne Bridge.

Capello yang ditanya oleh pemberita mengenai pendirian Bridge untuk bersama skuad England menegaskan, pemain bek kiri Manchester City, tiada masalah untuk kekal.

''Dia akan bersama kita pada Rabu depan. Dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bersama kami,'' kata Capello.

Bridge diramal akan diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan Ashley Cole, yang dijangkakan akan terlepas aksi sehingga penghujung musim ini, berikutan keretakan buku lali.

Capello berkata dia mungkin akan berbincang dengan semua pemain mengenai keputusannya melucutkan tugas ketua pasukan Terry.

''Piala Dunia adalah pertandingan paling penting kepada saya, England dan pemain.

''Kami perlu kekal bersama dan menjadi hebat pada setiap masa. Saya berasakan ini tugasan paling penting, mencetuskan semangat di kalangan pemain.

''Selepas tidak berjumpa setelah empat bulan, saya akan berjumpa semula dengan pemain pada minggu depan, dan perlawanan persahabatan ini adalah penting atas banyak sebab.

''Kami akan bercakap banyak perkara kerana sudah lama tidak berjumpa. Sekiranya kamu boleh berjumpa dengan setiap pemain, ia mungkin perkara yang berbeza,'' kata Capello.

Capello, yang dikenali mempunyai reputasi tegas mengenai soal disiplin, memberi amaran terhadap kontroversi yang akan melanda di kalangan pemain. - Reuters

Tuesday, February 16, 2010

'Saya bukan kaki perempuan' (Kosmo)




LONDON - Selepas dikritik hebat ekoran skandal seksnya terbongkar, semalam kapten Chelsea, John Ter- ry (gambar) tampil mempertahankan dirinya.

Terry menegaskan bahawa dia bukan seorang 'kaki perempuan' seperti mana yang telah digambarkan oleh kebanyakan pihak media di Britain.

Sebaliknya Terry berkata, selain bergelar pemain bola sepak profesional, dia masih tidak lupa dengan statusnya sebagai seorang suami dan juga bapa.

"Saya jarang keluar dengan orang lain kecuali isteri saya (Toni). Dia merupakan segala-galanya bagi saya.

"Selepas selesai tugasan sebagai pemain bola sepak, saya lebih gemar berada di rumah dan menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anak saya.

"Itu sahajalah masa yang ada untuk saya membahagiakan mereka. Selainnya, saya lebih banyak menghabiskan masa di padang bola sepak," kata Terry yang telah berlepas ke Dubai, Khamis lalu bagi menemui Toni.

Minggu lalu, jurulatih skuad kebangsaan England, Fabio Capello membuat keputusan mengejut apabila menyingkirkan Terry sebagai kapten England.

Bagaimanapun Terry berkata, dia menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat Capello itu.

"Sudah menjadi tanggungjawab jurulatih untuk membuat sebarang keputusan yang difikirkan baik untuk pasukan.

"Walaupun agak kecewa dengan keputusan tersebut tetapi saya berjanji akan tetap menampilkan aksi terbaik jika terus mendapat kepercayaan menyarung jersi England.

"Kempen Piala Dunia 2010 akan berlangsung tidak lama lagi, jadi saya berharap dapat menyelesaikan masalah keluarga saya dengan sece- pat mungkin," tambah Terry.

Terdahulu, skandal seks Terry menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tabloid di Britain apabila dia dilapor mengadakan hubungan sulit dengan model Perancis, Vanessa Perroncel.

Lebih mengejutkan apabila Perroncel merupakan bekas teman wanita rakan karib Terry yang juga pemain pertahanan Manchester City, Wayne Bridge. - Agensi

Terry, Bridge jumpa 3 kali (Berita Harian)


Wayne Bridge

LONDON: John Terry dan Wayne Bridge bakal bertembung di atas padang tiga kali dalam tempoh seminggu selepas kedua-dua 'seteru cinta' itu diundi untuk pertemuan suku akhir Piala FA, kelmarin.

Pertembungan antara Chelsea dan Manchester City bakal berlangsung seminggu selepas kedua-dua kelab bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan sehari selepas England menentang Mesir pada 3 Mac ini.

Sumber City berkata: “Wayne hanya berdiam diri sepanjang perkara ini berlangsung tetapi selepas segalanya selesai, dia tidak memerlukan sesiapa memberitahunya kepentingan perlawanan Piala FA ini.


