Sahabat Blog Bola Sepak
Showing posts with label Johor Darul Ta'zim (JDT). Show all posts

Sunday, February 14, 2016
Pemain Import Liga Malaysia | Marcos Antonio Elias Santos
Nama: Marcos Antonio Elias Santos
Tarikh Lahir: 25 May 1983
Negara: Brazil
Tinggi: 1.87 m
Sukan: Bola Sepak
Posisi: Pertahanan
Kelab Terdahulu: FC Nurnberg (Liga Jerman)
Kelab Semasa: JDT
Sunday, May 11, 2014
JDT Turunkan Dua Pemain Import Baharu Tentang Pahang Esok
JOHOR BAHARU, 4 Mei (Bernama) -- Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan
berdepan Pahang pada perlawanan separuh akhir Piala FA malam esok bakal
menurunkan dua pemain import baharu bagi memastikan kemenangan.
Pengurus pasukan Bojan Hodak berkata kehadiran Jorge Pereyra Diaz, 24, dan Marcos Elias Santos, 31, yang menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan menjadi senjata rahsia skuad 'Harimau Selatan' memandangkan pihak pelawat tidak tahu keupayaan yang dimiliki mereka.
"Diaz dan Santos sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka dan kehadiran mereka merupakan satu tambahan yang baik kepada pasukan.
"Ini sekaligus menaikkan semangat pemain lama dan menambahkan ketajaman di bahagian serangan," katanya pada majlis pengenalan Diaz dan Santos di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, Ahad.
Hodak berkata Diaz bakal menyarung jersi bernombor 42 namun masih menanti Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) yang beliau yakin dapat diperoleh sebelum perlawanan esok.
Dalam pada itu, Hodak menuntut pemain skuad tuan rumah memberi tumpuan penuh pada perlawanan itu dan memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri.
"Dengan momentum kemenangan yang dimiliki, saya yakin pemain mampu memastikan kami mempunyai kelebihan sebagai bekalan untuk pertemuan kedua di Stadium Darul Makmur nanti," katanya.
Sementara itu, Santos yang akan menyarung jersi bernombor 44 berkata beliau bertekad untuk membantu pasukan berkenaan memenangi trofi pada musim ini.
"Keyakinan saya amat tinggi pada ketika ini untuk memastikan kemenangan dan membawa pasukan ke perlawanan akhir," katanya.
-- BERNAMA

