DOHA: Pemain sayap Manchester United, Park Ji-Sung membayangkan akan bersara daripada beraksi di peringkat antarabangsa sebaik berakhir Piala Asia, semalam.
Pemain berusia 29 tahun itu kini berada di bandar raya Doha, Qatar dalam persiapan bersama pasukannya menentang Bahrain dalam perlawanan pembukaan hari ini.
Sejak tiba di Qatar, bapa Park memberitahu media Korea Selatan, Piala Asia akan menjadi kejohanan utama anaknya menyarung jersi merah pasukan kebangsaan.
Ketika ditanya mengenai laporan itu, Park bagaimanapun belum membuat pengakuan.
“Ketika ini saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan. Saya akan mengumumkannya selepas Piala Asia,” katanya kepada pemberita.
Korea Selatan tumpas kepada Qatar dalam perebutan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 selepas jawatankuasa eksekutif Fifa mengumumkan keputusan itu Disember lalu namun Park menegaskan dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap negara teluk itu.
“Saya memohon maaf mengenai kegagalan bidaan Piala Dunia 2022 itu. Namun ia perkara yang berbeza. Piala Asia adalah Piala Asia dan saya percaya dengan menganjurkan Piala Asia, Qatar akan mempelajari aspek pengurusan kejohanan,” kata Park. - AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.