Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 10, 2011

Selangor akan kembali menggegar (Kosmo Online)




KETUA pasukan Selangor, Amri Yahyah (gambar) yakin pasukan bimbingan K. Devan itu mampu menggegar pada saingan Liga Super 2011 biarpun tanpa kelibat enam pemain musim lalu.

Enam pemain Selangor yang berhijrah ke pasukan lain musim ini ialah Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong, Farderin Kadir (Felda United), R. Surendren, Zaiza Zainal Abidin (Pahang) dan Azrine Efendy Saduddin (Sime Darby).

Namun kekosongan mereka ditampung dengan kemasukan enam pemain baru iaitu Saiful Amar Sudar, Yosri Derma Raju, Azidan Sarudin, Fadzli Saari, K. Depan Sakwati dan S. Sritharan.

Bagi Amri yang akan mencecah usia 30 tahun pada 21 Januari depan, komitmen dan kesungguhan pemain-pemain baru itu bersama pemain lama ketika sembilan hari latihan pramusim di Perth, Australia membuatkan dia berasa yakin.

"Biarpun Selangor tidak mengambil pemain-pemain ternama musim ini, tapi saya lihat kesemua enam pemain baru ini memiliki pengalaman luas.

"Sepanjang tiga perlawanan di Perth, semua pemain telah berlatih dengan bersungguh-sungguh termasuk pemain-pemain baru ini yang telah mempamerkan komitmen mereka.

"Segalanya kini berjalan lancar dan kami sudah bersedia untuk menghadapi Kelantan untuk perlawanan Piala Sumbangsih pada 29 Januari depan," kata Amri ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

Skuad Selangor yang baru pulang dari Perth pagi semalam tewas 1-2 kepada Bayswater sebelum seri 1-1 dengan Perth SC dan menang 2-1 ke atas Stirling Lions pada aksi terakhir Jumaat lalu.

Menurut Amri, tiga aksi persahabatan menentang kelab-kelab Australia itu cukup penting dalam membentuk keserasian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...