Piala FA: Mohd Fahmy Ambil Sikap Berdiam Diri Berhubung Isu Masuk Kawasan Padang
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Setiausaha Kehormat Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) Mohd Fahmy Yahya mengambil sikap berdiam diri
berhubung tindakan yang bakal diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) kerana tindakannya memasuki kawasan padang pada separuh akhir
pertama Piala FA, Isnin lepas.
Beliau sebaliknya enggan mengulas mengenai perkara berkenaan walaupun undang-undang FAM memperuntukkan hanya pegawai perlawanan rasmi sahaja yang dibenarkan berada di kawasan padang ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan.
"Saya tak ada apa-apa komen berhubung perkara ini (tindakan disiplin daripada FAM)... (Saya harap) media tolong cari isu lain yang lebih penting kepada pembangunan bola sepak tempatan untuk dilaporkan," kata Mohd Fahmy kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya masih belum memutuskan sebarang bentuk tuduhan ke atas Mohd Fahmy memandangkan siasatan awal mengenai insiden berkenaan masih berjalan.
"Setakat ini kita belum membuat sebarang keputusan berhubung isu ini...jika ada apa-apa maklumat nanti, saya akan beritahu media selengkapnya," katanya.
Hamidin berkata siasatan akan dijalankan oleh FAM bagi melihat tindakan Mohd Fahmy yang berada di kawasan padang pada separuh masa kedua perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Mohd Fahmy dilihat bakal berdepan tindakan tegas daripada FAM selepas meluahkan rasa tidak puas hati mengenai mutu pengadilan kepada pesuruhjaya perlawanan, Left Kol (B) Kamarudin Sakhar di kawasan pegawai rasmi perlawanan.
Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1 dan separuh akhir kedua Piala FA akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 30 Mei ini.
Satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara Felda United dan Kelantan akan berlangsung pada hari berikutnya di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Wednesday, April 30, 2014
PBNJ Perlu Tamatkan Kontrak Baihakki - Afandi
PETALING JAYA, 29 April (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ) perlu menamatkan kontrak dengan pertahanan antarabangsa
Singapura, Baihakki Khaizan bagi membolehkan pemain itu beraksi semula
dengan kelab asalnya, Lions XII.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
"Jawatankuasa beri pertimbangan bahawa Baihakki adalah pemain import JDT tetapi jika kembali kepada Lions XII, beliau dikira sebagai pemain tempatan (dalam pasukan Lions XII).
"(Ini bermakna) kontrak JDT dengan Baihakki kena tamat dahulu sebelum beliau boleh mewakili Lions XII dalam Liga Malaysia...Ini adalah ketetapan yang telah kita putuskan," kata Afandi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Baihakki, 30, dilaporkan berhasrat kembali semula ke pangkuan Lions XII dalam mencerahkan peluangnya beraksi dengan pasukan kebangsaan Singapura pada kempen Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal dianjurkan bersama oleh Singapura dan Vietnam, November depan.
Beliau yang dikatakan mengikat kontrak selama empat tahun bersama PBNJ, telah dilepaskan baru-baru ini atas alasan prestasi dan tempat beliau telah diisi oleh pemain dari Brazil, Marcos Antonio Elias Santos.
Dalam perkembangan berasingan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Osman Salleh berkata, pasukan Terengganu diberi kemenangan percuma 3-0 ke atas Kelantan selepas pasukan pelawat didapati menurunkan pemain yang digantung perlawanan pada aksi Liga Super, 29 Mac lepas.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
"Kita telah mengenalpasti satu kesalahan telah berlaku dari segi 'eligibility' pemain dan jawatankuasa turut mengambil kira pandangan daripada AFC dan juga pesuruhjaya perlawanan.
"Kelantan diberi amaran kerana supaya tidak menurunkan pemain yang tidak sepatutnya (pada perlawanan seterusnya)," kata Osman tanpa menyatakan nama pemain berkenaan.

Friday, March 21, 2014
JDT Dan Kelantan Didenda Akibat Tindakan Liar Penyokong
PETALING JAYA, 21 Mac (Bernama) -- Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)
didenda sejumlah RM19,458.14 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
kerana tindakan liar segelintir penyokongnya pada perlawanan Liga Super
menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 18 Jan lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman berkata JDT didenda selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu memecahkan kereta pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad; menyalakan suar selepas tamat perlawanan selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.
Beliau berkata setiap pertuduhan berkenaan membawa denda RM5,000 manakala bagi kos kerosakan kereta sebanyak RM4,458.14, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Jumaat.
Selain JDT, katanya pasukan Kelantan didenda sebanyak RM15,000 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan ketika melayan kunjungan pasukan Sime Darby FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, 18 Jan lepas.
Tiga pertuduhan tersebut adalah membakar kertas 'flash card', mengeluarkan kata-kata kesat selain tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.
"Setiap pertuduhan berkenaan dikenakan denda sebanyak RM5,000," katanya.
Dalam pada itu, Ednan berkata jawatankuasa berkenaan akan memanggil dua pemain import JDT dari Argentina; Pablo Aimar dan Luciano Figueroa, minggu depan.
Dua pemain berkenaan dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada pertahanan Pahang, Damion Stewart dari Jamaica pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan berkenaan di Stadium Darul Makmur, 7 Feb lepas.
Pada masa yang sama, Ednan memaklumkan pihaknya akan membicarakan insiden 'terowong Larkin' melibatkan pasukan JDT dan T-Team pada minggu depan, namun enggan mengesahkan mana-mana individu bakal dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan jawatan berkenaan.
"Kita akan bincang dengan pihak Sekretariat FAM dan rujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (Datuk Taufik Abdul Razak) sebelum membuat keputusan kerana kes ini berprofil tinggi.
"Bukan kita sengaja melambatkan kes ini...kita akan ambil tindakan dan kes berkenaan dijangka selesai dibicarakan pada bulan ini," katanya.
Perlawanan antara JDT dan T-Team diberhentikan selepas T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan susulan kekecohan membabitkan kedua-dua pasukan sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA, yang berlaku di dalam terowong menuju ke bilik persalinan, 1 Feb lepas.

