Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

'Pastikan Chelsea terus kekal di puncak' (Berita Harian)


Didier Drogba

Drogba minta rakan kekal rentak elak dipintas United

LONDON: Selepas dilabel 'penyerang panas' ketika ini - gara-gara dua jaringan cantik ketika membenamkan Arsenal tempoh hari, Didier Drogba bertekad menyambung sengat berbisa itu apabila mengetuai jentera serangan Chelsea menentang Everton, hari ini.

Kemenangan 2-0 ke atas The Gunners tempoh hari membolehkan anak buah Carlo Ancelotti meraih kelebihan dua mata mengatasi Manchester United yang akan berkunjung ke Aston Villa buat memburu tiga mata lagi pada hari yang sama.

Selain Drogba, The Blues jelas gembira dengan prestasi kapten pasukan, John Terry dan dengan majoriti pemain, termasuk penyerang Ivory Coast itu memberi sokongan moral kepada bekas kapten England itu, semangat sepasukan masih menebal di Stamford Bridge.

Satu mata di Goodison Park nanti tidak akan mengaibkan sesiapa tetapi Drogba sedar ia pasti belum cukup baik untuk membolehkan mereka kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) andai United menang di Villa Park.

Dia berkata: “Memang sentiasa ada tekanan. Ini lumrah permainan dan itu sebab mengapa kami begitu teruja menghadapi perlawanan besar seperti ini.”

“Kami kembali berada di puncak liga sekali lagi dan Manchester United pasti berjuang bermati-matian untuk memburu gelaran.

“Kini kami perlu berkunjung ke Everton dan menang di sana andai kami mahu kekal berada di puncak Liga dan memenangi perebutan dengan Manchester United.”

Penyokong Everton besar kemungkinan akan mencemuh kapten Chelsea, Terry yang kini diselubungi skandal seks tetapi setiap pemain bersatu sebagai satu unit ketika ini dan kemenangan ke atas Arsenal menceritakan bekas juara liga itu tidak mudah terganggu minda apabila turun ke gelanggang nanti. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...