DOHA: Juara Asia tiga kali, Jepun nyaris mengalami kekalahan mengejut di tangan Jordan apabila pemain pertahanan, Maya Yoshida menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Asia malam tadi.
Jordan yang membuat penampilan kedua dalam kejohanan utama benua Asia, tampak melakukan kejutan besar selepas mendahului menerusi jaringan Hasan Abdel-Fattah sebelum tamat babak pertama.
Rembatan Abdel-Fattah dalam kotak penalti terkena Yoshida yang turut menyaksikan gol jaringannya dibatalkan pada minit ke-25.
Jordan berjaya menyerap asakan bertali arus Jepun sepanjang babak kedua namun pasukan pilihan itu akhirnya meraih gol penyamaan di minit akhir perlawanan apabila Yoshida yang tidak dikawal menanduk masuk bola di penjuru gawang. - Reuters
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.