Saturday, March 15, 2014
Terengganu Rampas Tangga Teratas Liga Super
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pasukan Terengganu merampas tangga
teratas Liga Super daripada jiran mereka, Kelantan, selepas meraih
kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu malam.
Gol tunggal pemain import dari Cameroon, Vincent Bikana pada minit ke-16 membolehkan skuad 'Penyu' menduduki tangga teratas liga dengan 13 mata bersama-sama Kelantan, namun dibezakan oleh jumlah jaringan.
Kelantan pula turun ke tangga kedua liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Dua gol skuad 'The Red Warriors' dijaringkan oleh kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi seawal minit pertama dan Khairul Izwan Rosli pada minit ke-80 manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Saiful Nizam Miswan dan Mohd Faizol Hussein, masing-masing pada minit ke-13 dan 70'.
Sementara itu, Sarawak merampas tangga ketiga daripada JDT selepas menewaskan Lions XII dari Singapura menerusi kemenangan 3-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Tiga gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan S. Chanturu pada minit ke-16 dan 40' serta Mohamad Rashid Aya (75') manakala gol sagu hati pasukan pelawat dihasilkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari pada minit ke-35.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas terikat seri 1-1 ketika berdepan Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel terlebih dahulu meletakkan skuad 'Gergasi Merah' di hadapan seawal minit ketiga perlawanan sebelum Juan Manuel Arostegui menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.
Sementara itu, pasukan Perak kalah mengejut 0-2 kepada wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC di Stadium Perak, Ipoh.
Bekas pemain mereka, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri menjadi watak pemusnah pasukan tuan rumah selepas meledakkan dua jaringan masing-masing pada minit ke-16 dan 41'.
Terdahulu, pasukan tuan rumah ditimpa malang selepas pemain import dari Myanmar, Kyaw Zayar Win dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Sime Darby FC.
--BERNAMA

Thursday, March 13, 2014
PBSNT Tumpu Aspek Keselamatan Menjelang Terengganu Menentang JDT Esok
KUALA TERENGGANU, 13 Mac (Bernama) -- Bagi memastikan tiada insiden
tidak diingini berlaku ketika Terengganu menentang Johor Darul Takzim
(JDT) di sini esok, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
memberi jaminan isu keselamatan pemain dan penyokong diutamakan.
Naib Presidennya Abdullah Sulong berkata bagi tujuan itu hampir 600 anggota keselamatan termasuk petugas akan ditempatkan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan Liga Super itu berlangsung.
Katanya anggota terbabit terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa agensi berkaitan.
"Kita (PBSNT) telah mendapat arahan awal supaya meningkatkan aspek keselamatan khususnya di stadium termasuklah mengawal serta mengiring pemain, pegawai serta penyokong JDT ketika dalam perjalanan ke stadium atau keluar dari stadium jika mereka perlukan khidmat kami," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PBSNT mengenai aspek keselamatan di sini.
Mengenai pemasangan pagar tambahan di stadium yang disifatkan ramai pihak sebagai langkah keselamatan menjelang perlawanan `panas' menentang JDT, Abdullah berkata perkara itu sebenarnya telah lama dirancang dan hanya dipasang beberapa hari lepas.
"Secara kebetulan ia bertembung dengan perlawanan menentang JDT. Jadi, tidak timbul sebarang isu dalam hal ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Samsuddin berkata 250 hingga 300 anggota polis akan ditugaskan berkawal di stadium esok dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyokong yang melakukan provokasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)