Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 10, 2010

United sudah pulih: Edwin (Berita Harian)


EDWIN (kanan) gembira dengan sentuhan hebat Rooney membolehkan United terus memberi tekanan ke atas Chelsea.

'Saingan tambah menarik'

BIRMINGHAM: Edwin van der Sar percaya Manchester United sudah melakukan usaha terbaik untuk kekal menghambat Chelsea dalam keadaan Old Trafford diselubungi masalah kecederaan.

United akan bertemu Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini dengan hanya berbeza dua mata di belakang pasukan kendalian Carlo Ancelotti, yang berdepan cabaran Everton pada hari sama.

Pilihan Alex Ferguson di kubu terakhir agak terhad sepanjang kempen musim ini, dengan penjaga gol dari Belanda van der Sar dan barisan pertahanan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, John O’Shea, Rafael serta Gary Neville, semua diketepikan akibat kecederaan.

Ferdinand masih lagi dalam penggantungan dan O’Shea tampak lebih cenderung terlepas baki perlawanan musim ini kerana kecederaan paha.

Bagaimanapun United mendapat manfaat daripada penambahan pemain pertahanan walaupun sekiranya Vidic yang cedera bahagian betis belum cukup cergas untuk beraksi di Villa Park.

Kuncinya terletak pada kepulangan van der Sar, yang direhatkan beberapa bulan musim ini selepas jari dan lututnya cedera, di samping menjaga isterinya yang mengalami pendarahan otak sejak Disember lalu.

Penjaga gol berusia 39 tahun itu memainkan peranan penting sejak kepulangannya dan kunjungan ke Villa Park hari ini membuka peluang skuad kendalian Ferguson mencatat kemenangan kelima berturut-turut EPL.

“Kami semakin dekat dengan Chelsea, hanya beberapa mata berbeza jadi baki tiga bulan musim ini bakal merakam saingan menarik,” kata van der Sar. “Saya gembira dapat kembali berkhidmat dan memacu United ke puncak.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...