“Semua di City bermotivasi tinggi tetapi jika mereka memerlukan dorongan tambahan untuk menewaskan Stoke bagi laluan ke Stamford Bridge, inilah ketikanya.”

Terry dan Bridge tidak lagi bercakap antara satu sama lain sejak skandal kapten Chelsea itu dengan bekas kekasihnya Bridge, Vanessa Perroncel terbongkar.

Jika City menewaskan Stoke pada perlawanan timbal balik pusingan kelima minggu depan, mereka akan berkunjung ke Stamford Bridge bertemu Chelsea pada minggu pertama Mac.

Laporan akhbar di Britain turut mendedahkan pengurus England, Fabio Capello bakal menyenaraikan Bridge menjelang perlawanan persahabatan menentang Mesir pada Sabtu sebelumnya. - Agensi

Wednesday, February 10, 2010

Terry hargai sokongan peminat (Berita Harian)


TERRY secara peribadi ingin berterima kasih kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan.

Tetap setia walaupun selepas skandal seks terbongkar

LONDON: Pemain Chelsea, John Terry berterima kasih di atas sokongan diberi peminat selepas kisah peribadinya dalam skandal seks menyaksikan dia dilucutkan daripada tugasan ketua pasukan skuad England, baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan,” kata Terry yang ditemui pemberita selepas Chelsea menewaskan Arsenal 2-0, baru-baru ini.

“Saya sendiri tidak menjangkakan kemenangan ini, tapi menerusi sokongan peminat, saya terus bangkit untuk memberikan persembahan terbaik untuk pasukan.”

Terdahulu, pengurus England, Fabio Capello membuat keputusan menggugurkan status itu selepas kisah peribadinya dengan Vanessa Perroncel terbongkar. Wanita itu juga bekas kekasih pemain Manchester City, Wayne Bridge.

Terry, 29, bagaimanapun kekal sebagai kapten Chelsea apabila mendapat sokongan penuh pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dan publisiti meluas mengenai kehidupannya tidak memberi kesan kepada prestasinya di atas padang.

Dua gol yang berpunca dari Terry berjaya disempurnakan Didier Drogba - sekali gus memberi kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Arsenal untuk berada di kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris ketika ini. - AFP

Thursday, October 29, 2009

'Saya pastikan Lampard, Terry segar untuk Fabio' (Berita Harian Online)




Frank Lampard dan Carlo Ancelotti (gambar kecil).

LONDON: Carlo Ancelotti melafazkan janji kepada skuad bola sepak England bahawa dia akan menyerahkan dua tonggaknya - John Terry dan Frank Lampard dalam keadaan 'segar dan bersedia' untuk menyahut cabaran Piala Dunia 2010.

Pengurus Chelsea itu difahamkan sudah memberitahu Terry dan Lampard bahawa mereka tidak akan beraksi 60 perlawanan semusim dan ia pasti sesuatu yang lunak bagi pendengaran Fabio Capello.

“Mereka mahu bermain dalam setiap perlawanan, tetapi ada kalanya lebih baik mereka berehat. Pada akhir Mei nanti, John Terry dan Frank Lampard akan berada pada tahap terbaik,” kata pengendali berbangsa Itali itu.


“Mereka akan berdepan satu Piala Dunia yang hebat, terutamanya Lampard yang menagih aksi pada setiap perlawanan, khususnya apabila jaringan kerap menyusul.”

Dia baru menyumbat tiga gol dalam dua perlawanan untuk menamatkan kemarau tanpa jaringan dalam 10 perlawanan.

Ancelotti memberi amaran: “Dia tidak muda lagi (31 tahun) dan anda harus mengekalkan kawalan yang baik.”

Dia menekan kepada aspek badan pemain yang memerlukan tempoh pemulihan dan berasa pemain kebangsaan perlu berehat demi kebaikan mereka.

Lampard sudah pun beraksi dalam 20 perlawanan untuk kelab dan skuad kebangsaan musim ini bermula dengan Perisai Komuniti pada 9 Ogos lalu.

“Bola sepak di England dan Itali berbeza kerana di sini jadual pertandingan adalah padat. Di Itali, liga akan dihentikan untuk dua minggu bagi sambutan Krismas dan Tahun Baru. Lagi pun corak permainan di England amat tinggi manakala di Itali, ia lebih taktikal,” kata Ancelotti. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...