PENGURUS Pahang, Datuk Che Nasir Salleh bukan saja mahukan kemenangan tetapi lebih kepada pembentukan mantap antara pemain bagi menghadapi saingan Liga M musim ini.
Menurut beliau, jika itu berjaya dilakukan, tidak mustahil Pahang dapat memberi tekanan dan asakan kepada lawan lebih berwibawa bagi memburu kejuaraan.
“Tidak mustahil Pahang akan memenangi sekurang-kurangnya satu piala untuk dibawa pulang ke Kuantan. Pada masa sama, pemain tidak harus bersikap berpuas hati apabila mencipta kemenangan.
“Sebaliknya, pemain perlu lebih bersedia menghadapi sebarang tekanan dalam usaha meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Tiada yang lebih bermakna jika prestasi semasa ini tidak dapat dikekalkan pada saingan sebenar kerana perjalanan pasukan masih belum bermula dan masih banyak yang perlu dilakukan,” katanya semalam.
Mengulas dua kemenangn dan tewas sekali dalam tiga perlawanan persahabatan, Che Nasir tidak mahu pemain leka dengan pencapaian itu ia sekadar aksi persahabatan.
Menurutnya, ini kerana aksi sebenar adalah Liga M dan penentu kejayaan pasukan bergantung kepada pencapaian kempen berkenaan.
“Apapun saya tetap berbangga keputusan tiga perlawanan itu yang membuktikan pemain semakin bersedia untuk memulakan saingan,” katanya.
Pada tiga perlawanan persahabatan itu, Pahang menewaskan T-Team 3-2, Pos Malaysia 2-1 sebelum tewas 1-2 kepada Selangor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.