LONDON: David Beckham tidak mungkin menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman tetapi mungkin berlatih bersama-sama kelab Liga Perdana Inggeris itu, kata pengurus Spurs, Harry Redknapp.
“Saya tidak rasa ia menjadi kenyataan. Terlalu banyak rintangan untuknya ke sini,” katanya.
Tambah Redknapp: “Kami mengalu-alukan sekiranya Beckham mahu berlatih dengan kami selama sebulan dan saya rasa itulah yang dia mahukan. Bagaimanapun, untuk menyaksikannya beraksi di sini, rasanya tidak,” katanya.
Redknapp sebelum ini berharap pemain tengah LA Galaxy itu akan beraksi secara pinjaman selama dua bulan sebelum kembali ke Amerika Syarikat untuk saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS) bermula Mac ini.
Laporan selepas itu menyatakan, Galaxy tidak bersetuju dengan cadangan Beckham dipinjamkan ke Spurs. Bekas kapten England dan Manchester United itu berdepan kecederaan tendon achilles ketika bermain secara pinjaman untuk AC Milan tahun lalu dan terlepas beraksi hampir keseluruhan kempen MLS. - Reuters
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.