KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pasukan Terengganu merampas tangga
teratas Liga Super daripada jiran mereka, Kelantan, selepas meraih
kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu malam.
Gol tunggal pemain import dari Cameroon, Vincent Bikana pada minit ke-16 membolehkan skuad 'Penyu' menduduki tangga teratas liga dengan 13 mata bersama-sama Kelantan, namun dibezakan oleh jumlah jaringan.
Kelantan pula turun ke tangga kedua liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Dua gol skuad 'The Red Warriors' dijaringkan oleh kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi seawal minit pertama dan Khairul Izwan Rosli pada minit ke-80 manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Saiful Nizam Miswan dan Mohd Faizol Hussein, masing-masing pada minit ke-13 dan 70'.
Sementara itu, Sarawak merampas tangga ketiga daripada JDT selepas menewaskan Lions XII dari Singapura menerusi kemenangan 3-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Tiga gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan S. Chanturu pada minit ke-16 dan 40' serta Mohamad Rashid Aya (75') manakala gol sagu hati pasukan pelawat dihasilkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari pada minit ke-35.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas terikat seri 1-1 ketika berdepan Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel terlebih dahulu meletakkan skuad 'Gergasi Merah' di hadapan seawal minit ketiga perlawanan sebelum Juan Manuel Arostegui menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.
Sementara itu, pasukan Perak kalah mengejut 0-2 kepada wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC di Stadium Perak, Ipoh.
Bekas pemain mereka, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri menjadi watak pemusnah pasukan tuan rumah selepas meledakkan dua jaringan masing-masing pada minit ke-16 dan 41'.
Terdahulu, pasukan tuan rumah ditimpa malang selepas pemain import dari Myanmar, Kyaw Zayar Win dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Sime Darby FC.
--BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.